Hinduisme: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Baris 250:
penjelmaan pelbagai aspek-Nya dan bukannya bermaksud terdapat banyak tuhan-tuhan.
Ini sesuatu yang sering disalahfahami mengenai agama Hindu. Malah, [[Sankaracharya]] sendiri memperkenalkan penyembahan [[Shakti]], aspek feminin Tuhan di semua biaranya. [[Sri Ramakrishna]] pada mulanya menyembah Kali dan akhirnya menyedari [[Brahman]]. Menurut [[Sri Ramakrishna]] juga bhakti kepada Tuhan Peribadi akhirnya akan membawa ilmu tentang Brahman.<ref>Swami Nikhilananda, Hinduism: Its Meaning for the Liberation of the Spirit (Sri Ramakrishna Math, Chennai: 1968) ms.162</ref>
 
Antara rupa-rupa Tuhan yang popular pada masa kini adalah: [[Mahadeva|Shiva]], [[Maha Vishnu|Vishnu]], [[Ganesha]], [[Dewa Subramaniam|Subrahmanya]], [[Durga]], [[Dewi Kali|Kali]], [[Saraswati]] dan [[Lakshmi]].
 
=== Avatara ===
Baris 257 ⟶ 259:
 
Tuhan memahami kelemahan manusia. Maka, demi berbuat baik kepada dunia, Tuhan menjelma di bumi. [[Falsafah Vedanta|Vedanta]] mengakui bahawa walaupun Tuhan Maha Berkuasa dan Maha Mutlak, Dia menjelma sebagai dunia. Maka, tiada apa-apa yang pelik dalam doktrin [[Avatar|Avatara]] bahawa Tuhan boleh mengambil sesuatu rupa yang unik dan pada masa yang sama, sedar akan Ketuhanan-Nya. Satu lagi keistimewaan doktrin ini ialah bahawa Tuhan menjelma atas kehendak sesuatu zaman dan tempat. Tidak ada sebarang sekatan tentang bilangan atau tempat Jelmaan wujud. Satu-satunya faktor penentuan ialah kemerosotan dharma (kebaikan) dan peningkatan adharma (kejahatan).
 
Antara Avatara yang popular adalah: Vamana, Parasurama, [[Rama|Sri Ramachandra]], dan [[Sri Krishna]].
 
=== Dewa-Dewi ===