Sri Krishna Caitanya: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Baris 43:
Selepas ini, Nimāi sering mengalami keghairahan rohani, sehingga orang menganggapnya tidak siuman dan gila. Namun, kesaktian rohani yang terserlah pada dirinya, mengubah sesiapa sahaja yang disentuhnya. Dengan sentuhan sucinya, Nimāi menggubah ramai orang yang beriman mahupun kafir. Śrīvās seorang yang beriman, Advaitācārya pula seorang pendeta dan ketua masyarakat Vaiṣṇava, pemerintah Muslim bernama Kāzi, dua orang samseng bernama Jagāi dan Madhāi ialah antara orang-orang bertuah yang menerima rahmat Nimāi. Demikian, Nimāi mendedahkan rahsia kelahirannya untuk menghidupkan semula iman dan cinta ketuhanan yang tertinggi.
 
PadaMenurut ''Caitanya-Bhagavat'', pada suatu hari, Caitanya memberitahu Advaita Acharya berulang kali bahawa dia akan lahir semula dan melakonkan Lila-Nya kembali, dan dalam kelahiran itu, dia akan menarik ramai orang dengan nyanyiannya.<ref>Vrindavan Das, ''Chaitanya-Bhagavat''</ref>
 
Ketika ini, Caitanya mendapat pengikut setia dan temannya Nityānanda atau Nitāi. Haridās (seorang Muslim) dan Murāri Gupta ialah antara pengikut-pengikut setianya.
Baris 63:
Beberapa lama kemudian, Caitanya memulakan perjalanan ke India Selatan. Dalam lawatan ibadah ini yang mengambil masa dua tahun, dia melawat Kanyākumārī (di Tamil Nadu) dan Uḍupi (di Karnataka). Pada masa ini juga, dia bertemu dengan Rāmānanda Roy, gabenor Vidyānagara (di Andhra Pradesh) di bawah pemerintahan raja Kalinga (Orissa) Pratāparudra. Dengan pengaruh Caitanya, Rāmānanda menjadi seorang pemuja Śrī Kṛṣṇa. Raja Pratāparudra juga tertarik dengan personaliti Caitanya, menjadi pengikutnya.
 
<nowiki> </nowiki>Dalam perjalanan dari Kanyakumari, Caitanya melawat kuil Adi-Kesava di Travancore. Di kuil ini, dia menemui sebuah karya unik bernama '''Brahma Samhitā'''. Karya tersebut mengandungi semua dogma dan amalan Vaisnava dengan ringkas. Caitanya menyalin karya itu dan membawanya sebagai satu harta yang tidak ternilai. Satu lagi karya yang ditemuinya semasa merantau di India barat ialah karya '''Kṛṣṇa-Karṇāmṛta'''. Selain daripada Bhāgavata, Caitanya amat menggemari Kṛṣṇa Karṇāmṛta dan Brahma Samhitā .<ref>Swami Harshananda, ''The Concise Encyclopaedia of Hinduism''</ref>
 
Selepas kembali ke Purī, Caitanya menyertai perayaan Rathayātrā Dewa Jagannātha yang terkenal. Selepas itu, dia melawat Vṛndāvan dan lain-lain tempat di India Utara seperti Varanasi (Kasi) dan Prayag. Dalam lawatan ini, Caitanya mendapat tiga orang pengikut utamanya, Rūpa Gosvāmin, Sanātana Gosvāmin dan Jīva Gosvāmin. Ketiga-tiga pengikut ini memainkan peranan utama dalam membentuk falsafah Acintya Bhedā Bheda.
Baris 76:
Meskipun Caitanya seorang pendeta yang hebat, dia tidak meninggalkan sebarang karya kecuali dua buah puisi suci - Caitanyaśikṣāṣṭaka dan Jagannāthastotra.
 
Terdapat dua versi tentang kesudahan kisah ChaitanyaCaitanya. Menurut versi pertama,ChaitanyaCaitanya telah memasuki berhala Jagannatha di kuil. Versi kedua pula menyatakan bahawa dia turun ke dalam laut dan ghaib. Sejarahwan Jadunāth Sirkār menyatakan bahawa tarikh sebenar Caitanya meninggal dunia ialah 14 Jun 1533.
 
Peliknya, penulis ''Caitanya-caritāmṛta'' tidak merekodkan apa-apa tentang kematian Caitanya. Ini menyebabkan kematian Caitanya menjadi satu misteri. Terdapat beberapa orang sejarahwan yang mengesyaki bahawa kemungkinan sesuatu perbuatan keji telah berlaku di kuil Jagannatha. Ramai dalam kalangan pegawai kuil itu cemburu dan menaruh perasaan dengki terhadap Caitanya. Kemungkinan mereka berkomplot dan membunuhnya. Bagi mengelakkan sebarang kontroversi, perkara tersebut mungkin telah disembunyikan.
 
Sebaik sahaja hidup Caitanya berakhir, semua pengikut dan temannya meninggalkan Puri dan berpindah ke Vrindavan. Krishna-Kirtana yang telah kedengaran di kuil Puri setiap hari juga dihentikan selama lima puluh tahun.<ref>Swami Tapasyananda, ''Sri Caitanya Mahaprabhu'', ms.64</ref>