Bruce Lee: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
OrangMiri (bincang | sumb.)
OrangMiri (bincang | sumb.)
Baris 94:
Di Oakland, California pada tahun 1964 di Chinatown, Lee mempunyai satu pertarungan persendirian dengan Wong Jack Man, iaitu pelajar kepada Ma Kin Fung yang terkenal dengan Xingyiquan, Shaolin Utara dan Tai Chi Quan. Menurut Lee, komuniti cina di sana telah mengeluarkan satu pernyataan untuk menghalang dia daripada mengajar kung fu kepada masyarakat bukan cina. Apabila beliau menolak untuk mematuhi pernyataan tersebut, mereka mencabar beliau untuk mengadakan satu pertarungan dengan Wong. Syaratnya adalah sekiranya Lee kalah, beliau hendaklah menutup pusat latihannya manakala sekiranya Lee menang, beliau dibenarkan untuk terus mengajar masyarakat orang putih dan orang lain. wong menafikan kejadian ini, menyatakan bahawa dia yang mahu mencabar Lee selepas terdengar Lee bercakap besar semasa sesi demonstrasinya di sebuah teater Chinatown yang beliau dapat mengalahkan sesiapa sahaja di San Francisco dan Wong sendiri tidak mempunyai diskriminasi terhadap orang putih dan orang bukan cina. Lee mengemukakan komennya, "Kertas itu mengandungi semua nama sifu dari Chinatown. Akan tetapi, mereka tidak menakutkan saya".
 
Individu-individu yang diketahui, yang telah menyaksikan pertarungan tersebut termasuklah Cadwell, James Lee (rakan sekutu beliau, tiada sebarang hubungan (persaudaraan) dan William Chen, seorang guru di dalam Tai Chi Quan. Wong dan William Chen menyatakan bahawa pertarungan tersebut berlangsung selama 20-25 minit. Wong mendakawa pada asalnya dia menjangka satu pertarungan yang serius tetapi sopan. Walau bagaimanapun, Lee telah menyerang dia secara agresif dengan motif untuk membunuh, bermula daripada berjabat tangan pada permulaan pertarungan, di mana beliau berpura-pura membalas balik tawaran jabat tangan tradisional Wong dengan menerimanya dan sebaliknya menukar tangannya kepada senjata lembing yang membidik mata Wong. Dipakasa untuk melindungi nyawanya, Wong tidak menyerang Lee dengan daya yang boleh membawa maut apabila mempunyai peluang untuk melakukannya kerana tindakan sedemikian boleh membawa hukuman penjara. Pertarungan tersebut ditamatkan dengan Lee yang kehabisan tenaga dan bukannya tumbukan pemenang oleh mana-mana pelawan. Baigaimanapun, menurut Bruce Lee, Linda Lee Cadwell dan James Lee, pertarungan tersebut hanya berlangsung selama 3 minit dengan keputusan menang menyebelahi Lee. Linda menyatakan bahawa "pertarungan diteruskan tanpa mengehadkan jenis rangkulan atau teknik kung fu yang digunakan. Ia mengambil masa selama 3 minit. Bruce menghimpit lelaki itu ke atas tanah dan bertanya sama ada dia sudah berputus asa dan lelaki tersebut mengatakan yang dia sudah".
 
Selepas beberapa minggu pertarungan tersebut, Lee memberi satu temu ramah yang dia telah mengalahkan seorang lelaki yang tidak bernama dan Wong mengatakan bahawa lelaki itu dengan jelasnya merujuk kepada dia. Sebagai respon Wong, dia mengeluarkan pernyataannya mengenai pertarungan itu di dalam Chinese Pacific Weekly, sebuah surat khabar cina di San Francisco dan mengeluarkan satu jemputan untuk perlawanan awam sekiranya beliau tidak berpuas hati dengan pernyataannya itu. Lee tidak membalas jemputan tersebut walaupun beliau mempunyai reputasi untuk membalas provokasi yang dikenakan ke atasnya dengan ganas. Selain itu, tiada pengumuman awam dibuat tentang perlawanan itu meskipun Lee terus mengajar orang putih.