Mahadeva: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Baris 1:
[[Fail:Shiva Gangeses, Rishikesh.jpg|thumb|Shiva di Rishikesh]]
'''Shiva''' (/ˈʃivə/; Sanskrit: Śiva, bermaksud "Penuh Tuah"), juga dikenali sebagai ''Mahadeva'' ("Dewa Yang Agung"), ialah salah seorang dewa utama agama Hindu. Shiva ialah Tuhan Yang Agung dalam ShaivismeSaivisme, iaitu salah satu mazhab yang paling berpengaruh dalam Hinduisme kini. Dalam kalangan Trimurti, Shiva ialah "Pemusnah" atau aspek kemusnahan.
 
Pada tahap yang tertinggi, Shiva dianggap sebagai tidak terhad, tidak berubah, dan tiada rupa. Shiva juga mempunyai banyak rupa, yang mesra dan menakutkan. Dalam rupa mesra, Shiva digambarkan sebagai seorang Yogi yang maha mengetahui, yang menghuni Gunung Kailash. Shiva juga digambarkan sebagai Suami Devi [[Shakti|Parvati]] dan Bapa [[Ganesha]] dan [[Dewa Subramaniam|Kartikeya]]. Dalam rupa yang menakutkan, Shiva sering digambarkan membunuh raksasa-raksasa. Shiva juga digelar sebagai Dewa yoga dan kesenian.
Baris 13:
Perkataan Sanskrit ''Shiva'' (Devanagari: शिव, ''śiva'') berasal daripada Sri Rudram Chamakam dalam Taittiriya Samhita (TS 4.5, 4.7) dalam Krishna Yajurveda. Shiva bermaksud 'yang membawa tuah'. Shiva juga digunakan sebagai adjektif bagi beberapa dewa zaman Veda termasuk Rudra. Antara nama-nama popular Shiva ialah Mahesh, Maheshwar, Shankara, Shambhu, Pasupati, Rudra, dan Hara.
 
Perkataan Sanskrit 'Shaiva' bermaksud 'berkaitan dengan Dewa Shiva'. Salah satu mazhab utama agama Hindu dikenali sebagai 'ShaivismeSaivisme'.
 
[[Sankaracharya]] menterjemahkan nama Shiva, nama ke-27 dan ke-600 dalam Vishnu Sahasranama (1000 nama-nama [[Vishnu]]) sebagai bermaksud: 'Yang Suci', atau 'Yang tidak dicemari oleh tiga Guna (Sattva, Rajas, dan Tamas), 'Yang menyucikan sesiapa yang mengucap nama-Nya'.