Innuendo: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Julia azrina (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Julia azrina (bincang | sumb.)
Baris 25:
Album sulung Innuendo yang berjudul '''''Innuendo''''' diterbitkan oleh [[Ahmad Izham Omar]] dan [[Paul Moss]], mula berada di pasaran pada bulan Mei 1997 dan mula mendapat perhatian pendengar menerusi rakaman semula lagu yang pernah dipopularkan oleh [[kumpulan Carefree]] pada tahun 1979 iaitu ''Belaian Jiwa. ''Lagu ini memang digemari oleh Innuendo dan tanpa diduga telah memahat nama mereka sebagai antara bakat baru paling menyerlah ketika itu.
 
Innuendo memecah rekod [[Anugerah Industri Muzik ke-5|Anugerah Industri Muzik (AIM 1998)]] ke-5 apabila membolot enam anugerah, Artis Inggeris Tempatan Baru Terbaik, [[Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik (AIM)|Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik]], [[Rakaman Album Terbaik Anugerah Industri Muzik|Rakaman Album Terbaik]], Album Inggeris Tempatan Terbaik, [[Susunan Muzik dalam Lagu Terbaik Anugerah Industri Muzik|Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu]] (''Belaian Jiwa'') dan [[Lagu Terbaik Anugerah Industri Muzik|Lagu Terbaik]] (''Selamanya'') menerusi album sulung mereka. Rekod tersebut kekal sehingga ke hari ini sebagai pencapaian jumlah kemenangan terbanyak dalam satu edisi sahaja.
 
Pada tahun 1998 juga Innuendo meraih empat anugerah dalam Anugerah Video M iaitu Video Muzik Terbaik dan Video Muzik Inovatif menerusi lagu ''Belaian Jiwa'', serta Persembahan Artis Terbaik dan Fotografi Terbaik menerusi lagu ''Just For You''.