Umar bin Al-Khattab: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Aurora (bincang | sumb.)
Polar (bincang | sumb.)
Baris 90:
Khalifah Umar telah membentuk satu Majlis Syura yang merupakan lembaga atau majlis perunding yang tertinggi. Ianya terbahagi kepada dua iaitu Majlis Syura Tertinggi dan majlis Syura Am.
 
Anggota Majlis Syura Tertinggi ialah terdiri daripada [[Uthman bin Affan]], [[Ali bin Abi Talib]], [[Zaid bin Tsabit]], [[Abdul Rahman bin Auf]], [[Saad bin Abi Waqas]] dan [[Mu'az bin Jabal]]. Semua pekara yang melibatkan masalah politik, keselamatan dan sosial negara akan dibincangkan bersama-sama dalam majlis tersebut. Majlis Syura ini juga bertanggungjawab menentukan polisi negara dalam soal pemerintahan dalaman dan hubungan luar.
 
Melalui amalan sistem syura, Khalifah Umar dapat mengetahui apa-apa permasalahan yang berlaku dalam semua segi. Beliau juga membuka peluang dan kebebasan yang seluas-luasnya kepada semua orang untuk mengemukakan fikiran dan pendapat mereka demi kebaikan dan keadilan Islam, Sehingga beliau menggangap semua manusia yang tidak mahu memberikan pendapat adalah manusia yang tidak berfaedah.
Baris 101:
==== Memperbaharui undang-undang pentadbiran tanah. ====
 
Perluasan kuasa Islam menuntut kepada Khalifah Umar untuk melakukan pembaharuan terhadap sistem tanah. Di [[Mesir]], [[Syam]] dan [[Iraq]] misalnya, segala tanah-tanah awam adalah menjadi milik kerajaan tempatan dan segala hasil dari tanah tersebut akan digunakan untuk membiayai kemudahan-kemudahan awam negara itu juga. Khalifah Umar juga menetapkan tanah-tanah yang dimiliki oleh penduduknya tidak akan dirampas tetapi ianya akan dikenakan cukai.
 
Tentera atau umat Islam dari negara lain tidak dibenarkan mengambil tanah dari negara jajahan kecuali melalui pembelian. Ini berbeza dengan amalan-amalan sebelumnya dimana tanah-tanah akan dibahagikan kepada tentera yang menyertai peperangan.
Baris 107:
=== Pembaharuan dalam bidang ekonomi. ===
 
Banyak pembaharuan yang dilakukan oleh Umar bagi mengagihkan pendapatan kepada rakyat dan juga negara mengikut kehendak Islam. Kadar dan sistem cukai telah diubah. [[Cukai]] yang dikenakan mengikut jenis tanaman yang ditanam. Syarat-syarat yang menyusahkan rakyat dan tidak adil akan dihapuskan. Beliau juga sering bertanyakan kepada golongan-golongan [[Dzimmi]] (orang bukan Islam) untuk mengetahui samada cukai yang dikenakan membebankan mereka. Inilah langkah yang dilakukan oleh Umar sebelum pekara ini diperbaharui. Kesemua ini menyebabkan pungutan cukai menjadi cekap dan perbendaharan negara bertambah. Beliau juga turut memajukan sistem pertanian dengan membuka tanah-tanah baru dan juga mengadakan projek pengairan, yang mana ianya telah dilaksanakan di Mesir dan Iraq bagi menambahkan lagi hasil pertanian.
 
=== Pembaharuan Dalam Bidang Sosial. ===
 
==== Melakukan polisi baru untuk golongan [[Dzimmi]]. ====
 
Khalifah Umar telah mengadakan cukai tanah dan juga [[jizyah]] kepada golongan ini. Cukai ini adalah berpatutan kerana rendah kadarnya dan tidak menyusahkan mereka. Pernah suatu kali khalifah Umar memanggil 10 orang Dzimmi dari [[Kufah]] dan 10 orang Dzimmi dari [[Basrah]] supaya mereka bersumpah, bahawa cukai yang dikenakan keataske atas mereka tidak membebankan.
 
Taraf dan hak awam diberikan sama rata seperti apa yang dinikmati oleh orang Islam. Golongan Dzimmi yang masih menentang Islam akan dibuang atau dihalau keluar negara. Harta mereka tidak akan dirampas, malah harta mereka yang tidak dapat dipindahkan seperti ladang akan dibayar ganti rugi oleh kerajaan Islam.
Baris 130:
==== Memajukan sistem pertanian. ====
 
Khalifah Umar telah mewujudkan terusan bagi memajukan sistem pertanian yang mana terusan tersebut seperti Terusan Amirul Mukminin yang menghubungkan [[Sungai Nil]] dengan Laut Merah sepanjang 69 batu dari bandar Fustat. Di [[Iraq]] pula beliau telah membina Empangan Abu Musa yang menyambungkan Sungai Dajlah (Tigris) dengan bandar Basrah.
 
Tanah juga telah dikaji selidik bagi menempatkan tanam-tanaman yang bermutu. Rakyat juga digalakan untuk membuka tanah-tanah baru bagi memperbanyakkan hasil pertanian. Tanah yang tidak dikerjakan akan ditarik balik sekiranya tidak terdapat hasil pertanian di dalamnya. Begitu juga beliau juga telah mengadakan sistem cukai bagi menambahkan pendapatan negara.
 
==Kemarau dan kebuluran yang panjang==
Pada tahun 638, Tanah Arab mengalami kemarau dan diikuti dengan kebuluran. Kebanyakan kaum [[Badwi]] mula mati akibat kelaparan dan wabak. Lama kelamaan, rizab makanan di [[Madinah]] pula semakin berkurangan, dan Umar mengutus surat kepada gabenor di [[Syria]], [[Palestin]], dan [[Iraq]] untuk menghulurkan bantuan. Keadaan darurat diumumkan di Madinah dan Semenanjung Tanah Arab. Gabenor yang pertama menyahut seruan itu ialah [[Abu Ubaidah al-Jarrah]], gabenor Syria yang juga merupakan panglima tentera ketika itu. Beliau membalas dengan satu surat yang tertulis: for aid. A state of emergency was declared in Medina and Arabia. The timely aid of Umar's governors saved the lives of thousands of people throughout Arabia. The first governor to respond was Abu Ubaidah ibn al-Jarrah, the governor of Syria and supreme commander of the [[Rashidun army]]. He sent a historic letter to Umar saying{{citation needed|date=January 2015}}
 
{{quote|Saya menghantar buatmu kafilah yang satu hujungnya di Syria dan satu lagi di Madinah.}}
 
Kemudian, Abu Ubaidah sendiri turun melawat Madinah dan bertindak sebagai pegawai pengurusan bencana yang diketuai sendiri oleh Umar. Sebaik sahaja bekalan catuan mencukupi di Madinah, Umar mengerahkan orangnya untuk ke laluan Iraq, Palestin, dan Syria agar bekalan yang lain dihantar ke kawasan pedalaman Arab yang kemudiannya menyelamatkan jutaan nyawa daripada kebuluran. Bagi pelarian yang memohon perlindungan di Madinah pula, umar mengadakan makan malam setiap hari dan dianggarkan lebih dari seratus ribu rakyat yang hadir untuk menumpang makan.<ref>Haykal, 1944. Chapter 22.</ref> Menjelang awal tahun 639, keadaan semakin pulih. Tanah Arab mula menerima hujan dan Umar sendiri menyelia perpindahan semula pelarian. Mereka diberikan catuan makanan yang mencukupi dan dikecualikan daripada [[zakat]] untuk tahun tersebut dan tahun seterusnya.
 
== Wafatnya Saidina Umar ==