Semenanjung Antartik: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Polar (bincang | sumb.)
Baris 19:
 
Antara 1901 dan 1904, [[Otto Nordenskiöld]] mengetuai [[Ekspedisi Antartika Sweden]], salah satu ekspedisi pertama untuk menerokai bahagian Antartika. Mereka mendarat di Semenanjung Antartika pada bulan Februari tahun 1902, di atas kapal ''[[Antartika (kapal)|Antarctica]],'' yang kemudiannya karam tidak jauh dari semenanjung. Semua anak-anak kapal telah terselamat. Mereka kemudiannya diselamatkan oleh sebuah kapal Argentina. [[Ekspedisi Graham Land British]] antara 1934 dan 1937 menjalankan tinjauan udara dan membuat kesimpulan bahawa Graham Land bukanlah kepulauan tetapi semenanjung.<ref name="Stewart2011a"/><ref name="aga1"/>
 
Persetujuan pada nama Semenanjung Antartika oleh [[Jawatankuasa Penasihat Nama Antartika|US-ACAN]] dan [[UK-APC]] pada tahun 1964 menyelesaikan perbezaan lama ke atas penggunaan nama "Semenanjung Palmer" oleh [[Amerika Syarikat]] atau nama "Graham Land" [[United Kingdom|British]] untuk ciri geografi ini. Pertikaian ini telah diselesaikan dengan membuat Graham Land sebahagian daripada Semenanjung Antartika ke utara garis antara [[Tanjung Jeremy]] dan [[Tanjung Agassiz]]; dan [[Palmer Land]] bahagian selatan garis itu. Palmer Land dinamakan sempena pemburu anjing laut Amerika Syarikat [[Nathaniel Palmer]]. Dalam [[Chile]], Semenanjung ini secara rasmi dinamakan [[Bernardo O'Higgins|O'Higgins]] Land, sempena [[Bernardo O'Higgins]], patriot Chile dan orang yang berwawasan dengan Antartika. Lain-lain negara-negara berbahasa Sepanyol memanggilnya "Península Antártica", antaranya [[Argentina]]. Ia secara rasmi juga dirujuk sebagai ''Tierra de San Martín'', dan Argentina mempunyai lebih banyak pengkalan dan kakitangan di sana berbanding mana-mana negara lain.<ref name="Stewart2011a"/>