Orang Suluk: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 18:
Kaum '''Suluk''' atau '''Tausūg''' adalah majoriti di '''Kepulauan Sulu''' dan bahasanya '''Bahasa Sūg''' adalah bahasa perantara atau ''lingua franca'' sebelum era kesultanannya lagi hingga kini. Kaum Suluk atau Tausug berasal dari rumpun ''Melayu-Austronesian (Polenesian)'' sebagai mana masyarakat Nusantara di sekitarnya. Bahasa Sug yang mereka tutur adalah mirip bahasa Melayu lama bercampur bahasa Arab dan bahasa etnik lain di sekitar Mindanao. Mengikut sejarah, bahasa asal Suluk sebenarnya adalah dari bahasa asal Orang Tagimaha (Taguima dari Basilan).
 
Mengikut sumber dari Salsilah Sulu yang dicatat oleh pencatat sejarah Najeeb Saleeby dalam bukunya ''The History Of Sulu (Manila: 1908),'' suku kaum Tausug ini dan bahasanya berasal dari beberapa etnik yang bergabung iaitu Buranun, Tagimaha, Baklaya, Orang Dampuan dan Orang Banjar. Suku kaum Buranun atau Bud Anun yang bererti orang bukit adalah salah satu sub etnik ORANG DAYAK yang mendiami Kepulauan Sulu. Suku kaum Buranun telah diIslamkan oleh Sharifful Hashim dan orang-orang Bajau yang mengiringi Shariful Hashim dari Johor dan orang-orang Taguimaha ( nenek moyang orang-orang Bajau Yakan yang mengiringi Raja Baguinda dari Pulau Basilan. Mereka berhijrah ke Kepuluan Sulu sehingga terbentuk satu masyarakat yang dikenali sebagai masyarakat '''Tausug.'''.
 
== Demografi ==