Kapal induk pesawat udara: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg: Suntingan mudah alih
Baris 1:
[[Fail:USS Nimitz 1997.jpg|thumb|right|USS Nimitz (CVN-68) dari [[Tentera Laut Amerika Syarikat]].]]
[[Fail:Kusnzov2.jpg|thumb|right|[[Kapal pengangkut pesawat Admiral Kuznetsov]] dari [[Tentera Laut Rusia]].]]
'''Kapal Pengangkut Pesawat''' (''aircraft carrier'') adalah kapal perang terbesar yang memainkan peranan untuk melancar dan mendaratkan jet-jet pejuang. Kapal pengangkut pesawat mampu membenarkan pasukan tentera laut untuk meletakkan kuasa udara di jarak jauh tanpa bergantung kepada pangkalan tempatan di darat bagi menyediakan landasan untuk kapal terbang berlepas/mendarat. Tentera laut moden, yang mengendalikan kapal sedemikian menganggap kapal pengangkut pesawat sebagai unit pusat angkatan, peranan yang sebelumnya dimainkan oleh [[kapal perangtempur]]. Pertukaran, sebahagian dari pertumbuhan kuasa udara sebagai sebahagian kuasa penting dalam perperangan, berlaku ketika [[Perang Dunia II]]. Kapal pengangkut pesawat tanpa kapal pengiring dianggap lemah terhadap serangan [[peluru berpandu]] dan dengan itu bergerak sebagai sebahagian [[pasukan tempur kapal induk]].
 
Kapal pengangkut pesawat biasanya merupakan kapal terbesar dikendalikan oleh tentera laut; [[kapal pengangkut pesawat Kelas Nimitz]] digerakkan dengan menggunakan dua [[reaktor nuklear]] dan empat reaktor [[turbin stim]]. Ia sepanjang 333 [[meter]] (1092 kaki) dan berharga sekitar AS$ 5 bilion. Amerika Syarikat memiliki kebanyakan dari kapal induk dengan lebih sedozen dalam perkhidmatan, dan kapal pengangkut pesawatnya merupakan batu asas (''cornerstone'') untuk menunjukkan keupayaan [[penonjolan kuasa]] [[Amerika Syarikat]].