Tripanosomiasis Afrika: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
CFCF (bincang | sumb.)
Translated from English by D.Eva Kil at Translators Without Borders
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 08:30, 5 Ogos 2014

Tripanosomiasis Afrika atau penyakit tidur[1] adalah penyakit jenis parasit kepada manusia dan beberapa binatang lain. Ia disebabkan oleh sejenis parasit dari spesis Trypanosoma brucei.[2] Terdapat dua jenis yang mengancam manusia, Trypanosoma brucei gambiense (T.b.g) dan Trypanosoma brucei rhodesiense (T.b.r.).[1] T.b.g menyebabkan 98% daripada kes-kes yang dilaporkan.[1] Both are biasanya dipindah melalui gigitan lalat tsetse yang dijangkiti dan biasanya didapati di kawasan-kawasan pedalaman.[1]

African trypanosomiasis
Pengelasan dan sumber luaran
Trypanosoma forms in a blood smear
ICD-10B56
ICD-9086.5
P. Data Penyakit29277 13400
MedlinePlus001362
eMedicinemed/2140
MeSHD014353
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan Penafian perubatan

Pada permulaannya, pada tahap pertama penyakit tersebut, demam, sakit kepala, gatal-gatal, dan sakit sendi akan dialami.[1] Ini akan berlaku satu sehingga tiga minggu selepas digigit.[3] Dari minggu-minggu sehinggalah berbulan-bulan kemudian tahap kedua berlaku apabila pesakit mengalami kekeliruan, koordinasi badan yang tidak baik, kaku dan masalah tidak boleh tidur.[1][3] Diagnosis yang boleh dilakukan adalah dengan mengesan parasit tersebut dalam calitan darah atau dalam cecair dalam nodul limfa.[3] Satu punktur lumbar selalunya diperlukan untuk mengetahui perbezaan diantara tahap pertama dan kedua penyakit tersebut.[3]

Untuk mengelak penyakit itu daripada semakin menular teruk penyaringan dilakukan ke atas populasi yang menghadapi risiko jangkit melalui ujian darah untuk T.b.g.[1] Rawatan lebih mudah apabil penyakit tersebut dikesan dengan lebih awal sebelum terdapat symptom-simptom nerologikal.[1] Rawatan untuk tahap pertama adalah dengan ubat-ubatan seperti pentamidin atau suramin.[1] Rawatan untuk tahap pertama termasuklah eflornitin atau campuran nifurtimoks dan eflornitin untuk T.b.g.[3] Sementara melarsoprol boleh diguna untuk kedua-dua spesis, ia biasanya digunakan untuk T.b.r. kerana kesan sampingannya yang buruk.[1]

Penyakit ini biasanya berlaku di kawasan-kawasan Sub-Sahara Afrika, yang mengancam populasi sebanyak 70 juta orang di 36 buah negara dengan risiko ini.[4] Pada tahun 2010 ia sudah mengakibatkan 9,000 kematian, lebih rendah daripada 34,000 kematian pada tahun 1990.[5] Kira-kira 30,000 orang kini dijangkit, dengan 7000 orang yang baru dijangkit pada tahun 2012.[1] Lebih daripada 80% daripada kes ini adalah dari Republik Demokratik Congo.[1] Tiga kejadian utama wabak ini telah merebak telah tercatit dalam sejarah: pertama dari tahun 1896 sehingga tahun 1906 terutamannya di Uganda dan di Congo Basin dan kedua pada tahun 1920 dan tahun 1970 di beberapa negara Afrika.[1] Binatang-binatang lain, seperti lembu, boleh dijangkiti penyakit ini dan boleh menghidapinya.[1]

References

  1. ^ a b c d e f g h i j k l m n WHO Media centre (June 2013). "Fact sheet N°259: Trypanosomiasis, Human African (sleeping sickness)". Cite journal requires |journal= (bantuan)
  2. ^ MedlinePlus Encyclopedia Sleeping sickness
  3. ^ a b c d e Kennedy, PG (2013 Feb). "Clinical features, diagnosis, and treatment of human African trypanosomiasis (sleeping sickness)". Lancet neurology. 12 (2): 186–94. PMID 23260189. Check date values in: |date= (bantuan)
  4. ^ Simarro PP, Cecchi G, Franco JR, Paone M, Diarra A, Ruiz-Postigo JA, Fèvre EM, Mattioli RC, Jannin JG (2012). "Estimating and Mapping the Population at Risk of Sleeping Sickness". PLoS Negl Trop Dis. 6 (10): e1859. doi:10.1371/journal.pntd.0001859.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  5. ^ Lozano, R (Dec 15, 2012). "Global and regional mortality from 235 causes of death for 20 age groups in 1990 and 2010: a systematic analysis for the Global Burden of Disease Study 2010". Lancet. 380 (9859): 2095–128. doi:10.1016/S0140-6736(12)61728-0. PMID 23245604.