Otto Schniewind: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Baris 27:
 
==Kerjaya==
Schniewind memasuki [[Kaiserliche Marine]] pada tahun 1907 sebagai seorang kadet. Semasa [[Perang Dunia Pertama]] beliau berkhidmat sebagai komander [[bot torpedo]]. Apabila armada Jerman menyerah kepada pihak British beliau memerintah skuadron bot torpedo, dan mengambil bahagian dalam peristiwa [[menenggelamkan armada Jerman di Aliran Scapa Flow]], selepas itu beliau telah dipenjarakan oleh tentera British.
 
Selepas dibebaskan Schniewind terus berkhidmat dalam [[Reichsmarine]]. Dari tahun 1925 hingga 1926 beliau berkhidmat sebagai adjutan kepada Menteri Perang [[Otto Gessler]]. Pada tahun 1932 Schniewind menjadi Kepten[[Pegawai Memerintah|nakhoda]] kapal kruiser ringan ''[[Köln]]''. Pada tahun 1934 Schniewind telah dilantik ke fungsi staf lain. Beliau telah dinaikkan pangkat ke Laksamana Muda pada tahun 1937 dan Laksamana Madya pada tahun 1940.
 
Beliau berkhidmat sebagai Ketua Staf [[Seekriegsleitung]] dari tahun 1938 hingga 1941. Selepas tenggelamnya [[Kapal Perang Bismarck|''Bismarck'']] Schniewind telah dilantik sebagai pengganti [[Gunther Lutjens]] (Panglima Armada Jerman) yang telah terkorban bersama kapalnya itu. Pada tahun 1943 Schniewind menjadi Panglima Markas Wilayah Laut Utara (Marinegruppenkommandos Nord). Pada 1 Mac 1944, Schniewind telah dinaikkan pangkat ke [[Laksamana Jeneral|Generaladmiral]]. Pada 30 Julai 1944, Schniewind telah digugurkan daripada jawatan dan selepas itu tidak lagi diberi tugas sehingga perang berakhir.