Presiden Parti Islam Se-Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Presiden PAS''' merujuk kepada jawatan eksekutif tertinggi dalam [[Parti Islam Se-Malaysia]]. PAS adalah sebuah parti politik dan gerakan Islam di Malaysia, merupakan salah sebuah [[Pembangkang (Malaysia)|parti pembangkang]] bagi kerajaan Persekutuan dan merupakan kerajaan di negeri Selangor dan Kelantan di [[Malaysia]]. Presiden pertama PAS ialah [[Ahmad Fuad Hassan|Ustaz Ahmad Fuad Hassan]].
 
==Tugas-tugas Presiden==
Sepertimana yang termaktub dalam [[Perlembagaan PAS]] Fasal 26 (1), Presiden berperanan :
 
(a) Bertanggungjawab sebagai ketua bagi melaksanakan pentadbiran, gerakan dan kegiatan PAS bagi mencapai tujuan-tujuan yang termaktub dalam Perlembagaan ini mengikut dasar yang diperuntukannya dan yang diputuskan oleh mana-mana badan yang diberi kuasa oleh Perlembagaan ini bagi menghurai, menjelas dan mentafsirkan dasar PAS serta membuat ketetapan-ketetapan mengenainya.
(b) Bertanggungjawab ke atas semua kerja dan urusan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat serta menyelaraskan tugas-tugas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
(c) Melantik Setiausaha Agung, Penolong Setiausaha Agung, Bendahari, Ketua Penerangan, Ketua Pengarah Pilihan Raya dan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja yang dilantik serta Pesuruhjaya-Pesuruhjaya PAS Negeri/Wilayah Persekutuan menurut peruntukan-peruntukan Perlembagaan ini di dalam dan dengan persetujuan mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
(d) Mengambil apa-apa jua langkah yang perlu bagi menjamin perpaduan, persefahaman dan kesungguhan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dalam menjalankan tugas masing-masing.
(e) Menetap dan mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Jawatankuasa Harian PAS Pusat.
 
Presiden juga berperanan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kewangan PAS sepertimana termaktub dalam Fasal 76 (2)(a) Perlembagaan PAS.
 
== Senarai Presiden PAS ==