GameFAQs ialah sebuah laman web dedikasi khas kepada permainan video dan soalan-soalan lazim (FAQ) ataupun jalan penyelesaian untuk judul-judul permainan video. Laman webnya dicipta pada bulan November 1995 oleh Jeff "CJayC" Veasey dan telah dimiliki oleh CNET Networks sejak bulan Mei 2003. Laman ini mempunyai pangkalan data merangkumi hampir setiap judul permainan video dan maklumat tentang mereka. Oleh itu, GameFAQs diulas pengunjungnya sebagai sebuah tempat dimana "hampir setiap maklumat tentang permainan video boleh didapati."[1]

GameFAQs
Laman utama GameFAQs dalam pertandingan Character Battle V.
Laman utama GameFAQs dalam pertandingan Character Battle V. dalam bulan Oktober 2006. Pertandingan hari tersebut adalah di antara Kirby dan Luigi.
Maklumat umum
URLhttp://www.gamefaqs.com/
JenisPermainan video
Tersedia dalamBahasa Inggeris Edit the value on Wikidata
Ditubuhkan1995 Edit the value on Wikidata
Pengurusan dan pentadbiran
PemilikCNET Networks, Inc.
PengasasJeff "CJayC" Veasey
KomersialYa
PendaftaranTidak wajib (diperlukan untuk menyumbang dan menggunakan papan mesej)
Perangkaan
Kedudukan Alexa390 (28 November 2017) Edit the value on Wikidata
Lokasi
Ibu pejabatAmerika Syarikat Edit the value on Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah sunting

GameFAQs dimulakan sebagai Video Game FAQ Archive pada 5 November, 1995.[2] Laman webnya berperanan sebagai laman peralihan daripada arkib FTP (File Transfer Protocol) Andy Eddy.[3] Versi pertama laman tersebut mengandungi lebih kurang sepuluh halaman yang terdiri daripada 100 buah FAQ.[4] Pada waktu itu, GameFAQs mempunyai kurang daripada 1000 buah FAQ dan tidak dikemaskinikan mengikut jadual tertentu.[5]

Dalam bulan-bulan seterusnya, laman web GameFAQs telah mengembang dari aspek kandungannya; dua jenis gaya baru diperkenal pada awal tahun 1997 untuk menyokong penggunaan tables dalam pelayar web.[6] Di antara ciri-ciri baru dalam proses perancangan pada waktu ini termasuklah penggunaan enjin pencarian dan halaman-halaman pengiktirafan penyumbang.

Kerjasama IGN sunting

Pada tahun 1997, GameFAQs menjadi sebahagian daripada Imagine Games Network (IGN), diikuti oleh kemunculan pautan-pautan kerjasama di laman utama.[7] Peraduan pengguna diperkenalkan pada waktu ini; paraduan bulanan yang pertama, yang diadakan pada tahun 1998, telah mendapat 253 pendaftaran.[8] GameFAQs telah melalui beberapa perubahan fizikal, termasuklah sebuah latar berwarna merah jambu, sebelum menggunakan susun atur berwarna biru yang kekal sehingga tahun 2004.

Pada bulan November 1999, beberapa perubahan berlaku dengan pantas.[9] Pada 5 November, sebuah kotak gelintar telah ditambah pada setiap halaman, di mana pada waktu itu laman web tersebut sedang menyambut hari kelahirannya. Pada 7 November, papan mesej telah membuka sebuah mod beta.[10] Poll of the Day (Bancian Hari Ini) diperkenalkan pada akhir bulan.[11] Perubahan-perubahan ini telah menandakan tumpuan yang mendalam yang ditonjolkan Veasey terhadap laman tersebut, dan pada waktu inilah GameFAQs menjadi tugasnya sepenuh masa.[12] Sebelum itu, Veasey bekerja sebagai seorang pengatur cara.[13] Pada tahun 2001, "GameFAQs Chat" (sebuah server chat IRC) dilancarkan;[14] walau bagaimanapun server ini dikeluarkan pada bulan Mei 2001 di atas isu-isu pentadbiran.[15]

Papan mesej sunting

FAQs sunting

Nota dan rujukan sunting

  1. ^ Kuchera, Ben (6/3/2006). "Think your job sucks? Try writing strategy guides". Ars Technica. Dicapai pada 25 Mac 2007. Check date values in: |date= (bantuan)
  2. ^ Tentang GameFAQs
  3. ^ Arkib Andy Eddy sebelumnya didapati di ftp://ftp.netcom.com/pub/vi/vidgames/faqs[pautan mati kekal]
  4. ^ "Temu ramah bersama Jeff Veasey" Fail permainan video
  5. ^ Video Game FAQ Archive
  6. ^ GameFAQs (tables)
  7. ^ Laman utama GameFAQS; 27 Oktober 2006
  8. ^ GameFAQs.com; Oktober 1998: Select Fighter; 29 September 2006
  9. ^ Laman utama GameFAQs; 19 September 2006
  10. ^ Bonus Karma Kedua
  11. ^ Poll of the Day
  12. ^ Pengumuman Besar
  13. ^ Pada 9 Ogos, 2000 laman GameFAQs.com menerima kunjungan pertama sebanyak sejuta kunjungan pada satu hari
  14. ^ "Komuniti GameFAQs". Diarkibkan daripada yang asal pada 2001-04-01. Dicapai pada 2001-04-01.
  15. ^ Laman utama GameFAQs; 12 Met 2001

Pautan luar sunting

Rasmi

Tidak rasmi