Minum: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan ''''Minum''' adalah aktiviti mengambil cecair melalui mulut. Air, misalnya, diperlukan untuk membantu proses fisiologi kehidupan. Lebihan atau kekurangan...'
 
Polar (bincang | sumb.)
Baris 2:
 
== Fisiologi ==
Setiap hari, manusia memerlukan 1-2 liter air untuk membantu proses fisiologi di dalam tubuh. Had minimum adalah kira-kira 1.6 liter (600 ml untuk [[air kencing]], 200 ml untuk [[tinja]], dan 800 ml untuk [[kulit]] dan [[paru-paru]]). Air yang diperlukan termasuk air yang terkandung di dalam makanan.
 
[[Penyahhidratan]] (kekurangan cecair dalam tubuh) dapat menimbulkan rasa [[haus]]. Rasa haus merupakan perasaan ingin minum dan tekak yang kering. Perkara ini diatur oleh [[hipotalamus]] untuk bertindak balas terhadap perubahan kadar [[elektrolit]] di dalam tubuh, dan juga sebagai kesan perubahan isipadu peredaran darah.
 
== Lihat juga ==