Lencana Cedera: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Baris 25:
Lencana Cedera 20 Julai terdapat dalam tiga kelas iaitu hitam, perak dan emas. Kesemua lencana cedera ini telah dibuat oleh firma Junckner dan diperbuat daripada cap kempa perak padu. Penerima yang sebelum ini telah dikurniakan Lencana Cedera yang tetap boleh dikurniakan Lencana Cedera 20 Julai yang lebih tinggi.
 
Tidak seperti Lencana Cedera warna Hitam, Lencana Cedera 20 Julai warna Hitam tidak semuanya berwarna hitam. Hanya helmet dan kalungan bunga berwarna hitam; latarbelakangnya berwarna perak supaya tarikh dan salinan tandatangan boleh dilihat dengan jelas. Lencana Cedera 20 Julai warna Emas juga mempunyai latarbelakang berwarna perak dengan helmet dan kalungan bunga berwarna emas. Lencana Cedera 20 Julai warna Perak pula mempunyai warna hitam pada swastika helmet, swastika, tarikh dan tandatangan salinan tepattandatangan. Tidak seperti Lencana Cedera yang biasa, ia diperbuat dari dua jeniskeping logam.
 
Hitler menyampaikan lencana cedera khas ini kepada mereka yang terselamat berserta dengan dokumen unik dalam satu majlis pada 2 September 1944. Walaupun Hitler turut mengalami kecederaan, beliau sendiri tidak mahu menerima sebarang dari lencana tersebut. Hitler sudah memiliki Lencana Cedera warna Hitamnya sendiri pada Perang Dunia I. Beliau mengurniakan diri sendiri [[Lencana Emas Parti]] nombor 1, tetapi ia hanyalah satu lencana politik bukannya pingat tentera. Empat anugerah secara anumerta telah dihantar kepada waris terdekat masing-masing. Pingat-pingat ini kesemuanya disadur dengan emas termasuk latarbelakangnya sekali.
 
Lencana 20 Julai ini telah menggantikan Lencana Cedera 1939. Perlu diambil perhatian bahawa lencana ini merupakan pemberian peribadi Hitler kepada mereka yang terlibat dan bertujuan untuk menjadi cenderamata yang berharga bagi satu detik peristiwa bersejarah dan oleh itu ia tidak wajib untuk dipakai. Sebagai contoh Fil Marsyal [[Wilhelm Keitel]] dan Kolonel Jeneral [[Alfred Jodl]] telah memakai lencana cedera 20 Julai pada uniform mereka, tetapi penerima lain lebih suka memakai lencana cedera mereka yang biasa. Penerima-penerima lencana cedera 20 Julai boleh dinaik taraf jika mereka menerima lencana cedera yang lebih tinggi. Laksamana Muda [[Hans-Erich Voss]] pada akhirnya memiliki Lencana Cedera 20 Julai dalam ketiga-tiga kelas, memperolehi lencana hitam pada 20 Julai dan menaik taraf dua kali selepas terlibat dalam pertempuran berikutnya.