Barisan Pertama Belorussia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 28:
== Operasi tahun 1945==
Serangan seterusnya ialah [[Operasi Warsaw-Poznań]], sebahagian daripada [[Penyerangan Vistula–Oder]]. Pada 13 Januari, 1BF memulakan penyerangan kearah [[Dobrovolsk|Pillkallen]] (Schlossberg antara tahun 1938–1945) di [[Prusia Timur]], yang mana mereka mendapat tentangan sengit daripada [[Tentera Darat Ke-3 Panzer]]. Barisan Pertama Belorussia memulakan serangannya ke atas Tentera Darat Ke-9 Jerman dari kubu hadapan [[Magnuszew]] dan [[Puławy]] pada pukul 08:30 pada 14 Januari, sekali lagi bermula dengan pengeboman berat.<ref name=duffyp72>Duffy, p.72</ref> [[Tentera Darat Ke-33 (Soviet Union)|Tentera Darat Ke-33]] dan [[Tentera Darat Ke-69 (Soviet Union)|Tentera Darat Ke-69]] memecah keluar dari kubu hadapan Puławy hingga kedalam 30&nbsp;km, manakala [[Tentera Darat Ke-5 Gempur]] dan [[Tentera Darat Ke-8 Pengawal]] memecah keluar dari kubu hadapan Magnuszew. [[Tentera Darat Ke-2 Kereta Kebal Pengawal]] dan [[Tentera Darat Pertama Kereta Kebal Pengawal]] telah terlibat selepas mereka mengeksploitasi penyerbuan itu. Pada 25 Januari, Barisan tersebut memutuskan bandar kubu [[Poznań]] yang mempunyai 66,000 askar Jerman, dan meneruskan kemaraan 80&nbsp;km sehari, meninggalkan [[Tentera Darat Ke-8 Pengawal (Soviet Union)|Tentera Darat Ke-8 Pengawal]] untuk [[Pertempuran Poznań (1945)|terus mengepung bandar itu]], yang mana akhirnya mereka tawan pada 23 Februari.<ref>Christopher Duffy, ''Red Storm on the Reich'', New York: Athenum Press, 1991, p.250</ref> Sewaktu Adolf Hitler sibuk berurusan dengan masalah-masalah dalaman di Jerman, Stalin telah mengalahkan Tentera Darat Jerman di Warsaw.
 
==Penaklukan Berlin==
Bersama dengan [[Barisan Pertama Ukraine]], 1BF kemudian menggempur Berlin dalam [[Pertempuran Berlin]] yang dramatik.
 
[[Georgy Zhukov|Marsyal Georgy Zhukov]] telah dilantik Panglima 1BF, pada November 1944, untuk dua penyerangan besar terakhirnya dalam Perang Dunia II. Selepas penaklukan Poland dan Prusia Timur (penaklukannya telah selesai pada 25 April dengan tertawannya [[Baltiysk|Pillau]]) dari Januari–Mac 1945, pihak Soviet menugaskan semula tentera mereka dalam tempoh dua minggu pertama bulan April. Marsyal Georgy Zhukov menumpukan 1BF, yang telah di atur gerak sepanjang sungai Oder dari [[Frankfurt (Oder)|Frankfurt]] di selatan hingga ke Baltik, kedalam kawasan di hadapan [[Seelow Heights]]. Barisan Ke-2 Belorussia bergerak kedalam posisi yang dikosongkan oleh 1BF di utara Seelow Heights. Sewaktu penugasan semula sedang berjalan, jurang telah dibiarkan dalam garisan dan saki baki Tentera Darat II Jerman yang telah disekat dalam sebuah kelompok berhampiran [[Danzig]] berjaya melepaskan diri ke seberang sungai Oder.
 
Pada awal pagi 16 April [[Pertempuran Berlin|Operasi Penyerangan Berlin]] bermula dengan objektif [[Pertempuran Berlin|menawan Berlin]] dan penghubungan dengan tentera Sekutu Barat di [[Elbe]]. Operasi bermula dengan satu [[Pertempuran Seelow Heights|serangan di Seelow Heights]] oleh 1BF dan oleh [[Barisan Pertama Ukraine]] (1UF) Marsyal [[Ivan Konev|Konev]] ke selatan. Pada mulanya 1BF mendapat kesukaran merempuh masuk ke garisan pertahanan Jerman, tetapi selepas tiga hari barulah mereka dapat memecah masuk dan telah menghampiri pinggir Berlin. Pada 22 April 1BF telah menembusi pinggir bandar utara dan timur Berlin. Mereka melengkapkan pengepungan Berlin pada 25 April apabila unit-unit 1BF dan 1UF bertemu di Kietzen barat Berlin. Selepas pertempuran sengit lorong ke lorong dan [[Peperangan bandar|rumah ke rumah]], [[Helmuth Weidling|Jeneral Weidling]], panglima garison Berlin, bertemu dengan Marsyal Zhukov dan menyerahkan Berlin tanpa syarat pada jam 15:00 waktu tempatan pada 2 Mei.
 
== Pasca perang==