Misha Omar: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Rotlink (bincang | sumb.)
k fixing dead links
Baris 22:
Misha, anak keempat dari tujuh beradik kepada seorang pesara kerajaan; minat menyanyi sejak kecil dan sering menyanyi karaoke bersama keluarganya di [[Kota Bharu]], [[Kelantan]]. Peminat setia penyanyi Liza Hanim ini seringkali menyanyi lagu Liza di dalam bilik mandi hingga suatu hari Misha dicabar memasuki pertandingan nyanyian. <ref> [http://www.myartis.com/2011/10/nostalgia-misha-omar.html ]</ref> Bakat Misha mula dikesan apabila beliau menyertai Bintang RTM 2001 yang mana, pertandingan ini adalah yang pertama kali dan satu-satunya pertandingan nyanyian amatur yang disertainya sebelum bergelar artis. Menerusi pertandingan nyanyian yang disiarkan setiap minggu di saluran TV1 itu, Misha berjaya menempatkan diri sebagai salah seorang finalis pada peringkat akhir pertandingan tersebut.
 
Ketika mara ke peringkat akhir, Misha mendendangkan lagu nyanyian asal [[Salamiah Hassan]] berjudul ''Menghitung Hari'' dan ''Antara Yang Manis'' ([[Anita Sarawak]]). Pertandingan peringkat akhir itu turut disertai penyanyi-penyanyi seangkatan Misha yang menempa nama menerusi penglibatan dalam pertandingan ini seperti [[Siti Sarah Raisuddin|Sarah Raisuddin]], [[Farawahida]], dan [[Amir Mahiyidin]] (vokalis kumpulan [[Sofazr]]). dan juaraJuara pertandingan tersebut; [[Azharina binti Azhar |Azharina Azhar]] dan naib juara disandang oleh [[Asmidar]].Meskipun beliauKesemua mereka meraih perhatian dunia seni suara dalam tempoh sepuluh tahun selepas pertandingan. Meskipun tidak bergelar juara, namun bakat Misha contohnya disedari oleh komposer terkenal [[Adnan Abu Hassan]]. Adnan menawarkan kontrak rakaman di bawah payung BMG Music (M) Sdn Bhd pada awal 2002. Suara Misha pertama kali dirakamankan untuk album kompilasi khas ''[[Pasti Hits Adnan vs Azlan]]'' yang dipasarkan pada Julai 2002 menerusi lagu hits ''[[Bunga-bunga Cinta]]''. Mendengar vokalnya yang lunak tapi mantap, memberi harapan bahawa Misha mampu menjadi penyanyi terkenal, sekali gus bakal mengulangi kejayaan anak didik Adnan seperti [[Fauziah Latiff]], Siti, Dayang dan Liza.
 
===Fenomena Bunga-Bunga Cinta (2003)===