Kubu kota: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 9:
'''Kubu kota''' atau '''kota berkubu''' adalah kawasan teras perkubuan sesebuah bandar atau bandaraya. Ia boleh menjadi [[kubu]], [[istana kota]], atau pusat perkubuan.<ref>{{cite book|title=Castles: Their Construction and History |author= [[Sidney Toy]]|year=1985|publisher=[[Courier Dover]]|isbn=0-486-24898-4}}</ref> Istilah ini dipanggil "kota kecil" kerana ia adalah bahagian paling kecil dalam bandar di mana ia mempunyai teras pertahanan.<ref>{{cite web |url=http://en.wiktionary.org/wiki/citadel |title=Citadel |accessdate=4 April 2013}}</ref>
 
Di dalam sesebuah perkubuan berserta [[katelum]], kubu kota adalah bahagian sistem yang paling kuat , kadang-kadang terdapat perigitelaga di dalam tembok luar dan katelum, tetapi sering menjadi sebahagian daripada tembok luar untuk kepentingan ekonomi. Ia diletakkan sebagai barisan pertahanan terakhir, jika pihak musuh melanggar komponen lain sistem perkubuan. Kubu kota juga dianggap sebagai bahagian ketiga istana zaman pertengahan, dengan tembok yang lebih tinggi daripada yang lain. Ia adalah untuk menjadi barisan terakhir pertahanan sebelum [[menara utama]] itu sendiri.
 
Di pelbagai negara, kubu kota mendapat nama tertentu seperti "[[Kremlin]]" di Rusia atau "[[Alcázar]]" di [[Semenanjung Iberia]]. Di bandar-bandar Eropah, istilah "Kubu Kota" dan "Istana Kota" sering digunakan silih berganti. Istilah "menara" juga digunakan dalam kes-kes tertentu seperti [[Menara London]] dan [[Menara David]] Jerusalem. Walau bagaimanapun, kubu kota Haiti, yang merupakan kubu kota terbesar di Hemisfera Barat, dipanggil [[Citadelle Laferriere]] atau semata-mata "Citadel" dalam bahasa Inggeris.