Hollow dalam Bleach: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Piecemealcranky (bincang | sumb.)
Virtual ailee (bincang | sumb.)
Baris 76:
''Zanpakutō'' Luppi ialah [[Zanpakuto#Arrancar|Trepadora]] (蔦嬢, atau Gadis Sulur Paut).
 
*[[Szayel Aporro Grantz]] - Espada ke-8
 
*'''Aaroniero Arleri''' (アーロニーロ・アルルエリ, ''Āronīro Arurueri'') - Espada ke-9
 
Merupakan Espada ke-9 dalam barisan tentera [[Aizen Sōsuke]]. Aaroniero dahulunya merupakan Menos Grande kelas [[gillian]] - kelas paling lemah bagi menos - sebelum dia menjadi arrancar. Keupayaan uniknya untuk menyerap kuasa hollow lain menyebabkan Aaroniero merangkul jawatan ini. Sehingga kini, dia telah menyerap kuasa 33 650 hollow. Dia biasanya menutupi mukanya dengan topeng putih yang dilitupi dengan lubang semasa berada di tempat bercahaya. Di kedudukan kepala terdapat sebuah kapsul berisi cecair merah dan dua kepala terapung-apung.
 
Aaroniero mempunyai keupayaan untuk menyerap kuasa hollow lain dan menggabungkan kuasa mereka dengan kuasanya sendiri. Apabila hollow tersebut berjaya diserap sedemikian, Aaroniero boleh memanipulasi hollow tersebut sesuka hatinya, termasuklah mengambil ciri-ciri fizikalnya. Melalui satu siri peristiwa yang agak pelik, Aaroniero juga menyerap kuasa seorang ''shinigami'' - [[Shiba Kaien]] dengan menyerap Metastacia, hollow yang mampu bergabung dengan tubuh serta minda mana-mana makhluk bersemangat. Walaupun Aaroniero boleh memperlakukan kuasa hollow mangsanya sebagaimana yang dikehendaki olehnya, dia hanya boleh menggunakan keupayaan ini sekali sahaja, kecualilah jika dia berada dalam bentuk lepasan. Namun, jika Aaroniero terdedah kepada cahaya matahari, kuasanya akan luluh dan Aaroniero akan kembali ke bentuk asal. Dia juga mempunyai kebolehan untuk menyebarkan apa-apa maklumat (seperti senario yang disaksikan olehnya atau pengalaman peribadinya) kepada arrancar lain.
 
Aaroniero bersemuka dengan [[Kuchiki Rukia]] di Las Noches dan mempermainkan Rukia dengan menggunakan identiti Kaien. Rukia berjaya membunuh Aaroniero dalam pertarungan.
 
''Zanpakutō'' Aaroniero ialah ''Glotonería'' (喰虚, yang bermaksud "makan hollow", bahasa Sepanyol untuk "tamak"). ia diaktifkan dengan jampi "makan" (喰い尽くせ, ''kuitsukuse'').
{{Maklumat Bleach}}