Sri Krishna Caitanya: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Baris 1:
[[File:Sri Caitanya Mahaprabhu and Nityananda Mahaprabhu!.jpg|thumb|Sri Krishna Caitanya dan Nityananda Mahaprabhu]]
[[File:Chaitanya-Mahabrabhu-at-Jagannath.jpg|thumb|Sri Krishna ChaitanyaCaitanya ]]
'''Śrī Kṛṣṇa Caitanya ''' (juga dieja sebagai Sri Krishna Caitanya) atau ''Śrī'' ''{{Templat:IAST|Caitanya Mahāprabhu}}'' (1486 –1533) merupakan seorang rahib [[Hindu]] kurun ke-16. Caitanya dianggap sebagai pelopor pergerakan '''Kṛṣṇa Bhakti (Krishna Bhakti)''' dan salah seorang tokoh utama '''Gaudiya Vaishnavisme'''. 
 
Baris 34:
=== Lawatan ke Gaya dan Transformasi ===
[[File:Chaitanya sankirtan.jpg|thumb|304x304px|Kumpulan Sankirtana Caitanya dan Nityananda ]]
[[Beberapa]] lama selepas lawatannya, Nimāi melawat Gayā, tempat ibadat yang utama bagi Dewa Gadādhar (Viṣṇu). Semasa lawatan ini, selepas melakukan semua upacara agama, dia sedang bersembahyang di Viṣṇupāda (tempat yang mempunyai jejak tapak kaki Tuhan). Nimāi mendapat suatu pengalaman mistik yang ganjil yang menggubah dirinya. Dia mendesak Īśvara Purī (pengikut Mādhavendra Purī) yang telah berkenalan dengannya dan ketika itu berada di Gayā untuk memberinya mantera suci Kṛṣṇa. Īśvara Purī menerima Nimāi dan memberinya mantera suci itu. Peristiwa ini menggubah Nimāi sepenuhnya. Kini, dia merasakan penderitaan kaum Gopi akibat perpisahan dengan '''Śrī Kṛṣṇa'''. Demikian, berakhirnya kehidupan pendeta Nimāi dan seorang rasul cinta Śrī Kṛṣṇa lahir.
 
Selepas peristiwa di Gayā, Nimāi enggan untuk pulang ke Nadia. Dengan payah, pengikut-pengikutnya menasihatinya untuk berjumpa dengan ibunya. Kasih untuk ibunya, menghalang Nimāi daripada merantau ke Vṛndāvan. Apabila dia pulang ke Nadia, dia telah berubah sama sekali. Sehingga itu, dia seorang yang ceria dan penuh kenakalan. Kini, siang malam dia murung memikirkan tentang Śrī Kṛṣṇa. Bibirnya hanya menyebut ''''Kṛṣṇa'''!'.