Mozilla Firefox

(Dilencongkan dari Firefox)

Mozilla Firefox ialah pelayar web percuma dan sumber terbuka yang diturunkan dari Mozilla Application Suite dan diuruskan oleh Mozilla Corporation. Setakat Oktober 2010, Firefox ialah pelayar kedua terlaris di dunia dengan 30% usage share of web browsers sedunia.[11][12][13] Firefox menggunakan enjin susun atur Gecko sumber terbuka, yang melaksanakan Web piawai bersama-sama dengan beberapa kandungan tambahan yang dimaksudkan seperti penambahan kepada piawai berkenaan.

Mozilla Firefox
Firefox 89 on Arch Linux
PembangunMozilla Corporation
Mozilla Foundation
Keluaran asal9 November 2004; 19 tahun yang lalu (2004-11-09)
Versi stabil terkini48.0  (2 Ogos 2016; 7 tahun yang lalu (2016-08-02))[1]
Versi tak stabil terkini18.0 Beta 1  (23 November 2012; 11 tahun yang lalu (2012-11-23))[2]
status pengembanganActive
Ditulis dalamC/C++, JavaScript,[3] CSS,[4][5] XUL, XBL
Sistem pengendalianMicrosoft Windows
OS X
Linux
Android
EnjinGecko, SpiderMonkey
Saiz
  • Windows, x64: 37.5 MB[6]
  • macOS: 53 MB[7]
  • Linux, x64 : 51.6 MB[8]
Tersedia dalam89 locales (79 languages)[9]
Status pembangunanActive
JenisPelayar web
LesenMPL[10]
Laman sesawangwww.mozilla.org/firefox

Firefox memasukkan pelayan bertab, satu pemeriksa ejaan, carian progresif, penanda buku langsung, satu pengurus muat turun, dan satu sistem carian yang memasukkan Google. Fungsi-fungsi boleh ditambah menerusi lebih daripada 2,000 add-ons yang dicipta oleh pemaju ketiga;[14] Paling popular termasuklah FoxyTunes (mengawal pemain muzik), Adblock Plus (penyekat iklan), StumbleUpon (penemuan laman web), DownThemAll! (fungsi muat turun) dan pemaju Web (peralatan web).[15]

Mozilla Firefox merupakan pelayar platform bersilang yang memberi sokongan kepada berbagai-bagai versi Microsoft Windows, Mac OS X dan Linux. Namun begitu, kod sumbernya secara tidak rasminya telah disambungkan kepada sistem operasi lain, termasuk FreeBSD [16], OS/2, Solaris, SkyOS, BeOS dan kini juga Windows XP Professional x64 Edition [17].

Firefox boleh berfungsi di atas platform Microsoft Windows, Mac OS X dan Linux. Pelancaran versi stabil terkini adalah versi 3.6.13, yang keluar pada 9 Disember 2010..[18] Kod sumber Firefox ialah perisian percuma yang dikeluarkan di bawah tri-lesen GNU GPL/GNU LGPL/MPL.[19]

Sejarah sunting

Firefox (kategori)
Mozilla

Yayasan Perbadanan

Komuniti / Tempahan(Pesanan)

Ciri-ciriSambungan (kategori)
Sebarkan FirefoxPenerimaanTukang gosip

Cabangan dan Projek-projek berkaitan

FlockGnuzillaGNU IceCat
IceDoveIceApePortable Edition
Netscape 9SwiftfoxSwiftweasel
MiroSongbird
XeroBank

Asal usul dan wasilah

Set Aplikasi Mozilla
Netscape Communicator
Netscape Communications Corp.
Buku Mozilla

Dave Hyatt dan Blake Ross memulakan projek Firefox sebagai cabang eksperimental bagi projek Mozilla. Mereka percaya bahawa keperluan komersial tajaan Netscape dan pembodek ciri-ciri yang dipacu pemaju telah berkompromi dengan utiliti pelayar Mozilla.[20] Bagi menangani apa yang dipandang oleh mereka sebagai pengembungan perisian, mereka mencipta sebuah pelayar web yang lebih ringkas, yang mana mereka berniat untuk menggantikan Mozilla Suite. Pada 3 April 2003, Pertubuhan Mozilla mengumumkan rancangannya untuk mengalihkan tumpuan mereka dari Mozilla Suite ke Firefox dan Thunderbird.[21]

Projek Firefox telah melalui beberapa pengubahan nama. Asalnya dinamakan Phoenix, perisian ini dinamakan semula gara-gara pertembungan tanda dagang dengan Phoenix Technologies. Nama seterusnya, Firebird pula mengungkitkan rasa tidak puas hati projek perisian pangkalan data percuma Firebird.[22][23][24] Selepas itu, Mozilla Foundation menyatakan bahawa perisiannya patut sentiasa memegang nama Mozilla Firebird bagi mengelakkan kekeliruan dengan perisian pangkalan data itu. Tekanan tanpa henti daripada kominiti pembangun server pangkalan data itu memaksa satu lagi penukaran nama; pada 9 Februari 2004, Mozilla Firebird menjadi Mozilla Firefox (Firefox for short).[25]

Projek Firefox telah melalui banyak versi percubaan/beta sebelum terkeluarnya versi 1.0 pada 9 November 2004. Sebagai tambahan kepada pembaikan kestabilan dan keselamatan, Yayasan Mozilla mengeluarkan pengemaskinian pertama kepada Firefox—versi 1.5—pada 29 November 2005. Pada 24 Oktober 2006, Mozilla mengeluarkan Firefox 2 yang merangkumi pengemaskinian kepada persekitaran pelayaran bertab, pengurusan sambungan, GUI, dan enjin carian dan pengemaskinian perisian; satu ciri-ciri pemulihan sesi yang baru; penyemak ejaan; dan satu ciri-ciri anti-phishing yang dilaksanakan oleh Google sebagai satu sambungan[26][27] yang kemudiannya bergabung kepada perisian itu sendiri.[28]

Firefox 3 sunting

Mozilla Firefox 3 dikeluarkan pada 17 Jun 2008,[29] oleh Mozilla Corporation. Firefox 3 menggunakan versi 1.9 enjin susun atur Mozilla Gecko untuk memaparkan laman web. Veris baru ini banyak membaiki pepijat, mempertingkatkan kepatuhan pada piawaian, serta melaksanakan API web yang baru.[30] Ciri-ciri lainnya termasuk pengurus muat turun diperbaharui, sistem "Places" baru untuk menyimpan penanda laman dan sejarah, serta tema-tema berasingan untuk sistem pengendalian berlainan. Versi terbaru di bawah 3.0 ialah Firefox 3.0.15.

Pembangunan Firefox 3 bermula dari versi beta pertamaya (bernama kod 'Gran Paradiso'[31]) yang telah dikeluarkan pada 19 November 2007,[32] diikuti beberapa lagi keluaran beta sepanjang musim bunga tahun 2008 sehingga dirasmikan pada bulan Jun.[33] Terdapat 8 juta muat turun unik bagi Firefox 3 pada hari keluarannya, sekaligus mencatat Rekod Dunia Guinness.[34]

Firefox 3.5 sunting

Versi 3.5, bernama kod Shiretoko,[35] menambahkan pelbagai ciri-ciri baru pada Firefox. Dari Firefox 3.1, pihak pembangun Mozilla menukar nombor keluarannya kepada 3.5, untuk mencerminkan skop perubahan yang lebih luas daripada yang dirancangkan pada mulanya.[36] Antara perubahannya termasuk prestasi lebih pantas hasil enjin JavaScript baru bernama TraceMonkey serta penambahbaikan paparan[37], serta sokongan untuk tag-tag <video> dan <audio> seperti yang ditakrikan dalam spesifikasi HTML 5, yang bermatlamat menyediakan pemainan video tanpa halangan dari masalah paten yang dikaitkan dengan kebanyakan teknologi video.[38] XMLHttpRequest (XHR) merentas laman yang membolehkan aplikasi web lebih berkuasa dan cara yang lebih mudah untuk melaksanakan mashup, turut dilaksanakan dalam 3.5.[39] Objek JSON global baru mengandungi fungsi-fungsi natif untuk mensirikan dan menyahsirikan objek-objek JSON dengan cekap dan selamat, seperti yang ditetapkan oleh rangka ECMAScript 3.1.[40] Sokongan pemilih CSS 3 penuh turut disediakan. Firefox 3.5 menggunakan enjin Gecko 1.9.1 yang merangkumi beberapa ciri-ciri yang tidak disertakan dalam keluaran 3.0. Sokongan multi-touch turut ditambahkan ke dalam keluaran ini, termasuk sokongan gerak isyarat seperti mencubit untuk mengezum dan menggesel untuk bertukar halaman ke belakang atau hadapan.[41] Firefox 3.5 turut ditampilkan dengan logo baru.[42]

Versi 3.6 sunting

Versi 3.6 (terkini 3.6.13), atau nama kodnya Namoroka.[43] mulai dibangunkan pada 1 Disember 2008,[44] lalu dikeluarkan pada 21 Januari 2010.[18] Keluaran ini menggunakan enjin susun atur Gecko 1.9.2 yang baru.

Ciri-ciri baru pada Firefox 3.6 termasuk sokongan tersedia untuk Persona (penghias bar alat), pemberitahuan pemalam luput (Pemeriksaan tidak dilakukan dalam tetingkap add-on (tambahan), sebaliknya dalam laman Mozilla), memainkan video Theora secara skrin penuh, sokongan untuk format fon web terbuka WOFF,[45] dan sistem pemalam yang lebih selamat, dan bermacam-macam lagi peningkatan prestasi.[18]

Version 4.0 sunting

 
Firefox 4.0 memaparkan Wikipedia di Ubuntu.

Dengan nama kod "Tumucumaque", Firefox 4 dikeluarkan pada 22 Mac 2011[46], menampilkan antara muka pengguna yang serba baru.[47] di samping ciri pemberitahuan yang diperbaharui, pengumpulan tag,[48] [49] tab aplikasi, pengurus tambahan yang diperbaharui,[50] penyepaduan dengan Firefox Sync,[51] dan sokongan untuk paparan multitouch.[52]

Firefox 4 berdasarkan enjin Gecko yang menambahkan atau meningkatkan sokongan untuk HTML5,[53]CSS3, WebM, dan WebGL.[54] Selain itu, ia merangkumi enjin JavaScript baru (JägerMonkey)[55] dan API XPCOM yang lebih baik.

Sejarah keluaran sunting

Nama pelayar Versi Gecko Versi Status sokongan Nama kod Tarikh keluaran Perubahan besar
Phoenix 1.2 0.1  N Pescadero 23 September 2002 Keluaran pertama; bar alat boleh ubah suai, carian pantas, pelayaran bertab.[56]
0.2  N Santa Cruz 1 Oktober 2002 Bar sisi, pengurusan sambungan.
0.3  N Lucia 14 Oktober 2002 Penyekatan imej, senarai putih sekatan tetimbul
1.3 0.4  N Oceano 19 Oktober 2002 Tema, peningkatan sekatan tetimbul, pengubahsuaian bar alat.
0.5  N Naples 7 Disember 2002 Berbilang halaman utama, peningkatan bar sisi dan kebolehcapaian, sejarah.
Mozilla Firebird 1.5 0.6  N Glendale 17 Mei 2003 Tema tersedia baru (Qute), peningkatan penanda halaman dan privasi, penatalan lancar, pensaizan semula imej.
0.7  N Indio 15 Oktober 2003 Penatalan automatik, pengurus kata laluan, peningkatan panel keutamaan.
Mozilla Firefox 1.6 0.8  N Royal Oak 9 Februari 2004 Pemasang Windows, bekerja di luar talian, peningkatan penanda halaman dan pengurus muat turun, logo baru.
1.7 0.9  N One Tree Hill 15 Jun 2004 Tema tersedia baru (Winstripe), pemindahan data menyeluruh, pengurus sambungan/tema baru, penurunan saiz muat turun, sistem muat turun baru, pemasang Linux, ikon mel (Windows sahaja).
1.0  N Phoenix 9 November 2004 Ciri-ciri baru seperti sokongan suapan RSS/Atom, bar alat carian, pencari pemalam.
1.8 1.5  N Deer Park 29 November 2005 Sokongan ditambah untuk SVG dan kanvas, penyelarasan UI dan peningkatan dalam JavaScript 1.5 dan CSS 2/3.
Mozilla Firefox 2 1.8.1 2.0  N Bon Echo 24 Oktober 2006 Ciri-ciri baru seperti pemulihan sesi selepas keruntuhan pelayar, cadangan carian untuk Google dan Yahoo!, pengurus pemalam carian baru dan pengurus tambahan baru, pratonton suapan web, mikrorumusan penanda halaman dan perlindungan anti-phishing Google.[57] Winstripe theme refresh. Included support for JavaScript 1.7.
Mozilla Firefox 3 1.9 3.0[58]  N Gran Paradiso 17 Jun 2008 Cairo digunakan sebagai bahagian belakang grafik. Cocoa Widgets disertakan dalam binaan OS X. API yang dilaksanakan daripada spesifikasi WHATWG. Perubahan pada cara pengiriman peristiwa DOM, pemuatan unsur-unsur objek HTML, dan pemaparan laman web. Unsur-unsur SVG dan penapis terbaru, serta peningkatan kepatuhan spesifikasi SVG. Patuh ujian Acid2. Peningkatan antara muka pengguna terbaru, termasuk tema asal untuk sistem pengendalian berlainan dan pengurus muat turun baru. Tiada lagi sokongan untuk Windows 95, 98, ME, Mac OS X v10.3.9[59]. Penyepaduan Addons.mozilla.org dalam tetingkap Tambahan (Add-ons). Sokongan untuk fail APNG. "Perlindungan malware" Google.[60]
Mozilla Firefox 3.5 1.9.1 3.5[61]  Y Shiretoko[62] 30 Jun 2009 Peningkatan piawaian web dalam enjin susun atur Gecko. API teks untuk unsur <canvas>. Sokongan penggunaan imej birai hias. Sokongan untuk pemilih pertanyaan JavaScript. Beberapa peningkatan pada Smart Location Bar (Bar Lokasi Pintar).[63] Mod pelayaran secara rahsia (private). Pelayaran sedar lokasi berasaskan Google (geolocation).[64]
3.5.16  Y December 9, 2010 Kemaskini Keselamatan dan Kestabilan. Didahului oleh 3.5.1 hingga 3.5.15
Mozilla Firefox 3.6 1.9.2 3.6  Y Namoroka[65] 21 Januari 2010[18] Peningkatan prestasi enjin JavaScript TraceMonkey. Sokongan untuk sifat CSS -moz-background-size, CSS Gradients, dan berbilang imej latar belakang. Sokongan untuk WOFF, sokongan terpasang untuk Persona. Pemberitahuan pemalam luput. Versi 3.6.4 dan seterusnya bercirikan pemalam luar proses.
3.6.16  Y 22 Mac 2011 Menyenaihitamkan sijil-dijil HTTPs yang tidak sah. Didahului 3.6.2 hingga 3.6.15
Mozilla Firefox 4 2.0[Note 1] 4.0b10  Y Tumucumaque[66] 22 Mac 2011[67] Tema tersedia baru di semua platform, pengurus sambungan dan pemberitahuan direka semula, tab di atas, menu Firefox baru di Windows, tab app, bersepadu dengan Firefox Sync dan Panorama, sokongan WebM, sokongan WebGL, pemecutan perkakasan kandungan sesawang berdasarkan GPU, pengoptimuman tambahan pada enjin TraceMonkey bergelar JägerMonkey, peningkatan sokongan untuk ciri-ciri HTML5 dan CSS3.
  1. ^ Dalam binaan Alpha dan Nightly hingga 28 Jun 2010, versi Gecko berlabel 1.9.3.

Ciri-ciri sunting

  • Firefox menyediakan persekitaran untuk pembangun web yang mana terbinanya alat-alat untuk kegunaan mereka, seperti Error Console (Konsol Ralat) atau DOM Inspector, atau sambungan-sambungan seperti Firebug.

Piawaian sunting

Mozilla Firefox banyak melaksanakan piawaian web, termasuk HTML, XML, XHTML, MathML, SVG 1.1 (separa),[70] CSS (with extensions[71]), ECMAScript (JavaScript), DOM, XSLT, XPath, dan imej PNG (animasi) dengan kelutsinaran alfa.[72] Firefox juga melaksanakan cadangan piawaian rekaan WHATWG seperti storan pihak klien,[73][74] dan unsur kanvas.[75]

 
Hasil ujian Acid3 pada Firefox 3.5

Keselamatan sunting

Firefox menggunakan model keselamatan "kotak pasir",[76] serta mengehadkan skrip-skrip dari mencapai data dari tapak web lain yang berasaskan dasar asal-usul sama.[77] Firefox menggunakan SSL/TLS untuk melindungi perhubungan dengan pelayan web berlengkapkan kriptografi yang kukuh ketika menggunakan protokol HTTPS.[78] Firefox juga menyediakan sokongan untuk aplikasi web untuk menggunakan kad pintar untuk tujuan pengesahan.[79]

Yayasan Mozilla menawarkan ganjaran besar ("bug bounty") kepada para penyelidik yang menemui kebocoran keselamatan yang teruk di Firefox.[80] Garis panduan rasmi untuk menangani kerentanan keselamatan tidak menggalakkan kerentanan didedahkan terlalu awal untuk menghindari penyerang mengambil kesempatan terhadap kepincangan yang diketahui.[81]

DIsebabkan Firefox kurangnya kerentanan keselamatan serius yang dikenali dan belum ditampal berbanding Internet Explorer, maka ramai yang beralih dari IE ke Firefox demi keselamatan.[82][83][84][85] Akhbar The Washington Post melaporkan kod eksploitasi untuk kerentanan keselamatan kritikal yang belum ditampal di Internet Explorer terbuka selama 284 hari pada tahun 2006, berbanding kod eksploitasi bagi kerentanan keselamatan kritikal di Firefox terbuka selama 9 hari sebelum Mozilla menghantar tampungnya.[86]

Kaji selidik Symantec pada tahun 2006 mendapati bahawa, biarpun Firefox lebih banyak mencatatkan kerentanan yang disahkan oleh penyedia berbanding pelayar lain hingga bulan September tahun itu, namun kerentanan tersebut lebih cepat ditampung berbanding pelayar lain.[87] Symantec kemudian menjelaskan kenyataannya bahawa Firefox masih kurang kerentanan keselamatannya berbanding Internet Explorer, seperti yang dikira oleh pengkaji keselamatan.[88]

Rujukan sunting

  1. ^ Firefox 48.0 Notes, mozilla.org, 2 August 2016
  2. ^ Firefox 17.0 Beta Notes, mozilla.org, October 11,2012 Check date values in: |publication-date= (bantuan)
  3. ^ "Firefox's addons are written in JavaScript". Rietta. Dicapai pada December 19, 2009.
  4. ^ "Firefox uses an "html.css" stylesheet for default rendering styles". David Walsh. Dicapai pada December 19, 2009.
  5. ^ "The Firefox addon, Stylish takes advantage of Firefox's CSS rendering to change the appearance of Firefox". userstyles.org. Dicapai pada December 19, 2009.
  6. ^ "Latest Firefox Windows 64-bit installer". Mozilla. Dicapai pada April 17, 2015.
  7. ^ "Latest Firefox OS X installer". Mozilla. Dicapai pada April 17, 2015.
  8. ^ "Latest Firefox Linux 64-bit installer". Mozilla. Dicapai pada April 17, 2015.
  9. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan languages tidak disediakan
  10. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Licensing-Policies tidak disediakan
  11. ^ Global Web Stats. W3Counter (2010-10-31). Retrieved on 2010-11-09.
  12. ^ StatCounter Global Stats – Browser, OS, Search Engine including Mobile Market Share. Gs.statcounter.com (2008-07-01). Retrieved on 2010-11-09.
  13. ^ Web browsers (Global marketshare)|Clicky. Getclicky.com. Retrieved on 2010-11-09.
  14. ^ addons.mozilla.org Browse all Extensions page[pautan mati kekal]
  15. ^ Most popular Firefox Add Ons[pautan mati kekal]. Dicapai 2007-10-30
  16. ^ "Firefox - Port details". Freshports.org. Dicapai pada 2007-01-24.
  17. ^ "Porting from ABI x86-64 assembler to Win64 x86-64 assembler". Mozilla.com. December 22 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-02-10. Dicapai pada 2007-01-24. Check date values in: |date= (bantuan)
  18. ^ a b c d "Mozilla Firefox 3.6.13 Release Notes". Mozilla. Dicapai pada 2010-12-09.
  19. ^ Mozilla Foundation. "Mozilla Code Licensing". Dicapai pada 2007-09-17.
  20. ^ Goodger, Ben (February 6, 2006). "Where Did Firefox Come From?". Inside Firefox. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-23. Dicapai pada 2007-01-24.
  21. ^ Eich, Brendan (April 2, 2003). "mozilla development roadmap". mozilla.org. Dicapai pada 2007-01-24. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  22. ^ "Mozilla browser becomes Firebird". IBPhoenix.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-14. Dicapai pada 2007-01-30.
  23. ^ Dahdah, Howard (April 16, 2003). "Mozilla 'dirty deed' brings out a Firey response". LinuxWorld.com.au. Dicapai pada 2007-01-30. "This must be one of the dirtiest deeds I've seen in open source so far," said Helen Borrie, a Firebird project administrator and documenter.
  24. ^ Festa, Paul (May 6, 2003). "Mozilla's Firebird gets wings clipped". CNET.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-29. Dicapai pada 2007-01-30.
  25. ^ Festa, Paul (February 9, 2004). "Mozilla holds 'fire' in naming fight". CNET News.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-30. Dicapai pada 2007-01-24.
  26. ^ "Google Safe Browsing for Firefox". Google.com. Dicapai pada 2007-02-05.
  27. ^ Mozilla.org wiki contributors. "Phishing Protection Design Documentation - Background". Mozilla.org wiki. Dicapai pada 2007-01-24.
  28. ^ "Mozilla Firefox 2 Release Notes". Mozilla Corporation. Dicapai pada 2006-12-19.
  29. ^ "Firefox 3 available today at 17:00 UTC (10am PDT)". Mozilla Developer Center. 2008-06-17. Dicapai pada 2008-02-17.
  30. ^ "Firefox 3 for developers". Mozilla Developer Center. 2007-07-17. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-11-13. Dicapai pada 2007-07-17.
  31. ^ Vukicevic, Vladimir (June 2, 2006). "Gecko 1.9/Firefox 3 ("Gran Paradiso") Planning Meeting, Wednesday Jun 7, 11:00 am". Google Groups: mozilla.dev.planning. Dicapai pada 2006-09-17.
  32. ^ Mike Beltzner. "Firefox 3 Beta 1 now available for download". Mozilla Developer News.
  33. ^ Mike Beltzner. "Firefox 3 Beta 2 now available for download". Mozilla Developer News. Dicapai pada 2007-12-20.
  34. ^ Montalbano, Elizabeth (2008-06-18). "Mozilla Logs 8 Million-plus Firefox 3 Downloads in a Day". PCWorld. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-03-30. Dicapai pada 2009-04-30. Lihat juga: Montalbano, Elizabeth (2008-05-28). "Mozilla Shooting for Record Books With Firefox 3 Release". PCWorld. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-08-21. Dicapai pada 2009-04-30.
  35. ^ "Firefox 3.1 "Shiretoko"". 2008-06-12. Dicapai pada 2008-06-12.
  36. ^ Mike Shaver (March 6th, 2009). "Shiretoko (Firefox 3.1) being renamed to Firefox 3.5". Kumpulan beritamozilla.dev.planning. mailman.34.1236360325.4415.dev-planning@lists.mozilla.org. Unknown parameter |server= ignored (bantuan); Check date values in: |date= (bantuan)
  37. ^ Scott M. Fulton, III (2009-07-01). "The final score: Firefox 3.5 performs at 251% the speed of 3.0". Betanews. Dicapai pada 2009-10-13.
  38. ^ Dan Warne (2007-05-07). "Firefox to go head-to-head with Flash and Silverlight". APC Magazine. ACP Magazines Ltd. Dicapai pada 2008-01-18.
  39. ^ "HTTP Access Control". 2009-06-29. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-27. Dicapai pada 2009-07-01.
  40. ^ "es3.1:json_support". ECMA.
  41. ^ Kim, Arnold (2008-12-10). "Latest Firefox 3.1 Beta Adds Multi-Touch Support". Macrumors.com. Dicapai pada 2009-01-17.
  42. ^ Alex Faaborg (2009-05-15). "Creative Brief for the New Firefox Icon". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-17. Dicapai pada 2009-05-30.
  43. ^ "Namoroka". Mozilla. August 8, 2009. Dicapai pada 2009-08-14.
  44. ^ Alfred Kayser (2008-12-01). "First step to Firefox 3.2: Alpha 1 is here". Mozilla Links. Dicapai pada 2008-12-01. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  45. ^ Blizzard, Christopher (2009-10-20). "Web Open Font Format for Firefox 3.6". Hacks.mozilla.org. Dicapai pada 2009-12-19.
  46. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-03-23. Dicapai pada 2011-04-14.
  47. ^ "Mozilla spills plan for, yes, Firefox 4". The Register. 2010-05-10. Dicapai pada 2010-05-10.
  48. ^ "What are Tab Groups?".
  49. ^ Aza Raskin. "Firefox Panorama: Tab Candy Evolved". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-03-04. Dicapai pada 2010-09-11.
  50. ^ Stephen Shankland (2010-05-11). "Firefox 4 release plan: The need for speed". cnet. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-13. Dicapai pada 2010-05-28.
  51. ^ "Sync in Firefox 4 Beta". Mozilla Labs. 2010-08-24. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-08-27. Dicapai pada 2010-09-11.
  52. ^ Stephen Shankland (2010-05-28). "Mozilla prepares coders for Firefox 4 features". cnet. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-08-31. Dicapai pada 2010-05-28.
  53. ^ Henri Sivonen (2010-05-11). "Firefox 4 HTML 5 parser". Dicapai pada 2010-05-11.
  54. ^ Beltzner, Mike (2010-05-10). "Firefox 4: fast, powerful, and empowering". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-12. Dicapai pada 2010-05-10.
  55. ^ Christopher Blizzard (2010-03-08). "a quick note on JavaScript engine components". Dicapai pada 2010-03-19.
  56. ^ "Phoenix 0.1 (Pescadero) Release Notes and FAQ". Mozilla. Dicapai pada 2008-07-01.
  57. ^ "Phishing Protection". Mozilla Corp. Dicapai pada 2009-07-05.[pautan mati kekal]
  58. ^ "Coming Tuesday, June 17: Firefox 3". Mozilla Developer News.
  59. ^ "Firefox 3 System Requirements". Mozilla Wiki. Dicapai pada 2009-06-24.
  60. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan mozcomphishff3 tidak disediakan
  61. ^ "Firefox 3.1 targeted for year's end". Mozilla Links. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-07-01. Dicapai pada 2009-06-30.
  62. ^ 3.5 "Firefox3.5" Check |url= value (bantuan). Mozilla Wiki. Dicapai pada 2009-06-30.
  63. ^ Firefox web browser | Help us test the latest beta
  64. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan mozgeo tidak disediakan
  65. ^ "Firefox/Namoroka". Mozilla Wiki. Dicapai pada 2009-06-24.
  66. ^ "Tumucumaque Park". Mozilla.org. Dicapai pada 2010-11-28.
  67. ^ "Mozilla Firefox 4 RC 2 Release Notes". Mozilla.org. Dicapai pada 2011-03-18.
  68. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Latest Firefox’s Feature-Pack tidak disediakan
  69. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan mozilla1 tidak disediakan
  70. ^ "SVG in Firefox". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-08-29. Dicapai pada 2007-09-30.
  71. ^ "CSS Reference:Mozilla Extensions - MDC". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-24. Dicapai pada 2009-11-26.
  72. ^ Mozilla Developer Center contributors (2007-01-21). "Which open standards is the Gecko development project working to support, and to what extent does it support them?". Gecko FAQ. mozilla developer center. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-13. Dicapai pada 2007-01-24.
  73. ^ "WHATWG specification - Web Applications 1.0 - Working Draft. Client-side session and persistent storage". WHATWG.org. 2007-02-07. Dicapai pada 2007-02-07.
  74. ^ Mozilla Developer Center contributors (2007-09-30). "DOM:Storage". Mozilla Developer Center. Dicapai pada 2007-02-07.
  75. ^ Dumbill, Edd (2005-12-06). "The future of HTML, Part 1: WHATWG". IBM. Dicapai pada 2007-01-24.
  76. ^ Ranganathan, Arun (2002-11-11). "Bypassing Security Restrictions and Signing Code". mozilla developer center. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-17. Dicapai pada 2007-01-24. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  77. ^ "The Same Origin Policy". mozilla.org. 2001-06-08. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-10-14. Dicapai pada 2007-11-12.
  78. ^ "Privacy & Security Preferences - SSL". mozilla.org. 2001-08-31. Dicapai pada 2007-01-24.
  79. ^ Developer documentation Diarkibkan 2008-12-04 di Wayback Machine on using PKCS#11 modules (primarily smart cards) for cryptographic purposes
  80. ^ "Mozilla Security Bug Bounty Program". mozilla.org. 2004-09-03. Dicapai pada 2007-11-21.
  81. ^ "Handling Mozilla Security Bugs". mozilla.org. 2003-02-11. Dicapai pada 2007-01-24.
  82. ^ Mossberg, Walter S. (2004-09-16). "How to Protect Yourself From Vandals, Viruses If You Use Windows". Wall Street Journal. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-02-21. Dicapai pada 2006-10-17. I suggest dumping Microsoft's Internet Explorer Web browser, which has a history of security breaches. I recommend instead Mozilla Firefox, which is free at www.mozilla.org. It's not only more secure but also more modern and advanced, with tabbed browsing, which allows multiple pages to be open on one screen, and a better pop-up ad blocker than the belated one Microsoft recently added to IE.
  83. ^ Granneman, Scott (2004-06-17). "Time to Dump Internet Explorer". SecurityFocus. Dicapai pada 2007-01-24.
  84. ^ Costa, Dan (2005-03-24). "CNET editors' review". CNET Reviews. Dicapai pada 2007-01-24. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)[pautan mati kekal]
  85. ^ Boutin, Paul (2004-06-30). "Are the Browser Wars Back?". Slate. Dicapai pada 2007-01-24. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  86. ^ Krebs, Brian (2007-01-04). "Internet Explorer Unsafe for 284 Days in 2006". washingtonpost.com. Dicapai pada 2007-01-24.
  87. ^ Keizer, Gregg (2006-09-25). "Firefox Sports More Bugs, But IE Takes 9 Times Longer To Patch". TechWeb.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-02-07. Dicapai pada 2007-01-24.
  88. ^ McMillan, Robert (2006-03-07). "Symantec adjusts browser bug count". InfoWorld. Dicapai pada 2007-01-24.

Bacaan lanjut sunting

Pautan luar sunting