Panji Semerang: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Polar (bincang | sumb.)
Baris 46:
Panji seterusnya membawa rombongan beliau dan bersemayam di gunung, di mana mereka menghadapi puteri Biku Gandasari, salah satu daripada nenek moyang separa dewata yang merupakan antara orang pertama yang turun dari Kayangan dan tinggal di Jawa. Ratu Biku Gandasari memberi nasihat kepada Panji dan rombongan beliau agar tinggal bersamanya. Sementara itu Raden Inu, yang tidak dapat untuk meneruskan pernikahannya dengan Galuh Adjeng, melarikan diri dari istana. Beliau juga mengambil alih identiti lain, sebagai Pangeran Panji Djajeng Kesuma, dan menakluk semua negeri sekitar. Apabila tiba di negeri Gegelang, beliau tidak menyerang tetapi menghadap bapa saudaranya yang merupakan raja di sana.
 
Di Wilisgunung, Biku Gandasari terserempak dengan Galuh Candra Kirana yang dalam penyamaran sebagai lelaki. Oleh itu, Biku Gandasari menasihati agar Candra Kirana tidak menggunakan identiti Galuh Candra Kirana atau Panji Semerang tetapi kali ini sebagai penghibur, Warga Asmara, ketua Gambus Muar. Biku Gandasari menyuruhnya membuat persembahan di hadapan Pangeran Panji Djajeng Kesuma di Gegelang.
 
Akhirnya Raden Inu (sebagai Pangeran Panji Djajeng Kesuma) bertemu dengan Panji yang dicintainya, yang kini berubah kepada penghibur lelaki, Gambuh Warga Asmara. Dipanah penampilan yang sungguh tidak asing akan Warga Asmara, Raden Inu bersungguh-sungguh berjumpa dengannya. Kemudian terdapat khabar bahawa Warga Asmara tetapi didedahkan bahawa Warga Asmara (Panji Semirang) sebenarnya Galuh Candra Kirana dan kedua-dua kekasih bersatu semula.