Lucera: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Delimapagi978 (bincang | sumb.)
Delimapagi978 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 63:
 
Koloni itu berkembang maju selama 75 tahun sehinggalah ia dijarah pada tahun 1300 oleh pasukan tentera Kristian di bawah perintah [[Charles II dari Naples]]. Penghuni bandar itu yang beragama Islam diusir atau dijual sebagai hamba,<ref>Julie Taylor. [http://www.umd.umich.edu/univ/ur/press_releases/nov03/taylorbook_pr.html Muslims in Medieval Italy: The Colony at Lucera]. Lanham, Md.: Lexington Books. 2003.</ref> dengan ramai yang mencari perlindungan di [[Albania]] di seberang [[Laut Adriatik]].<ref>Ataullah Bogdan Kopanski. [http://www.iiu.edu.my/deed/quran/albanian/Albchapt.htm Islamization of Shqeptaret: The clas of Religions in Medieval Albania.]</ref> Masjid-masjid mereka yang ditinggalkan diruntuhkan dan gereja-gereja biasanya dibina di atas tapak masjid-masjid itu, termasuklah Gereja Besar S. Maria della Vittoria.<ref>Taylor, p.187</ref>
[[File:The Duomo of Lucera.jpg|left|thumb|[[Gereja Besar Lucera]] pernah diubah menjadi sebuah [[masjid]] semasa [[penempatan Muslim di Lucera]] yang singkat.]]
 
Setelah orang Islam dihalau dari Lucera, Charles cuba menempatkan orang Kristian di bandar itu. Orang Islam yang bertukar agama kepada Kristian memperoleh kembali harta mereka, namun tiada seorang pun yang dipulihkan kepada kedudukan politik atau pengaruh ekonominya sebelum ini. Semakin masa berlalu, pengeluaran bijirin di bandar itu jatuh, dan pada tahun 1339 bandar itu dilanda kebuluran. Sementara orang Kristian dibenarkan bertani sebagaimana orang Islam, kehilangan petani Muslim mungkin menjadi sebab kepada kebuluran itu.<ref>Taylor, p.190-4</ref>