Sri Krishna Caitanya: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Baris 12:
Menjelang kurun ke-15, meskipun Nadia menjadi pusat ilmu pengetahuan, perkembangan kerohanian hampir telah terencat. Disebabkan kejatuhan agama Tantra, arak dan daging menjadi satu kebiasaaan. Malah dalam kalangan pendeta Brahmin juga, agama telah menjadi hanya ritualisme yang hambar tanpa sebarang disiplin moral atau kerohanian. Pendeta-pendeta yang bongkak dengan ilmu, melupakan diri dengan arak dan kehidupan berfoya-foya. Meskipun agama Vaishnava merupakan agama utama di Nadia, cinta atau Bhakti kepada Tuhan telah dilupakan.
 
Keadaan ini amat menyedihkan seorang pencinta Tuhan yang sejati bernama Advaita Acharya. Beliau berdoa kepada Sri Krishna untuk mengembalikan cinta ketuhanan di hati penduduk Nadia. ''"Wahai Krishna, jika Kau menjelma semula,barulah manusia dapat diselamatkan!"'' demikianDemikian, Advaita Acharya sering berdoa. Mendengar doa ikhlas ini, Tuhan menjelma sebagai Śrī {{Templat:IAST|Caitanya Mahāprabhu}}.
 
=== Kelahiran dan Zaman Kanak-kanak ===
Baris 82:
Sebaik sahaja hidup Caitanya berakhir, semua pengikut dan temannya meninggalkan Puri dan berpindah ke Vrindavan. Krishna-Kirtana yang telah kedengaran di kuil Puri setiap hari juga dihentikan selama lima puluh tahun.<ref>Swami Tapasyananda, ''Sri Caitanya Mahaprabhu'', ms.64</ref>
 
Swami Vivekananda memujinya sebagaibegini: <blockquote>''"....Baginda salah seorang guru Bhakti yang terhebat di dunia – Caitanya gila.'' ''Bhaktinya membanjiri seluruh bumi Bengal dengan membawa ketenangan untuk semua orang. Cintanya''
''tidak mengenal had. Orang alim, pendosa, Hindu atau Muslim, orang yang suci
mahupun tidak suci, dan pelacur – semua orang mendapat bahagian dalam kasih
sayangnya, semua orang mendapat bahagian daripada simpatinya. Malah sehingga ke
hari ini, meskipun mazhabnya telah merosot, seperti semua yang dimakan masa, ia
masih menjadi tempat berteduh untuk orang yang miskin, tertindas, orang terbuang,
lemah, dan semua orang yang telah disingkirkan oleh masyarakat."'' </blockquote>
 
== Sumbangan Caitanya Mahaprabhu ==
Baris 111:
Macam manakah orang-orang duniawi boleh mendapat kebebasan? Caitanya berkata, ''"Seperti seorang isteri yang tidak setia berfikir tentang buah hatinya sementara tinggal dengan keluarganya, lakukan kerja-kerja kamu dan dengan senyap sentiasa ingati Tuhan."''
 
Pada penghujung hidupnya, Caitanya memanggil teman-temannya, Svarūp dan Rāmānanda Roy dan berkata: <blockquote>"''Dalam zaman Kali, Ubat yang paling mujarab ialah Sankirtana nama Kṛṣṇa. Ia sama seperti upacara korban dalam Veda. Seorang yang melakukan korban ini dengan bersungguh-sungguh akan mencapai Tapak Teratai Kṛṣṇa. Dengan Sankirtana, manusia boleh membebaskan diri daripada dosa dan dunia. Sankirtana menyucikan jiwa. Nyanyikan nama-Nya ketika makan, tidur, di sana, di sini, dan di mana-mana sahaja. Tidak ada had atau halangan untuk menyanyikan nama-Nya. Nama-Nya mempunyai segala kesaktian (Sarva-sakti)."''</blockquote>Apakah caranya untuk meningkatkan minat terhadap nama-Nya? Seorang pencinta Tuhan, tanpa mengendahkan taraf dan statusnya, mestilah berendah diri seperti rumput. Dia mestilah sabar seperti pokok yang tidak merungut walaupun ketika ia ditebang atau meminta air walaupun ia sedang mati semasa kemarau, tetapi ia memberikan semua bahagiannya, menahan pancaran matahari dan hujan, tetapi memberi teduhan kepada orang lain. Seorang Vaishnava, tidak harus sombong akan kedudukannya. Dia mesti menghormati semua mahkluk hidup. Orang yang menyanyikan nama Krishna dengan cara ini, akan mendapat Prema.
 
Apakah caranya untuk meningkatkan minat terhadap nama-Nya? Seorang pencinta Tuhan, tanpa mengendahkan taraf dan statusnya, mestilah berendah diri seperti rumput. Dia mestilah sabar seperti pokok yang tidak merungut walaupun ketika ia ditebang atau meminta air walaupun ia sedang mati semasa kemarau, tetapi ia memberikan semua bahagiannya, menahan pancaran matahari dan hujan, tetapi memberi teduhan kepada orang lain. Seorang Vaishnava, tidak harus sombong akan kedudukannya. Dia mesti menghormati semua mahkluk hidup. Orang yang menyanyikan nama Krishna dengan cara ini, akan mendapat Prema.
 
Menurut [[Swami Vivekananda]], ''"Vaiṣṇavisme mengajar bahawa 'tidak salah untuk menyayangi ibu, bapa, abang, suami, atau anak! Ianya tidak salah, jika kamu menganggap anak itu sebagai Kṛṣṇa atau apabila kamu memberinya makan, berfikir bahawa kamu sedang menyuap Kṛṣṇa!' Laungan Caitanya ialah, 'Pujalah Tuhan dengan pancaindera', bertentangan dengan [[Vedanta]] yang melaungkan, 'Kawallah pancaindera! Halang pancaindera!'"''<ref>The Complete Works of Swami Vivekananda/Volume 8/Sayings and Utterances</ref>