Innuendo: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Julia azrina (bincang | sumb.)
Julia azrina (bincang | sumb.)
Baris 39:
 
== Kejayaan besar di AIM '98 ==
Innuendo memecah rekod [[Anugerah Industri Muzik ke-5]] apabila membolot enam anugerah, Artis Inggeris Tempatan Baru Terbaik, [[Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik (AIM)|Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik]], [[Rakaman Album Terbaik Anugerah Industri Muzik|Rakaman Album Terbaik]], Album Inggeris Tempatan Terbaik, [[Susunan Muzik dalam Lagu Terbaik Anugerah Industri Muzik|Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu]] ('''Belaian Jiwa''') dan [[Lagu Terbaik Anugerah Industri Muzik|Lagu Terbaik]] ('''Selamanya''') menerusi album sulung mereka. Rekod tersebut kekal sehingga ke hari ini sebagai pencapaian jumlah kemenangan terbanyak dalam satu edisi sahaja.
 
Pada tahun 1998 juga Innuendo meraih empat anugerah dalam Anugerah Video M iaitu Video Muzik Terbaik dan Video Muzik Inovatif menerusi lagu '''Belaian Jiwa''', serta Persembahan Artis Terbaik dan Fotografi Terbaik menerusi lagu '''Just For You'''.
 
Pada tahun 1999 Innuendo mendapat penghargaan Carta RIM sebagai album Inggeris tempatan paling lama bertahan dalam carta.
 
== Album kedua selepas empat tahun ==
Album kedua Innuendo, '''<nowiki/>'BrandNuEndo''' '''''menyusul pada tahun 2001. Bagaimanapun dalam album ini Sam tidak lagi bersama Innuendo. Menerusi album ini Innuendo telah meraih anugerah [[Video Muzik Terbaik Anugerah Industri Muzik|Video Muzik Terbaik]] (untuk lagu '''Nanti''') dan [[Anugerah Industri Muzik ke-9#Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu|Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu]] (untuk lagu''''' ''Only Dancin''') pada [[Anugerah Industri Muzik ke-9]] yang diadakan pada tahun 2002.
 
Selepas itu Pot dan Taj lebih banyak menumpukan perhatian kepada kerja-kerja belakang tabir penerbitan album artis-artis lain dan juga syarikat milik mereka iaitu The Promised Clan Sdn. Bhd. (TPC) yang ditubuhkan untuk mengembangkan bakat-bakat baru dari arena 'underground' ke pentas 'mainstream'. Artis pertama yang dinaungi TPC ialah kumpulan [[Ruffedge]] dan [[V.E]].
 
== Berpecah ==
Baris 52 ⟶ 54:
 
==Syarikat Rakaman==
Innuendo bernaung di bawah syarikat rakaman [[Positive Tone]] dari awal sehinggalah ke penghujung karier muzik mereka.
 
==Diskografi==
Baris 205 ⟶ 207:
 
== Trivia ==
* Menerusi album pertama mereka, Innuendo telah mendapat jolokan '''Boyz 11 Men Malaysia''' berikutan paduan suara berharmoni mereka yang mantap.
* Pada awal tahun 1998 Innuendo bersama kumpulan hip hop [[Poetic Ammo]] telah diundang mengadakan persembahan di [[London]] oleh pelajar-pelajar Malaysia yang menetap di sana.
* Penyanyi [[Dayang Nur Camelia Abang Khalid|Camelia]] mengundang Innuendo untuk berduet dalam lagu berjudul '''Akhirnya'''. Lagu tersebut dimuatkan dalam album kedua Camelia pada tahun 1999.
* Pot pernah mencipta lagu untuk [[Siti Nurhaliza binti Tarudin|Dato' Siti Nurhaliza]] berjudul '''Kau Ku Sayang''' dan dimuatkan dalam album [[Safa (album)|Safa]] pada awal tahun 2001. Lagu tersebut kemudiannya dirakam semula oleh Innuendo sendiri dengan judul '''Tidur Sayang''' dan dimuatkan dalam album '''BrandNuEndo''' pada hujung tahun 2001.
* Taj menerbitkan sebuah buku hasil tulisannya sendiri berjudul '''Hitamputih '''pada tahun 2011.
* Reymee kini bergelar usahawan dan menguruskan perniagaan selepas Innuendo berpecah.
* Sam telah menyertai program realiti Gegar Vaganza pada tahun 2014 tetapi tersingkir di minggu kedua.