Oberkommando der Wehrmacht: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Baris 133:
WFA telah dinamakan semula sebagai Wehrmachtfuhrungsstab (WFStb) atau Staf Operasi Angkatan Tentera pada 8 Ogos 1940. Pada Disember 1941 perubahan berlaku lagi dengan Abteilung Landesverteidigung (Abt L) di satukan dengan Wehrmachtfuhrungsstab dan hilang peranannya sebagai organisasi bawahan. Perubahan ini sebahagian besar pada luaran sahaja tetapi kakitangan penting terus kekal di posisi dan tugas yang sama.
 
OKW mengarah operasi-operasi Angkatan Tentera Jerman di sepanjang Perang Dunia II. Mesyuarat kerja harian OKW sentiasa diwakili oleh Keitel,Jodl,dan pegawai-pegawai adjutan Hitler. Sewaktu mesyuarat berjalan laporan-laporan kerja yang disediakan oleh WFStab/L akan ditunjukkan kepada Hitler untuk dibincangkan. Selepas perbincangan ini, Hitler akan mengeluarkan arahan-arahan beroperasi selanjutnya. Arahan ini kemudian akan disampaikan kembali ke WFStab/L oleh Jodl berserta dengan minit mesyuarat. Ia kemudian akan ditukar padadalam bentuk arahan untuk dihantar kepada panglima-panglima berkenaan.
 
== OKW beroperasi ==