Bruce Lee: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
OrangMiri (bincang | sumb.)
OrangMiri (bincang | sumb.)
Baris 111:
[[Fail:Bruce Lee 1950.jpg|thumb|Bruce Lee dalam filem ''[[The Kid|"The Kid"]]'' (1950)]]Watak pertama Lee dalam bidang lakonan adalah sebagai seorang bayi yang dibawa ke atas pentas di dalam filem Golden Gate Girl. Semasa beliau mencapai umur 18 tahun, beliau telah membuat kemunculan di dalam 20 buah filem.
 
Semasa Lee berada di Amerika Syarikat pada tahun 1959 hingga tahun 1964, beliau meninggalkan pemikiran di dalam bidang karier lakonan untuk mengejar bidang seni pertahanan diri. Walau bagaimanapun, satu pameran seni pertahanan diri di Long Beach pada tahun 1964 membawa kepada jemputan uji bakat oleh William Dozier untuk satu watak dalam episod cubaan "Number One Son". Drama tersebut tidak pernah ditayangkan, tetapi Lee diundang untuk memainkan watak Kato bersama Van Williams di dalam siri TV ''[[The Green Hornet]].'' Siri tersebut hanya bertahan selama 1satu musim, dari tahun 1966 hingga tahun 1967. Lee juga membawa watak Kato di dalam 3 episod ''Batman''. Ini kemudiannya diikuti dengan bintang undangan di dalam 3tiga siri televisyen yang lain: ''Ironside'' (1967), ''Here Comes the Brides'' (1969) dan ''Blondie'' (1969).
 
Pada masa itu, 2dua orang anak murid Bruce Lee merupakan penulis skrip Hollywood Stirling Siliphant dan pelakon James Coburn. Pada tahun 1969, mereka dan Lee telah menulis satu skrip untuk sebuah filem yang bertajuk "''The Silent Flute''" dan mula mencari lokasi penggambaran di India. Projek tersebut tidak direalisasikan pada masa itu, tetapi filem tahun 1978 bertajuk "''Circle of Iron''" yang dibintangi oleh David Carradine adalah berdasarkan plot yang sama. Pada tahun 2010, penerbit Paul Maslansky telah dilaporkan untuk merancang dan menerima pembiayaan untuk sebuah filem berdasarkan skrip asal ''The Silent Flute''. Pada tahun 1969, Lee membuat penampilan sementara di dalam filem "''Marlowe''" yang ditulis oleh Siliphant di mana beliau memainkan watak penyokong politik yang diupah untuk menggertak detektif persendirian Philip Marlowe (watak dibawa oleh James Garner) dengan menghancurkan pejabatnya melalui tendangan melompat dan tumbukan. Namun, pada kemudiannya, dia terjatuh dari bangunan tinggi dalam cubaan memukul Marlowe. Pada tahun yang sama, beliau juga mencipta koreografi untuk adegan pergaduhan filem ''"The Wrecking Crew''" yang dibintangi oleh Dean Martin, Sharon Tate dan Chuck Norris (penampilan pertama dalam filem). Pada tahun 1970, beliau terlibat dalam koreografi adegan pergaduhan untuk filem "''A Walk in the Spring Rain''" yang dibintangi oleh Ingrid Bergman dan Anthony Quinn, sekali lagi ditulis oleh Siliphant. Pada tahun 1971, Lee berlakon dalam 4empat episod siri televisyen "''Longstreet''" yang ditulis oleh Siliphant. Lee membawa watak sebagai seorang pengajar kepada watak utama siri Mike Longstreet (yang dimainkan oleh James Franciscus) dan aspek-aspek penting falsafah seni pertahanan diri beliau telah ditulis dalam skrip.
[[Fail:Van Williams Bruce Lee Green Hornet 1966.JPG|thumb|257x257px|Gambar publisiti Williams dan Lee untuk ''"The Green Hornet"'']]
Menurut pernyataan yang dibuat oleh Lee dan Linda Cadwell selepas kematian beliau, pada tahun 1971, Lee telah mencadangkan siri televisyennya yang sendiri yang berjudul "''The Warrior''" dan perbincangan tersebut telah disahkan oleh Warner Bros. Pada 9 Disember 1971, Lee menyatakan di dalam sebuah temu ramah rancangan televisyen "''The Pierre Berton Show''" bahawa kedua-dua syarikat Paramount dan Warner Bros mahu "dia terlibat secara moden dan mereka menganggap idea barat telah luput, yang mana dia pula ingin terlibat di dalam idea barat". Menurut Cadwell, konsep Lee diubah semula dan dinamakan sebagai ''Kung Fu''. Akan tetapi, Warner Bros tidak pernah memberi kredit kepada Lee. Warner Brothers menyatakan bahawa mereka telah pun membuat satu konsep yang sama untuk suatu tempoh, yang dicipta oleh dua orang penulis dan penerbit, Ed Spielman and Howard Friedlander. Menurut sumber-sumber tersebut, Lee tidak diterima sebagai pelakon siri kerana sebab separanya, etnik dan longhat beliau. Watak sami Shaolin dalam "''Wild West''" akhirnya diberi kepada David Carradine (seorang artis tanpa ilmu seni pertahanan diri). Di dalam temu ramah "''The Pierre Berton Show''", beliau mengatakan bahawa dia faham akan tindakan Warner Brothers dalam pencarian watak siri: "Mereka fikir dari segi bisnes, ia adalah satu risiko. Saya tidak menyalahkan mereka. Jika situasi yang sebaliknya berlaku dan seorang pelakon Amerika datang ke Hong Kong, dan saya merupakan penaja yang berduit, saya juga akan bimbang sama ada mereka akan terima dia sebagai pelakon".