Anime: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 31:
 
Anime yang awal seperti [[Doraemon]] telah mendapat sambutan yang baik semenjak awal 1990an, sewaktu disiarkan di [[Radio Televisyen Malaysia|RTM]] (sekarang disiarkan di [[ntv7]]). [[TV3]] dan ntv7 meneruskan kegemilangan anime di TV Malaysia dengan menyiarkan [[Cardcaptor Sakura]], [[Slam Dunk]] dan [[Crayon Shin-chan]] sekitar tahun 2000. Sehingga kini, masih terdapat pelbagai Anime disiarkan di televisyen Malaysia, seperti [[Naruto]] (2003) di [[TV3]] dan [[Gundam Seed]] di TV2. Kebanyakan siri-siri anime di[[alih suara]] ke Bahasa Melayu oleh Syarikat [[Filem Karya Nusa]] di Malaysia sini. Terdapat juga anime terdapat di Malaysia, yang tidak terdapat di negara-negara barat, seperti [[Hatsumei Boy Kanipan]], [[Mirmo Zibang!|Mirmo Zibang]], dan lain-lain.Terdapat sebuah majalah anime tempatan iaitu
[[Majalah Gempak Starz]].
 
Kini anime di Malaysia boleh dikatakan telah memecahkan populariti animasi-animasi dari Amerika Syarikat. Sejak 31 Ogos 2006, syarikat televisyen tempatan, Astro, telah menambah sebuah saluran khas, saluran 715, iaitu [[Animax]], khas untuk rancangan anime.