Sri Krishna Caitanya: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Dexbot (bincang | sumb.)
k Bot: Parsoid bug phab:T107675
Baris 65:
Dalam perjalanan dari Kanyakumari, Caitanya melawat kuil Adi-Kesava di Travancore. Di kuil ini, dia menemui sebuah karya unik bernama '''Brahma Samhitā'''. Karya tersebut mengandungi semua dogma dan amalan Vaisnava dengan ringkas. Caitanya menyalin karya itu dan membawanya sebagai satu harta yang tidak ternilai. Satu lagi karya yang ditemuinya semasa merantau di India barat ialah karya '''Kṛṣṇa-Karṇāmṛta'''. Selain daripada Bhāgavata, Caitanya amat menggemari Kṛṣṇa Karṇāmṛta dan Brahma Samhitā.<ref>Swami Harshananda, ''The Concise Encyclopaedia of Hinduism''</ref>
 
<nowiki> </nowiki>Selepas kembali ke Purī, Caitanya menyertai perayaan Rathayātrā Dewa Jagannātha yang terkenal. Selepas itu, dia melawat Vṛndāvan dan lain-lain tempat di India Utara seperti Varanasi (Kasi) dan Prayag. Dalam lawatan ini, Caitanya mendapat tiga orang pengikut utamanya, Rūpa Gosvāmin, Sanātana Gosvāmin dan Jīva Gosvāmin. Ketiga-tiga pengikut ini memainkan peranan utama dalam membentuk falsafah Acintya Bhedā Bheda.
 
Pada masa Caitanya melawat Vṛndāvan di mana Śrī Kṛṣṇa menghabiskan zaman kanak-kanaknya, tempat itu berada dalam keadaan terbiar. Atas arahan Caitanya, Sanātana Gosvāmin mencari dan mengambil alih semua tempat-tempat yang berkaitan dengan riwayat Śrī Kṛṣṇa. Atas usaha ini, tempat-tempat suci itu dibaik pulih dan dibuka untuk lawatan ibadah para pemuja.