Shakti: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Baris 4:
Penganut-penganut Shakti dikenali sebagai Śākta. Agama dan falsafah Śākta terkandung dalam [[Tantra]] atau Śāktāgama. Āgama merupakan suatu kelas khas kesusasteraan Hindu yang berkaitan dengan penyebaran mazhab-mazhab tertentu. Kebiasaannya, terdapat tiga kumpulan utama iaitu, Śaivāgama (penyembahan [[Mahadeva|Śiva]]), Śāktāgama (penyembahan Śakti) dan Vaiṣṇavāgama (penyembahan [[Maha Vishnu|Viṣṇu]]).
 
Alam semesta yang kita lihat dan rasakan adalah suatu bungkusan tenaga. Inilah yang ditemui oleh sains moden. Penemuan sains ini telah menghapuskan perbezaan antara jirim dan tenaga. Menurut sains, terdapat suatu tenaga asas di sebalik semua jirim dan tenaga. Namun, sains masih belum menemui perhubungan antara jirim, minda dan nyawa. Adakah ketiga-tiga ini, meskipun amat berlainan, ialah sebenarnya manifestasi tenaga asas yang sama? Mungkinkah tenaga atau jirim yang sama, pada suatu tahap getaran, dipanggil sebagai 'jirim', dan pada tahap yang lain dikenali sebagai 'minda' dan pada tahap yang lain pula sebagai 'nyawa'? Ahli sains moden yang masih berpegang kepada dunia fizikal, mungkin masih belum bersedia untuk memikirkan tentang ini! Namun, [[Falsafah India|falsafah Hindu]], berdasarkan [[Falsafah Vedanta|Vedānta]] dan beberapa kumpulan yang berdasarkan [[Falsafah Vedanta|Vedānta]] <nowiki/>dan lebih dikenali sebagai Tantra, sebenarnya menyarankan perkara ini!
 
Sumber kewujudan dan kehidupan semua ciptaan, sama ada pada peringkat jirim, nyawa atau minda, semuanya adalah satu dan hanya satu! Brahman (Yang Mutlak) dalam [[Falsafah Vedanta|Vedānta]] dan Śakti atau Devī dalam Tantra adalah sama. Apabila 'tenaga' itu berada dalam keadaan statik, apabila alam semesta belum dicipta, tenaga itu dikenali sebagai Brahman. Apabila ia mula menjadi aktif, dan mewujudkan alam semesta, melindunginya dan kemudian memusnahkannya, tenaga ini dikenali sebagai Śakti. Andainya Brahman ialah ular yang sedang tidur berlingkar, Śakti ialah ular yang sedang bergerak. Andainya Brahman ialah perkataan, Śakti ialah maksudnya. Andainya Brahman ialah api, Śakti ialah kuasa pembakarannya. Kedua-duanya tidak boleh diasingkan : satu dalam dua dan dua dalam satu.<ref>Swami Harshananda, A Concise Encyclopaedia of Hinduism (Ramakrishna Math, Bangalore: 2008), Vol.3, p.153</ref>
Baris 13:
 
=== Durga ===
Durga merupakan aspek Śakti yang amat popular, terutamanya di Bengal. Kitab utama untuk [[Durga]] ialah ''Devībhāgavata''. Satu lagi karya yang popular dan lebih padat ialah ''Devīmāhātmyam''. Karya ini juga dikenali sebagai ''Durgāsaptaśati'' (tujuh ratus ayat-ayat suci mengenai Durga) atau ''Caṇḍī'', dan karya ini terkandung dalam sebuah Purāna lain yang popular bernama ''Mārkaṇḍeya Purāna''. ''Devīmāhātmyam'' dianggap sebagai suatu kitab suci yang agung sehingga setiap ayat-ayatnya disamakan sebagai mantera Dewi dan bacaan mantera-mantera ini akan memenuhi segala keinginan seseorang.
 
Secara literal, 'Durga' bermaksud seseorang yang sukar dirapati, atau, sukar dikenali. Sebagai personifikasi kesaktian semua dewa-dewi, pastinya, Durga seorang yang sukar didekati atau dikenali. Namun, sebagai Ibu Alam Semesta ini, Dia juga seorang yang lembut dan penuh kasih sayang.
Baris 20:
Ini ialah salah satu nama Pārvatī, pasangan Śiva. Gaurī bermaksud 'si putih'. Biasanya, Dia digambarkan sebagai seorang budak perempuan berumur sepuluh tahun. Dia boleh dipuja bersama-sama Śiva sebagai Candraśekhara atau secara berasingan. Gaurī berkulit biru gelap, bermata tiga dan bertangan dua. Dia memegang sekuntum bunga teratai biru pada tangan kanan-Nya.
 
Karya seperti ''Aparājitāsūtra'' menyebut tentang beberapa rupa Gaurī seperti Umā, Pārvatī, Lalitā, dan Śrī.
 
=== Rājarājeśwarī ===
Dewi di kuil Kailasanatha di Kanchipuram, Tamil Nadu dikenali sebagai Rājarājeśwarī ('Permaisuri kepada raja-raja'). Kuil ini telah dibina oleh Narasimha Varna (II) (695-722 Masihi). ''Lalitā Sahasranāma'' (684) menggunakan nama ini sebagai salah satu nama Lalitā (Tripurasundarī). Di sana, nama ini bermaksud 'seseorang yang menjadi ketua kepada Brahma, [[Maha Vishnu|Vishnu,]] [[Mahadeva|Mahesvara]] dan Kubera'.
 
Huraian terperinci tentang Rājarājeśwarī diberikan dalam karya ''Ṣoḍaśīkalpa. Bhairavītantra'' pula melihatnya sebagai salah seorang Daśamahāvidyā (sepuluh rupa Ibu Yang Maha Esa).
 
Rājarājeśwarī digambarkan seperti sedang duduk di atas pangkuan Śiva, atas sebuah tahkta dengan lima orang dewa (di sini dipanggil sebagai 'pretas') iaitu Brahma, [[Maha Vishnu|Viṣṇu]], [[Mahadeva|Rudra, Īśvara dan Sadāśiva]]. Kulit-Nya merah dan rupa-Nya amat cantik dan cerah. Dia mempunyai tiga mata dan bulan sabit menghiasi mahkota-Nya. Matahari dan bulan menjadi subang telinga-Nya. Wajah-Nya ceria dan tenang. Dia memakai pelbagai barang perhiasan dan kalungan bunga yang cantik.
 
Rājarājeśwarī dikatakan sebagai rupa sifat Rajas yang sempurna. Dia juga mewakili ilmu yang abstrak dan sering dikenali sebagai Śrīvidya atau ilmu yang baik.<ref>Swami Swahananda ''Hindu Symbology and Other Essays'' (Sri Ramakrishna Math, Madras) p.33</ref> Menurut [[Sri Ramakrishna]], antara semua dewi yang pernah dilihatnya, Rajarajeswari ialah yang paling cantik. ''Kamikagama'' menjelaskan maksud senjatanya
iaitu busur tebu, anak panah bunga, cemeti dan gelung. Busur tebu mencerminkan
akal atau fakulti pemikiran; lima anak panah bunga menggambarkan lima Tanmatra
Baris 38:
 
== Asal-usul ==
Penyembahan-Ibu dan kultus-ibu telah wujud sejak zaman Veda. Konsep Aditi - Ibu Dewa-Dewi, penjelmaan alam, dan ''Ambhṛṇīsūkta'' dan juga ''Rātrīsukta'' dalam ''Ṛgveda'', dengan jelas mengandungi asal-usul penyembahan-Ibu.<ref>Swami Harshananda, A Concise Encyclopaedia of Hinduism (Ramakrishna Math, Bangalore: 2008), Vol.3, p.153</ref>Menurut [[Sri Ramakrishna]]: ‘Brahman dan Śakti adalah sama.
Kamu memanggil-Nya sebagai Brahman. Saya memanggil-Nya sebagai Śakti.’
 
Walaupun idea tentang Ibu sebagai Tuhan Maha Esa telah wujud
dengan jelas dalam ''Devi Sukta, Ṛgveda'': “Akulah permaisuri alam semesta ini.” (10.10.125.3.), perkembangan konsep ini dengan sepenuhnya mengambil masa yang
agak lama.
 
Baris 55:
 
Konsep Ibu berkembang dengan peredaran masa. Dewi-dewi
kesuburan atau Gna dalam ''Ṛgveda'', atau Devapatni seperti Dhishana, Sarasvati,
Hotra, Bharati, Indrani mewakili konsep awal Śakti. Dewi-dewi kekayaan, secara
beransur-ansur dikaitkan dengan Laksmi. Dewi-dewi sungai dikaitkan dengan
Sarasvati dan dewi-dewi Gna bergabung dengan Vak.  Fungsi kreatif Sarasvati dalam Brahmanas di
bawah konsep keibuan merupakan permulaan kultus-Sakti kemudiannya. Vak-Śakti
berkembang sepenuhnya dalam ''Svetasvatara Upanisad'' yang dianggap sebagai sumber
utama konsep personaliti. Pandangan tentang hubungan antara Sakti dengan
Saktiman, Isvara, telah diterima pakai oleh mazhab-mazhab falsafah kemudiannya.
Baris 77:
Terdapat beberapa buah tempat yang berkaitan dengan Śakti atau Tuhan Ibu. Tempat-tempat ini dikenali sebagai Śaktipīṭha, tahkta kesaktian (pīṭha=tahkta). Lawatan ibadah ke tempat-tempat ini dipercayai akan memberikan pahala. Jumlah tempat-tempat ini telah bertambah daripada 4 hingga 51 atau kadang-kadang sehingga 108. Namun, pada masa kini, wujud 51 tempat yang dikenalpasti sebagai Śaktipīṭha. Setiap satu 51 Śaktipīṭha ini dikaitkan dengan 51 abjad Sanskrit, dan satu anggota badan Śakti. Tempat-tempat ini berterabur dalam kawasan India-Pakistan-Bangladesh dan dipercayai amalan Tantra di sini akan membawa pahala atau matlamat tertentu, Misalnya, Kashmira-pitha (dalam kuil gua Amarnath), dikaitkan dengan abjad 'u' dan dikatakan telinga kiri Dewi telah jatuh di tempat ini. Dewi di sini dikenali sebagai Mahāmāyā dan Trisandhyeśvara, Dewanya. Sebarang mantera yang diucapkan di sini akan terkabul.
 
Satu senarai umum Śaktipīṭha ialah Hingula di Baluchistan (kini di Pakistan), Tara Tarini (Brahmapur, Odisha), Katyayani (Chattarpur, Delhi), Kamakhya (Assam), Kali di Kalighat (Kolkata, West Bengal), Naina Devi (Himachal), Kuil Guhyeshwari Devi (Kathmandu, Nepal), Ambaji (Gujarat), Kuil Vishalakshi (Varanasi), Kanchi (Tamil Nadu), Kanyakasrama (Kanyakumari, Tamil Nadu).
 
Tarini (Brahmapur, Odisha), Katyayani (Chattarpur, Delhi), Kamakhya (Assam), Kali di Kalighat (Kolkata, West Bengal), Naina Devi (Himachal), Kuil Guhyeshwari Devi (Kathmandu, Nepal), Ambaji (Gujarat), Kuil Vishalakshi (Varanasi), Kanchi (Tamil Nadu), Kanyakasrama (Kanyakumari, Tamil Nadu).
Terdapat sebuah lagenda yang menarik tentang Śaktipīṭha ini. Satī Dākṣāyanī terjun ke dalam bara api dalam upacara amal bapanya, Daksha, kerana bapanya telah menghina dan memalukan suaminya, Śiva. Dengan sedih, Śiva membawa jasad Satī, dan merayau di merata-rata tempat. Maka, Vishnu, atas permintaan Dewa-Dewi, memotong jasad itu dengan cakeranya agar Śiva dapat melupakan isterinya. Bahagian-bahagian yang dipotong itu jatuh di tempat-tempat berlainan dan tempat itu dikenali sebagai Śaktipīṭha.
 
Terdapat sebuah lagenda yang menarik tentang Śaktipīṭha ini. Satī Dākṣāyanī terjun ke dalam bara api dalam upacara amal bapanya, Daksha, kerana bapanya telah menghina dan memalukan suaminya, [[Mahadeva|Śiva]]. Dengan sedih, Śiva membawa jasad Satī, dan merayau di merata-rata tempat. Maka, [[Maha Vishnu|Vishnu]], atas permintaan Dewa-Dewi, memotong jasad itu dengan cakeranya agar [[Mahadeva|Śiva]] dapat melupakan isterinya. Bahagian-bahagian yang dipotong itu jatuh di tempat-tempat berlainan dan tempat itu dikenali sebagai Śaktipīṭha.
 
=== Gaurīkuṇḍa ===