Agama Buddha: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
OrangMiri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
[[Fail:Borobudur-perfect-buddha.jpg|thumb|250px|Arca Buddha di [[Borobudur]], [[Jawa]], [[Indonesia]]]]
'''Agama Buddha''' ialah [[agama]] dan [[falsafah]] yang berasaskan ajaran Buddha Śākyamuni (Siddhārtha Gautama) yang mungkin lahir pada kurun ke-5 sebelum masihi. Agama Buddha menyebar ke benua India dalam 5 kurun selepas Baginda meninggal dunia. Dalam dua ribu tahun yang seterusnya, agama Buddha telah menyebar ke tengah, tenggara dan timur [[Asia]]. Kini, agama Buddha telah dipaparkan sebagai tiga aliran utama, iaitu [[Theravāda]] ([[Bahasa Sanskrit]]: [[Sthaviravāda]]), [[Mahāyāna]], and [[Vajrayāna]]. Agama Buddha terus menarik orang ramai menganutnya di seluruh dunia dan mempunyai lebih kurang 350 juta penganut. Agama Budddha dikenali sebagai salah satu agama yang paling besar di dunia.
 
Di dalam aliran Theravāda, matlamat utama ialah pencapaian tahap luhur nirvana, yang dicapai melalui "Lapan Jalan Mulia" atau juga dikenali sebagai "Jalan Kesederhanaan". Dengan ini, seseorang itu dikatakan bebas dari kitaran kesengsaraan dan [[kelahiran semula]]. Aliran Theravāda merupakan aliran yang paling diikuti di Sri Lanka dan Asia Tenggara.
 
Aliran Mahāyāna, yang termasuk tradisi [[Tanah Tulen]], [[Zen]], [[Buddhisme Nichiren]], [[Shingon]] dan [[Tiantai]] (Tendai) banyak dijumpai di bahagian Asia Timur. Bertentangan dengan nirvana, Mahayana mengilhamkan pencapaian [[kebuddhaan]] melalui laluan [[bodhisattva]], satu tahap di mana seseorang itu terus berada di kitaran kelahiran semula untuk membantu manusia lain mencapai kesedaran.
 
Aliran Vajrayāna, sebuah ajaran yang berunsurkan siddha India mungkin boleh dilihat sebagai satu aliran baru atau sebahagian daripada aliran Mahāyāna. Buddhisme Tibet, yang masih mengekalkan ajaran Vajrayāna abad ke-lapan India, masih dipraktiskan di kawasan sekitar Himalaya, Mongolia dan Kalmykia. Buddhisme Tibet mengilhamkan pencapaian kebuddhaan atau badan pelangi.
 
Agama Buddha mempunyai lebih kurang 488 - 535 juta penganut di seluruh dunia. Agama Budddha dikenali sebagai salah satu agama yang paling utama di dunia.
 
Seorang Buddha ialah seorang yang mendapati alam semesta yang benar melalui pelajarannya yang bertahun-tahun, penyiasatan dengan pengamalan agama pada masanya dan pertapaan. Penemuannya dikenali sebagai [[Bodhi]] atau "Pemahaman". Sesiapa yang menghidari kejahilan dan mengenali alam semesta nyata yang sebenar dikenali sebagai Buddha.[[Imej:Buddha palileyakawpho.jpg|thumb|209px|left|Sitting Buddha, named "Phra Puttha Palileyaka", Wat Pho, Bangkok
]] Śākyamuni dikatakan sebagai pengasas Buddha. Terdapat banyak penganut-penganut Buddha selepas Śākyamuni dan persengketaan sesama manusia dan kemusnahan persekitaran dunia sering berlaku mengikut nafsu sebelum Śākyamuni. Mengikut ajaran Buddha, sesiapa dapat mempelajarinya dan juga memahami alam semesta nyata yang sebenar seperti Buddha dengan menurut kata-kata Buddha dan Sangha yang dikenali sebagai "Dharma" dan mempraktikkannya dengan mengamalkan kehidupan yang bermoral dan pemikiran yang suci. Secara keseluruhan, tujuan seorang menganut agama Buddha adalah untuk menamati segala kesengsaraan dalam kehidupan kemanusiaan. Bagi mencapai matlamat ini, penganut Buddha harus menyucikan dan melatih minda sendiri dengan mengikut "Lapan Jalan Mulia", atau "Jalan Kesederhanaan" supaya memahami kenyataan yang sebenar lalu mencapai kebebasan dari segala kesengaraankesengsaraan, iaitu '''nirodha''' atau '''nirvāna''' (Pāli nibbāna).
 
== Gautama Buddha ==