Bierkeller-Putsch: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Beer Hall Putsch''' merupakan suatu percubaan nekad parti [[Nazi]] untuk mengambilalih kuasa kerajaan melalui cara keganasan. Ia bermula pada 8 November 1923 di Beer Hall, [[Munich]] dan berakhir sehari kemudiannya di pusat bandaraya Munich.
 
== Latarbelakang ==
Selepas [[Perang Dunia I]], [[kerajaan]] Jerman telah dipaksa untuk membayar kerajaan Perancis sejumlah wang yang besar tetapi mereka enggan membayarnya. Akibatnya nilai [[matawang Jerman]] telah jatuh degan teruk dan negara telah dilanda [[inflasi]]. Namun, rakyatnya tetap menyokong kerajaannya dan memuji ketahanan Jerman menentang Perancis. Malangnya pada September 1923, [[kerajaan]] Jerman terpaksa akur dengan kehendak Perancis dan mula membayar balik hutang mereka. Ini telah membangkitkan kemarahan orangramai terutamanya puak pelampau di wilayah Bavaria.
Parti Nazi dan kumpulan politik yang lain telah mengambil kesempatan dengan kekacauan yang telah berlaku. Hitler yang semakin terdesak untuk memegang pucuk pimpinan parti sedar bahawa beliau perlu mengambil tindakan segera. Pada November 1923, parti Nazi, yang mempunyai 55,000 ahli, merupakan [[parti politik]] yang terbesar dan mempunyai sistem organisasi terbaik berbanding dengan parti-parti lain.