Sri Krishna Caitanya: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Baris 89:
 
Sebelum Caitanya, kebanyakan golongan rahib mengikuti aliran Advaita [[Vedanta]] yang mengutamakan Ilmu. Di Benaras, rahib-rahib tradisional mempelajari teks Vedanta Sutras Badarayana dengan ulasan Sri Sankara. Semasa berada di Varanasi, Caitanya mengajar rahib-rahib ini bahawa maksud sebenar Vedanta Sutra Badarayana boleh difahami dengan menggunakan ulasan Badarayana sendiri. Menurut Chaitanya, Badarayana telah menulis Bhagavata Purana sebagai ulasan kepada Vedanta Sutranya. Oleh itu, golongan rahib digesa untuk mempelajari Bhagavata Purana demi memupuk Bhakti. Kehadiran Caitanya di Varanasi, mengubah ramai penduduknya untuk mengikuti jalan Bhakti.<ref>Swami Tapasyananda, '''Bhakti Schools of Vedanta','' p.289</ref>
 
Menyarankan sikap Madhura
 
Kebanyakan Vaishnava Acharya lain hanya merujuk kepada sikap Madhura dengan teragak-agak. Namun, Caitanya menyarankan Madhura-Bhava sebagai Bhakti yang terunggul. Dengan menjalani kehidupan sebagai seorang rahib yang sejati, Caitanya menunjukkan bahawa Madhura-Bhava boleh menjadi satu disiplin rohani yang suci dan bebas daripada hawa nafsu. Dalam hidupnya sendiri, Caitanya mengelakkan sebarang hubungan atau kaitan dengan kaum wanita. Malah, dia juga menegah pengikut-pengikut wanitanya untuk mendekatinya. Mereka hanya dibenarkan untuk melihatnya dari jauh. Pengikut-pengikutnya yang mengingkari disiplin ini, walaupun sedikit, dibuang daripada kumpulannya.
 
== Ajaran Caitanya Mahaprabhu ==