Sri Krishna Caitanya: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Baris 54:
 
=== Di Jagannātha Purī ===
Selepas mengambil ikrar Saṁnyāsa, Caitanya bertolak ke Jagannātha Purī. Ini ialah lawatan pertamanya ke tempat itu. Salah satu peristiwa penting yang berlaku di sini ialah penukaran Vāsudeva Sārvabhauma, seorang pendeta hebat zaman itu. Sārvabhauma meninggalkan kepercayaan kepada falsafah Advaita Vedanta dan menjadi seorang Bhakta atau pemuja Śrī Kṛṣṇa.
 
[[File:Yogapith, Mayapur.jpg|thumb|417x417px|Yogapith, Mayapur
Yogapith, kuil Chaitanya Mahaprabhu di tempat lahirnya di Mayapur, West Bengal, dibina dalam tahun 1880-an oleh Bhaktivinoda Thakur
]]
 
=== Lawatan ke India Selatan ===
Baris 87 ⟶ 91:
== Sumbangan Caitanya Mahaprabhu ==
 
=== Memperkenalkan elemen Bhakti dalam tradisi kerahiban ===
Sebelum Caitanya, kebanyakan golongan rahib mengikuti aliran Advaita [[Vedanta]] yang mengutamakan Ilmu. Di Benaras, rahib-rahib tradisional mempelajari teks Vedanta Sutras Badarayana dengan ulasan Sri Sankara. Semasa berada di Varanasi, Caitanya mengajar rahib-rahib ini bahawa maksud sebenar Vedanta Sutra Badarayana boleh difahami dengan menggunakan ulasan Badarayana sendiri. Menurut Chaitanya, Badarayana telah menulis Bhagavata Purana sebagai ulasan kepada Vedanta Sutranya. Oleh itu, golongan rahib digesa untuk mempelajari Bhagavata Purana demi memupuk Bhakti. Kehadiran Caitanya di Varanasi, mengubah ramai penduduknya untuk mengikuti jalan Bhakti.<ref>Swami Tapasyananda, '''Bhakti Schools of Vedanta','' p.289</ref>
 
=== Menyarankan sikap Madhura ===
Kebanyakan Vaishnava Acharya lain hanya merujuk kepada sikap Madhura dengan teragak-agak. Namun, Caitanya menyarankan Madhura-Bhava sebagai Bhakti yang terunggul. Dengan menjalani kehidupan sebagai seorang rahib yang sejati, Caitanya menunjukkan bahawa Madhura-Bhava boleh menjadi satu disiplin rohani yang suci dan bebas daripada hawa nafsu. Dalam hidupnya sendiri, Caitanya mengelakkan sebarang hubungan atau kaitan dengan kaum wanita. Malah, dia juga menegah pengikut-pengikut wanitanya untuk mendekatinya. Mereka hanya dibenarkan untuk melihatnya dari jauh. Pengikut-pengikutnya yang mengingkari disiplin ini, walaupun sedikit, dibuang daripada kumpulannya.
 
== Ajaran Caitanya Mahaprabhu ==
Macam manakah orang-orang duniawi boleh mendapat kebebasan? Caitanya berkata, ''"Seperti seorang isteri yang tidak setia berfikir tentang buah hatinya sambil hidup dengan keluarganya, lakukan kerja-kerja kamu dan dengan senyap sentiasa ingati Tuhan."''
 
Pada penghujung hidupnya, Caitanya memanggil teman-temannya, Svarūp dan Rāmānanda Roy dan berkata: "''Dalam zaman Kali, Ubat yang paling mujarab ialah Sankirtana nama Kṛṣṇa. Ia sama seperti upacara korban dalam Veda. Seorang yang melakukan korban ini dengan bersungguh-sungguh akan mencapai Tapak Teratai Kṛṣṇa. Dengan Sankirtana, manusia boleh membebaskan diri daripada dosa dan dunia. Sankirtana menyucikan jiwa. Nyanyikan nama-Nya ketika makan, tidur, di sana, di sini, dan di mana-mana sahaja. Tidak ada had atau halangan untuk menyanyikan nama-Nya. Nama-Nya mempunyai segala kesaktian (Sarva-sakti)."''