Serangan panik: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Kurniasan (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 16:
'''Serangan panik''' teramasuk dalam kecelaruan panik. Kecelaruan panik ditandai oleh serangan keresahan atau ketakutan yang berkala (serangan panik, bahasa Inggeris ''panic attack''). Setiap episod berlangsung sekitar 15-30 minit, walaupun kesan sisa dapat berterusan lebih lama. Selama serangan panik, pesakit merasakan ketakutan atau tidak selesa yang disertai oleh takikardia (denyut jantung yang lebih cepat berbanding denyut jantung normal), jantung berdebar, kesakitan dada, perasaan tercekik, berkeringat, gemetar, mual, pusing, perasaan tidak sebenar (derealisasi), depersonalisasi dan takut mati atau takut menjadi gila. Serangan panik dapat berlaku secara spontan atau sebagai respon terhadap situasi tertentu.<ref name="Ilmu Kedokteran Jiwa">(Indonesia) {{Templat:Cite book|author = Maramis, Willy F|title = Ilmu Kedokteran Jiwa|publisher = Airlangga University Press|year = 2009|id = ISBN 978-979-1330-56-5}}</ref> Frekuensi serangan sangat berubah, terdapat yang sering (setiap hari atau minggu), tetapi berlangsung berbulan-bulan. Terdapat juga yang mengalami serangkaian serangan tetapi diikuti tempoh tenang selama berminggu-minggu. Perlu diperhatikan bahawa serangan panik dapat berlaku pada kecelaruan keresahan lain seperti fobia dan kecelaruan stres pascatrauma. Oleh sebab itu, perlu membezakan ciri-ciri kecelaruan tersebut dengan kecelaruan panik dengan teliti.
 
=== Rawatan ===
Alprazolam digunakan sebagai rawatan untuk menghalang serangan panik.
 
=== Komplikasi ===
Serangan panik dapat menyebabkan agorafobia. Oleh itu, rawatan dini sangat diperlukan.