Paul von Hindenburg: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 33:
| signature = Paul von Hindenburg signature.svg
|}}
 
'''Paul Ludwig Hans Anton von Beneckendorff und von Hindenburg''' ({{Audio|De-PaulvHindenb-long.ogg|<small>listen</small>}}), dikenali secara umum sebagai '''Paul von Hindenburg''' ({{IPA-de|ˈpaʊl fɔn ˈhɪndənbʊɐ̯k|lang|De-PaulvHindenb-short.ogg}}; 2 Oktober 1847 – 2 Ogos 1934)
ialah seorang [[Fil Marsyal]] tentera [[Jerman]]-[[Prusia]], negarawan, ahli politik dan berkhidmat sebagai [[Presiden Jerman]] kedua dari tahun 1925 hingga 1934.
 
Hindenburg mengharungi kerjaya yang panjang dalam [[Tentera Darat Prusia]] dan telah bersara pada tahun 1911. Beliau telah dipanggil semula bertugas pada permulaan [[Perang Dunia I]] (menjadi ''Ober Ost'', singkatan ''Oberbefehlshaber Ost'' atau Panglima Tertinggi Barisan Timur), dan pertama kali mendapat perhatian negara, pada usia 66 tahun, sebagai pemenang dalam [[Pertempuran Tannenberg]] pada tahun 1914. Selaku [[Ketua Staf Am Besar]] (''Chef des Grossen Generalstabs'') Tentera Darat Jerman sejak dari tahun 1916, beliau dan timbalannya, Jeneral [[Erich Ludendorff]], menjadi terkenal dikalangan rakyat Jerman sehinggakan Hindenburg mendapat pengaruh yang lebih besar daripada [[Kaiser]] Jerman sendiri. Bersama dengan Ludendorff, mereka meneruskan idea [[Lebensraum]] yang mana selepas perang diterima pakai pula oleh [[Parti Nazi]] Hitler. Hindenburg sekali lagi bersara pada tahun 1919, tetapi kembali pada kehidupan awam pada tahun 1925 untuk dipilih sebagai [[Presiden Jerman]] yang kedua.
 
Hindenburg, selaku Presiden Jerman, melantik pemimpin Parti Nazi [[Adolf Hitler]] sebagai [[Canselor Jerman]]. Hindenburg secara peribadi memandang rendah Hitler, dengan lagak sombong merujuk Hitler sebagai "koperal Bohemia" itu (dalam bahasa Jerman ''böhmischen Gefreiten''), tersilap (secara sengaja atau tidak) dengan tempat lahir Hitler di [[Braunau]], [[Austria]] dengan pekan [[Braunau]] di [[Bohemia]].