Piecemealcranky
|
Jangan lupa untuk menandatangani nama anda dengan menaip ~~~~ di akhir mesej.
Ini adalah laman pengguna Wikipedia.
Jika anda mendapati laman ini pada mana-mana tapak selain dari Wikipedia, anda sedang melihat cermin laman. Berhati-hati bahawa yang laman ini mungkin bukan yang terkini, dan pengguna asal laman ini mungkin tidak mempunyai hubungan peribadi dengan mana-mana tapak selain dari Wikipedia sendiri. Laman asal terletak di http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengguna:Piecemealcranky. |
| ||
| ||
| ||
| ||
|
piecemealcranky, PIECEMEALCRANKY atau pmc merupakan seorang penulis FAQ[1] dan penyumbang dalam bahagian-bahagian yang berkait rapat dengan permainan-permainan video. Sumbangan-sumbangan beliau selalunya dihantar terus ke GameFAQs, sebuah dedikasi laman web khas untuk penggemar permainan-permainan video. Beliau mula menulis seawal usia 13 tahun, di mana FAQ yang pertama dihasilkannya untuk permainan video Sony PlayStation Twisted Metal: Small Brawl telah pertama kalinya dipaparkan di GameFAQs[2], kemudiannya diterbitkan di laman-laman web yang lain. Selepas kejayaannya yang pertama beliau telah melangkah lebih jauh lagi ke bidang menulis dan menyumbang dalam aspek-aspek yang lain.
Asal usul nama gelaran
Nama gelaran "piecemealcranky" pada asalnya merupakan kata akar "piece" dan "meal" sahaja. Kedua-dua perkataan ini jika digabungkan, memberi rujukan kepada permainan video Twisted Metal: Small Brawl, iaitu "boss" di peringkat terakhir[3]. Perkataan seterusnya pula, "cranky", merupakan nama tambahan yang tidak dirujuknya dari mana-mana punca. Sebaliknya, perkataan tersebut hanya diciptanya secara rawak. Dengan itu, wujudlah perkataan "piecemealcranky".
Etika menyunting
Suntingan-suntingan piecemealcranky seringkali melibatkan rencana yang mempunyai kaitan dengan media semasa ataupun yang akan datang, tidak mengira minat atau kritik luaran. Rencana-rencana begitu mungkin tergolong dalam satu atau lebih daripada kategori-kategori berikut:
- Anime, manga ataupun novel-novel ringan
- Permainan video
- Lagu atau muzik secara umum
Dalam keadaan khas, piecemealcranky kadang-kala menyunting rencana yang berkaitan dengan negara, di mana dalam kes ini, tiada sebarang kategori tertentu yang dipilihnya.
Selaras dengan perkembangan Wikipedia Bahasa Melayu, piecemealcranky juga menerapkan etika-etika berikut dalam menyunting rencana-rencana ciptaannya sendiri, pengguna lain, ataupun jika dia telah bekerjasama dalam sebuah projek suntingan.
Memberikan penghargaan kepada sumber yang sepatutnya
Dalam sejarah menulis sebuah FAQ atau walkthrough dalam permainan video, piecemealcranky sentiasa mematuhi peraturan seorang penulis FAQ, iaitu, daripada teks asalnya, Give credit where credit is due. Ini merupakan Golden Rule yang telah diterapkan dalam bahan-bahan penulisannya. Begitu juga dengan suntingan-suntingan piecemealcranky di Wikipedia. Ini termasuk juga sumbangan-sumbangan lain, contohnya seperti memuat naik imej yang disertakan sumber yang sahih dan benar. Oleh itu, rencana-rencana yang baru dicipta seharusnya mempunyai sekurang-kurangnya satu rujukan yang sah untuk diterima sebagai bahan ensiklopedik di Wikipedia.
Melengkapkan rencana dengan selengkap yang mungkin
Ini bermaksud mencipta rencana yang cukup di sisi gaya penulisan Wikipedia. Menurut piecemealcranky, rencana yang baru dicipta seharusnya mempunyai satu (jika tidak- lebih) rujukan yang sah. Namun jika ini tidak tercapai oleh penyunting, meletakkan satu atau lebih pautan luar juga memadai.
Tidak mengkritik/menghormati suntingan-suntingan pengguna lain
Etika ini sangat penting dalam memastikan bahawa kerjasama di dalam komuniti Wikipedia Bahasa Melayu dikekalkan di antara pengguna-pengguna. Jika piecemealcranky tidak setuju dengan suntingan seseorang pengguna itu, dia selalunya akan memberitahu individu tersebut akan suntingannya, ataupun jika perlu, menyuntingnya terus dan meletakkan rumusan dalam ruangan "Ringkasan" di bawah halaman menyunting.
Menterjemah dengan lengkap dan tepat
Sesetengah ayat dalam bahasa asal atau teks asal, misalnya bahasa Inggeris, adalah sukar untuk diterjemah ke dalam bahasa Melayu tanpa mengubah struktur atau intipati maksud ayat tersebut. Untuk membuktikan kebenaran ini, piecemealcranky telah meletakkan beberapa contoh di bawah:
- Dalam ayat bahasa Inggeris yang berikut, His business ethics are questionable membawa maksud bahawa etika-etika perniagaannya tidak dapat dipastikan sama ada beretika ataupun tidak. Untuk membuat penterjemahan secara langsung, pengguna akan menghadapi kesukaran. Jika ayat ini diterjemah ke dalam bahasa Melayu secara langsung, ayatnya akan berbunyi, "Etika-etika perniagaannya boleh dipersoalkan." Meskipun tepat dari segi penterjemahan, konteks sebenar adalah tidak tepat. Jika boleh, pengguna-pengguna dinasihatkan supaya melakukan penterjemahan yang mengekalkan konteks atau intipati asal sesuatu ayat itu, dan bukannya menterjemah ayat demi ayat sahaja. Misalnya, menggunakan ayat seperti berikut, "Etika-etika perniagaannya boleh dibahaskan" ataupun seperti yang dicadangkan oleh Pengguna:Yosri di sini, ataupun sebagainya.
- Dalam ayat berikut, It is hinted that a second season of the show is currently being produced, permulaan ayat "It is hinted" adalah sukar untuk diterjemah ke dalam bahasa Melayu. Pengguna boleh memulakan ayat dengan menggunakan "Dikatakan..." namun penggunaan perkataan ini adalah tidak tepat. Namun begitu, piecemealcranky seringkali menggunakan alternatif lain dalam suntingannya, dengan memanjangkan ayat tersebut namun tidak melupakan konteks atau intipati sebenar yang ingin disampaikan oleh ayat asal.
- Sesetengah perkataan juga bukannya mudah untuk diterjemah berserta maksud yang membawa makna budaya atau emosi- tidak kira daripada bahasa Melayu ke bahasa Inggeris ataupun sebaliknya. Dalam penterjemahan bahasa Inggeris ke bahasa Melayu, misalnya, perkataan "Merajuk"- jika diterjemah ke bahasa Inggeris, perkataan yang seringkali digunakan ialah Sulk. Buktinya boleh dilihat di sini Meskipun perkataan sulk boleh membawa maksud merajuk, dalam bahasa Melayu, merajuk adalah lebih kepada masalah peribadi manakala sulk pula, bermaksud, daripada kamus bahasa Inggeris: to show that you are annoyed by something by being silent and having an unhappy expression on your face.
Istilah bahasa lain
Apabila menyunting rencana yang mengandungi istilah-istilah dalam bahasa lain, misalnya bahasa Jepun, piecemealcranky harus mengikut kaedah paparan yang diletakkan di Wikipedia Bahasa Inggeris. Ini adalah disebabkan, sumber kandungan asal selalunya didapati di English Wikipedia terlebih dahulu, dan bukannya di Wikipedia Bahasa Jepun. Berikut merupakan perubahan serta perbezaan yang terdapat dalam istilah yang digunakan oleh piecemealcranky:
- Susunan nama-nama masyarakat Jepun atau watak-watak fiksyen ciptaan orang Jepun adalah mengikut turutan orang Inggeris, iaitu [Nama Individu] diikuti oleh [Nama Keluarga], contohnya seperti "Shiki Tohno", di mana namanya disebut sebagai "Tohno Shiki" di Jepun. Namun, ini tidak tertakluk kepada setiap rencana yang berkaitan. Misalnya, rencana Bleach yang telahpun disunting oleh pengguna lain, mengikut sebutan orang Jepun, misalnya nama watak utamanya iaitu Kurosaki Ichigo, disenaraikan mengikut urutan Jepun dan bukan Inggeris, iaitu "Ichigo Kurosaki".
- Sesetengah rencana tidak mengikut nama rencana asal bahasa Inggeris disebabkan kemudahan menggunakan judul asal dalam bahasa Jepunnya. Contohnya seperti Byōsoku 5 Centimeter (5cm per second). Kadang-kala kes ini juga berlaku disebabkan kemudahan menyusun rencana tersebut. Ini dapat dilihat dalam rencana Haruhi Suzumiya (novel ringan), di mana piecemealcranky menyatukan rencana animenya dalam rencana utamanya itu, yang telah dipisahkan dalam Wikipedia Bahasa Inggeris.
Kegunaan adil (fair use)
Apabila memuat naik imej, piecemealcranky selalunya (namun bukan setiap masa) meletakkan penjelasan yang sesuai dengan imej yang dimuat naikkan. Selepas ini dilakukan, piecemealcranky akan menyatakan sumber (sepertimana yang patut dilakukan semua pengguna lain di Wikipedia). Terdapat dua penjelasan yang seringkali digunakan dalam kes ini:
- Meletakkan "Sumber" dan diikuti oleh sumber imej ini. Jika teg ini digunakan, piecemealcranky merujuk kepada imej ini pada Wikipedia edisi bahasa lain, selalunya di English Wikipedia. Contoh imej yang dimaksudkan boleh dilihat di sini.
- Meletakkan "Sumber asal" dan diikuti oleh penjelasan kepada sumbernya. Jika teg ini digunakan, piecemealcranky mungkin sekali memuat naik sesuatu imej itu daripada sumber selain Wikipedia. Dengan itu, sebuah pautan luar yang sah harus disertakan dalam tag ini, serta penjelasan tambahan yang lain (jike perlu). Contoh imej yang dimaksudkan boleh dilihat di sini.
Kegunaan adil atau fair use merupakan penjelasan yang sah kepada imej yang digunakan di Wikipedia berdasarkan status hakcipta mereka. Latihan meletakkan penjelasan berdasarkan undang-undang ini seringkali diabaikan di Wikipedia Bahasa Melayu. Namun, meskipun tidak dikuatkuasakan, dunia Wikipedia masih tertakluk di bawah polisi pengunaan imej. Oleh itu, sila sertakan penjelasaan penuh kepada imej-imej yang anda muat naik ke Wikipedia. Meskipun jarang dilakukan, piecemealcranky telah mula menerapkan penjelasan kegunaan adil di dalam imej-imej yang dimuat naik olehnya. Contoh imej yang dimaksudkan boleh dilihat di sini.
Untuk maklumat lanjut, lihat:
atau baca penjelasan di laman muat naik:
Sumbangan wiki
Sumbangan piecemealcranky selalunya dihulurkan kepada Wikipedia Bahasa Inggeris kerana beliau berupaya bertutur dengan baik dalam bahasa Inggeris; beliau juga telah banyak menyunting artikel-artikel kosong ataupun yang sedia ada di sana. Secara mendalam lagi, beliau amat suka menyunting artikel yang berkaitan dengan siri anime, tidak kira edisi Inggeris ataupun edisi Bahasa Melayu. Semua sumbangan beliau kepada Wikipedia Edisi Bahasa Melayu boleh dilihat di Laman Sumbangannya.
Nota: Projek-projek di bawah tidak merangkumi rencana-rencana kecil, misalnya seperti artikel-artikel subteks atau yang membawa maksud untuk sesetengah perkara (termasuklah templat-templat). Antaranya termasuklah Tankobon, Seinen, Yuri, Type-Moon, dan sebagainya. Rencana-rencana ini dicipta piecemealcranky tetapi tidak akan disenaraikan di bawah kerana mereka tidak merangkumi rencana-rencana "bersiri" ataupun "terbitan". Namun begitu, rencana-rencana sekunder tetap disenaraikan.
Projek-projek lengkap
Berikut merupakan senarai rencana-rencana yang telah lengkap disunting, disusun daripada "terbaru hingga yang paling lama". Rencana-rencana berikut tidak akan dikemaskinikan lagi di masa hadapan, melainkan jika perlu atau terdapat pembaharuan yang mustahak sahaja. Rencana-rencana yang digelapkan merupakan rencana-rencana pilihan.
Nota tambahan: Sila lihat templat ini untuk senarai rencana-rencana sekunder yang perlu disunting.
|
Projek-projek aktif
Senarai rencana-rencana di bawah adalah dikalangan yang terpilih dan akan disunting. Saya tidak meletakkan tempoh yang tetap akan kelengkapan suntingan saya. Oleh itu, mereka mungkin sekali digerakkan ke bahagian projek-projek gugur dan tidak mungkin dikembangkan pada bila-bila masa yang akan datang. Namun, rencana-rencana berikut akan saya sunting dan masih dikira aktif. Anda tidak perlu memaklumkan saya jika anda mahu membantu menyunting; anda boleh terus menambah maklumat sekiranya anda berasa yakin dan telahpun mengetahui selok-belok gaya penulisan Wikipedia. Projek-projek dari bahagian ini akan digerakkan ke bahagian projek lengkap apabila rencananya telah siap disunting (tanpa sebarang pembaharuan/kemaskini) ataupun jika tiada ruang yang boleh dikembangkan berdasarkan manual penulisan.
Sila lihat templat ini untuk senarai laman-laman yang harus disunting dalam siri Final Fantasy XIII ini.
|
Projek-projek gugur
Berikut merupakan senarai rencana-rencana yang telah dihentikan daripada status aktif dan digerakkan ke bahagian ini. Setiap rencana yang gagal disunting akan dilabel sebagai "projek gugur" dan tidak akan dikembangkan/dikemaskinikan semula melainkan terdapat suntingan-suntingan yang berkaitan sahaja, ataupun munculnya situasi yang memerlukan mereka untuk dikemaskinikan. Projek-projek dalam perancangan tidak lagi disenaraikan kerana tidak menguntungkan mana-mana pihak sama sekali.
- Shaiya - Sebuah judul permainan video MMORPG yang boleh didapati secara percuma. Digugurkan kerana rencana di Wikipedia bahasa Inggeris telah dihapuskan diatas hasil perbincangan komuniti. Lihat Wikipedia: Articles for Deletion: Shaiya.
- 0.999... - Rencana yang berkaitan dengan matematik yang pertama dicipta piecemealcranky, kini digugurkan.
- Blood+ - Digugurkan kerana tergantung buat sekian lama. Anda boleh membantu mengembangkannya.
- Keabadian - Projek pertama piecemealcranky yang berdasarkan konsep kehidupan abadi. Rencana ini adalah panjang dan memerlukan masa yang lama untuk diterjemah dan disunting, akhirnya digugurkan kerana melebihi waktu yang sepatutnya. Jika berminat, anda digalakkan untuk mengembangkan rencana ini.
- Higurashi no Naku Koro ni - Digugurkan kerana tergantung buat waktu yang lama.
- Fate/tiger Colosseum - Digugurkan kerana kekurangan maklumat sewaktu disunting. Anda digalakkan supaya tidak membuat kesilapan yang sama iaitu "menyunting sesuatu rencana terlalu awal" ataupun "terlalu yakin mampu mencari maklumat tambahan dengan usaha sendiri".
- Fate/Zero - Berbeza daripada Fate/stay night yang merupakan sebuah siri yang lebih meluas dan terkenal, status rencana ini digugurkan kerana kurang tarikan/menarik.
- Haruhi Suzumiya (novel ringan) - Digugurkan kerana tergantung buat masa yang lama.
Tugas kepenyeliaan
Bermula 10 Jun 2008, piecemealcranky telah mula melakukan tugas-tugas sebagai seorang Penyelia. Oleh itu, jika kesalahan atau kesilapan kecil dilakukan secara tidak sengaja, dan anda sebagai pengguna berasa kurang berpuas hati dengan sebarang keputusan yang dilakukan oleh piecemealcranky, anda boleh memaklumkan kepada mana-mana Penyelia lain yang terdapat pada senarai Penyelia aktif, ataupun anda boleh memaklumkan piecemealcranky sendiri akan tindakan yang dibuat pada laman perbincangannya.
Untuk memudahkan pemantauan tugasan, piecemealcranky juga telah menyediakan pautan-pautan ke laman-laman khas di puncak laman ini. Anda boleh melihat log-log tindakan yang dilakukan oleh piecemealcranky. Jika anda mengenalpasti sebarang kesilapan dalam log tersebut, sila maklumkan piecemealcranky.
Permintaan
Sila lihat Wikipedia:Memohon rencana.
Rujukan
Berikut merupakan sumber-sumber yang saya rujuk untuk menambah maklumat ke dalam laman pengguna ini. Sila tinggalkan mesej kepada saya sekiranya saya tidak memberi penghargaan kepada mana-mana bahan yang tertera di laman ini, sama ada anda pemilik/penciptanya ataupun tidak.
Lihat juga
- Suntingan-suntingan terkini
- Free English-Malay Online Dictionary Sebuah kamus untuk penterjemahan cepat dan ringkas
- Penterjemahan teks Inggeris-Melayu Sebuah laman untuk menterjemah ayat atau perkataan-perkataan daripada bahasa Melayu ke bahasa Inggeris dan sebaliknya
- Cit-cat.com Laman web dwibahasa, mempunyai program penterjemahan yang berdasarkan Flash
- Senarai penyunting tertinggi di Wikipedia Bahasa Melayu
Pautan luar berkaitan
- Blog rasmi
- (Inggeris) Sumbangan di GameFAQs.com
- (Inggeris) Laman pengguna di YouTube.com