Bola keranjang: Perbezaan antara semakan
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
k Membalikkan suntingan oleh 120.141.157.58 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh 120.140.21.11 |
|||
Baris 7:
[[Fail:Firstbasketball.jpg|left|200px|thumb|Gelanggang bola keranjang pertama di Kolej Springfield]]Permainan bola keranjang bermula sejak tahun [[1892]]. Permainan ini dicipta oleh Dr. James Naismith yang merupakan seorang jurulatih di [[sekolah latihan]] [[YMCA|Pertubuhan Belia Pemuda Kristian]] dan guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di Kolej Springfield (dahulu dikenali sebagai sekolah untuk pekerja Kristian). Mss. Luther H. Gulick, ketua bidang sukan sekolah tersebut telah memberi Naismith tugas untuk mencipta satu [[permainan berpasukan]] yang boleh dimainkan semasa [[musim sejuk]]. Oleh itu, permainan ini harus dimainkan dalam [[gelanggang]] sesebuah bangunan.
Untuk permainan baru ini, James Naismith menggunakan bola yang digunakan untuk permainan [[bola sepak]]. Ini disebabkan oleh saiz bola tersebut yang cukup besar dan mudah untuk ditangkap. Naismith meminta pegawai penyelenggara bangunan sekolah tersebut untuk menyediakan dua kotak besar sebagai gol. Namun begitu, pegawai tersebut tidak mempunyai dua buah kotak seperti yang diminta oleh Naismith.
Markah diberikan kepada pemain [[pasukan]] yang menjaringkan bola di petak lawan. Pasukan yang memperolehi markah tertinggi akan menjuarai permainan tersebut.
Selepas permainan
Permainan rasmi yang pertama pula berlangsung di gimnasium [[YMCA|Pertubuhan Belia Pemuda Kristian]] pada tarikh [[20 Januari]] [[1892]]. Hanya ada 9 orang pemain sahaja yang dibabitkan dalam permainan ini dalam gelanggang bola keranjang yang hanya separuh saiz gelanggang [[National Basketball Association]] pada hari ini.
|