Saber (Fate/stay night)

Saber merupakan watak fiksyen daripada sebuah novel visual dan siri anime Jepun Fate/stay night oleh TYPE-MOON.

Saber

Saber memainkan peranan utama dalam siri Fate/stay night sebagai Servant Shirō dan antara kelas Servant yang terhandal. Dia bersifat setia, tenang dan berdikari; dia kelihatan kejam, tetapi sebenarnya memendam emosinya untuk memberi perhatian penuh terhadap objektifnya. Kelasnya dianggap yang "Paling Cemerlang", dengan taraf yang hebat dalam setiap aspek dan kategori. Oleh kerana Tuannya tidak mampu membekalnya Mana dengan berkesan, dia merendahkan aktivitinya untuk menyimpan apa yang sedia ada. Saber terpegun di atas sikap "perlindungan" Shirō, dan menganggap tingkah laku Tuannya yang tidak menentu dan melulu itu mengganggu peluangnya memenangi peperangan Holy Grail kelima ini.

Seiyu watak Saber ialah Ayako Kawasumi, dan alihan suara bahasa Inggerisnya dilakukan oleh Kate Higgins.[1]

Status Servant sunting


Tuan: Shirō Emiya Rin Tōsaka Sakura Matō Kiritsugu Emiya Jantina: Wanita Warna: Biru
Penjajaran: Kebaikan Sah Kebaikan Sah Kejahatan Sah Kebaikan Sah Ketinggian: 154 cm Kebolehan: Gimnastik, perjudian
Noble Phantasm: C A++ A++ A++ Berat: 42 kg Kegemaran: Makanan lazat, anak patung singa
Kekuatan: B A A B Rintangan Sihir: A Tidak suka: Makanan teruk, pakaian formal, lelaki tua gatal
Ketahanan: C B A A Tunggangan: B Musuh: Gilgamesh
Ketangkasan: C B D A Naluri: A Buah dada: 73 cm
Mana: B A A++ A Mana Pecah: A Pinggang: 53 cm
Tuah: B A+ C D Karisma: B Pinggul: 76 cm
Tarikh lahir: 7 Julai Jenis darah: O

Kebolehan sunting

  • Rintangan Sihir
Tahap: A
Membatalkan sebarang sihir di bawah tahap A. Dalam dunia moden kini, tiada seorang magi yang boleh mencederakan Saber.
  • Tunggangan
Tahap: B (A)
Kebolehan untuk menunggang makhluk-makhluk dan kenderaan. Saber mampu menunggang kebanyakan kenderaan dengan keupayaan pada tahap lebih daripada sederhana, namun tidak mampu menunggang makhluk-makhluk tahap syaitan atau suci. Mengecualikan kejadian dalam Fate/Zero, Saber cukup terlatih dalam mengendalikan pesawat-pesawat kecil.
  • Naluri
Tahap: A
Kebolehan untuk sentiasa "merasakan" tindakan yang terbaik buat diri sendiri dalam pertarungan. Naluri keenam yang sensitif pada tahap ini adalah hampir kepada kebolehan terus mata[2], atau kebolehan untuk meramal.
  • Mana Pecah
Tahap: A
Kebolehan ini mengalirkan tenaga magikal kepada senjata dan tubuh seseorang, dan dengan mengalirkan tenaga tersebut serta merta, ia dapat meningkatkan kebolehan seseorang. Dalam erti kata mudah, ia merupakan pendorong tenaga sihir. Saber menggunakan tenaga magik ini untuk teknik-teknik pedang, berlindung serta pergerakannya. Disebabkan kapasiti tenaga sihirnya, Saber mampu bertarung dengan Berserker meskipun dirinya sekadar gadis bersaiz kecil. Senjata biasa tanpa sebarang perlindungan unggul tidak akan mampu menaham serangannya yang dipenuhi tenaga sihir dan akan dihancurkan dalam satu serangan.
  • Karisma
Tahap: B
Kebolehan semula jadi untuk menguruskan sekumpulan tentera. Ia meningkatkan kebolehan pasukan tentera seseorang dalam kombat besar-besaran. Karisma merupakan kebolehan yang luar biasa, dan tahap B sudahpun memadai untuk seseorang menguruskan sebuah negara.

Noble Phantasm sunting

 
Letupan daripada Udara Halimunan
  • Invisible Air (Jepun: インビジブル・エア, Hepburn: Inbijiburu Ea): Halangan Raja Angin (Jepun: 風王結界, Hepburn: Kaze-ō kekkai)
Tahap: C
Jenis: Anti-Unit.
Lebih kepada sihir berbanding Noble Phantasm yang memampat dan memutar udara di sekitar pedang Saber. Peredaran udara mengherot pembiasan cahaya, mendorong kejadian ilusi yang halus. Tambahan pula, udara yang dimampatkan boleh disingkirkan sekali dalam satu tiupan kuat. Walaupun agak berguna dalam perlawanan, tujuan utama Udara Halimunan ialah untuk menyembunyi identiti Saber, kerana Noble Phantasm yang digunakannya sangat popular dan mudah dikenalpasti.
 
Saber, menggunakan Excalibur
  • Excalibur (Jepun: エクスカリバー, Hepburn: Ekusukaribā): Pedang Kemenangan yang Pasti (Jepun: 約束された勝利の剣, Hepburn: Yakusoku sareta shōri no ken)
Tahap: A++
Jenis: Anti-Kubu .
Sebilah pedang yang suci, dibentuk oleh dunia kumpulan hajat-hajat manusia dan direka melalui penukaran Mana menjadi tenaga fotoelektrik. Bahagian pemecatan kelihatan seperti sebuah suar besar kepijaran, walaupun majoriti cahaya ditumpukan ke puncak pembebasan permulaan. Entropi kinetik digandakan oleh kelajuan dan penumpuan momentum pada puncak ini. Kawasan sepusat impak cukup lebar untuk membakar seangkatan tentera. Noble Phantasm ini dinamakan sempena pedang lagenda King Arthur, dikurniakan kepada raja tersebut oleh Viviane.
 
Saber, mengaktifkan Avalon
  • Avalon (Jepun: アヴァロン, Hepburn: Avaron): Utopia Nun Jauh (Jepun: 全て遠き理想郷, Hepburn: Subete tōki risōkyō)
Tahap: EX
Jenis: Sokongan.
Sarung pedang keramat Excalibur, asalnya dicuri daripada King Arthur sebelum Perang Camlann. Noble Phantasm ini menurunkan keabadian sementara melalui rangsangan penyembuhan, serta menghalang pereputan fizikal akibat penuaan. Apabila dimulakan sebagai Noble Phantasm, Avalon berpecah menjadi zarah-zarah tidak terkira jumlahnya dan mengemukakan penggunanya sebuah domain penuh ketenangan, sebuah kubu "mudah alih" maya. Apabila terhalang dalam bentuk ini, seorang individu dilindungi daripada segala gangguan memusnah dalam dunia fizikal, daripada dunia selari dan dimensi merancang. Avalon mengatasi mahupun ilmu sihir yang paling maju, dan perbandingannya dilakukan hanya dengan magik "benar". Avalon yang serupa mengiaskan sebuah pulau lagenda dalam budaya rakyat Inggeris, dipopularkan sebagai tempat persemadian King Arthur.

Identiti Sebenar sunting

Nama penuh Saber ialah Arturia Pendragon, dan ciptaannya sebagai watak dalam siri Fate/stay night adalah melalui inspirasi lagenda King Arthur. Arturia ialah anak perempuan seorang Raja British, iaitu Uther Pendragon dan Igraine, seorang Duchess Cornwall. Sejak kelahirannya, Uther menyedari bahawa orang-orangnya tidak akan sama sekali menerima seorang perempuan sebagai pemerintah yang sah, dan berputus untuk tidak mengumumkan jantina Arturia mahupun kelahirannya. Dia diberikan Merlin kepada soerang perwira setia bernama Sir Ector, yang telah membesarkannya sebagai seorang anak angkat. Apabila Arturia berusia 15 tahun, Raja Uther meninggal dunia, dan tanpa pengganti yang layak mengambil tempatnya, Britain mengharungi sebuah zaman penuh kekacauan mengikuti ancaman serangan mendalam oleh Saxons. Merlin kemudiannya muncul kepadanya, menerangkan kepadanya bahawa rakyat Britain akan mempercayainya sebagai pemerintah yang ditakdirkan jika dia memegang Caliburn, sebilah pedang tertanam dalam sebuah kepingan batu yang besar. Walau bagaimanapun, menarik keluar pedang ini adalah satu tindakan simbolik, di mana dia menerima kepayahan sebagai seorang raja, dan Arturia akan bertanggungjawab mengekalkan kesejahteraan rakyatnya. Tanpa ragu-ragu, dia menarik keluar Caliburn daripada tonggol batu itu dan memikul selubung kepimpinan Britain.

Arturia memerintah Britain menerusi kubunya di Camelot, dan mendapat reputasinya sebagai seorang raja yang adil. Di bawah pimpinan Merlin dan dengan bantuan Knights of the Round Table, dia memandu Britain memasuki sebuah era penuh kemakmuran dan ketenangan. Caliburn dihancurkan, namun Arturia memiliki sebilah pedang suci, Excalibur, dan Avalon, sarung keramatnya, daripada Vivian. Selagi Avalon berada dalam genggamannya, Arturia tidak menua dan bersifat abadi dalam peperangan.

Sepanjang pemerintahannya, Arturia diganggu perasaan serba salah dan kerendahan; justeru dia mengorbankan emosinya untuk kesejahteraan Britain, namun kebanyakan rakyatnya menjadi kritikal terhadap kekurangan sifat kemanusiannya. Sarung pedang Excalibur dicuri apabila dia menangkis suatu serangan di sempadan negara; sewaktu Arturia kembali ke pedalaman, idia mendapati Britain sedang dipisahkan oleh kerusuhan awam. Meskipun usaha beraninya untuk menenangkan percanggahan tersebut, Arturia dicederakan oleh seorang pahlawan derhaka, seorang homunculus yang lahir daripada darah dagingnya bernama Mordred, semasa Perang Camlann. Tubuhnya yang di pinggir maut itu diusung ke sebuah pulau suci oleh Morgan le Fay dan Sir Bedivere. Arturia mengarahkan Bedivire untuk melontar Excalibur kembali ke Vivian; dalam ketiadaannya, dia merenung kembali akan kegagalan-kegagalannya yang peribadi, mengesalinya kehidupannya sebagai seorang raja. Sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir, dia merayu kepada dunia; sebagai penukaran khidmatnya sebagai Semangat Berani, dia meminta diberi peluang untuk menjalani kehidupannya semula, di mana seorang yang lebih sesuai akan mengetuai Britain.

Peranan sunting

Saber menghancurkan Holy Grail dalam peperangannya yang keempat apabila Kiritsugu Emiya menggunakan Mantra Arahannya untuk memaksa Saber bertindak mengikut kehendaknya. Walau bagaimanapun, dia berjaya menghancurkan bentuk fizikal Holy Grail tersebut, dan bukan keseluruhannya. Hajatnya ialah untuk menjalani kehidupannya semula dan tidak menjadi raja Britain. Dalam senario Fate, Shirō meyakinkan Saber bahawa dia akan menerima kehidupannya sebagaimana yang sedia ada dan tidak berhajat untuk mengubahnya. Saber selamat hanya dalam pengakhiran "baik" senario Unlimited Blade Works. Dalam kedua-dua senario Fate dan Unlimited Blade Works, dia menggunakan Excalibur untuk menghancurkan Holy Grail tersebut dan isi kandungannya buat selama-lamanya.

 
Dark Saber dalam senario Heaven's Feel

Dalam senario Heaven's Feel, Saber dirasuk kegelapan oleh Angra Mainyu dan berubah menjadi Servant Sakura, Dark Saber. Dark Saber kemudiannya dibunuh oleh Shirō.

Dalam Fate/hollow ataraxia, Saber terus melindungi Shirō, namun Saber seingkali mendapat kawalan ke atas hubungan mereka. Dia membunuh Archer apabila dia menyerang Shirō dalam satu gegelung. Gegelung yang lain pula, Saber dibunuh oleh Fragrach Bazett apabila dia cuba menggunakan Excalibur ke atas Bazett. Dalam gegelung yang terakhir dalam Fate/hollow ataraxia, Saber telah membantu Shirō/Avenger mendekati Holy Grail tersebut dengan menangkis serangan raksasa misteri (yang sebenarnya merupakan serpihan-serpihan keinginan Avenger untuk meneruskan gegelung masa tersebut) bersama-sama Semangat Berani yang lain.

Rujukan sunting

  1. ^ Fate/stay night TV di Anime News Network
  2. ^ KAMUS DEWAN Inggeris-Melayu; halaman 247