Zaman Victoria: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Polar (bincang | sumb.)
Baris 45:
=== Kadar kematian ===
[[Kadar kematian]] di England banyak berubah menerusi abad ke-19. Tidak ada wabak bencana atau kelaparan di England atau Scotland pada abad ke-19&nbsp;– ia adalah abad pertama di mana wabak utama tidak berlaku di seluruh negara, dengan kematian bagi setiap 1000 penduduk setiap tahun di England dan Wales jatuh dari 21.9 daripada 1848–54 kepada 17 pada 1901 (berbeza dengan, misalnya, 5.4 pada tahun 1971).<ref name=victorian_mortality>{{cite journal|journal=Social History of Medicine|year=1988|volume=1|pages=1–37|title=The importance of social intervention in Britain's mortality decline c.1850–1914: A re-interpretation of the role of public health|first=Simon|last=Szreter|doi=10.1093/shm/1.1.1}} {{Subscription required}}</ref> Kelas mempunyai kesan yang besar ke atas kadar kematian kerana kelas-kelas atasan mempunyai kadar kematian awal yang lebih rendah pada awal abad ke-19 berbanding kelas miskin.<ref>Robert W. Fogel, ''The Escape from Hunger and Premature Death, 1700–2100: Europe, America, and the Third World'' (Cambridge Studies in Population, Economy and Society in Past Time) (2004) p 40</ref>
 
Piawaian alam sekitar dan kesihatan meningkat sepanjang era Victoria; penambahbaikan dalam pemakanan juga mungkin telah memainkan peranan, walaupun kepentingan ini dibahaskan.<ref name=victorian_mortality/> Kerja-kerja pembetungan telah bertambah baik begitu juga kualiti air minum. Dengan persekitaran yang lebih sihat, penyakit berjangkit berkurang dan tidak merebak sebanyak dahulu. Teknologi juga semakin baik kerana penduduk mempunyai lebih banyak wang untuk dibelanjakan pada teknologi perubatan (sebagai contoh, teknik untuk mencegah kematian ketika melahirkan anak supaya lebih ramai wanita dan kanak-kanak terselamat), yang juga membawa kepada bilangan penawar yang lebih besar untuk penyakit.
 
== Lihat juga ==