Si Buta: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 33:
 
Mahaguru ([[Idris Siliawangi]]) mempunyai masalah dengan Datuk Temenggong yang menyebabkan dia diusir ke dalam hutan. Mahaguru telah membuat rancangan dengan salah seorang anak muridnya untuk pergi ke sebuah kampung di bawah naungan Datuk Temenggong untuk memeras ugut dan melakukan penindasan. Dengan menggunakan Jaksa, segala dendamnya terhadap Datuk Temenggong dapat dilaksanakan. Mahaguru sanggup membantu Jaksa untuk memulihkan penglihatannya. Jaksa begitu teruja sekali dan di dalam masa yang sama, beberapa orang kampung telah menjadi tawanan Mahaguru melalui orang suruhannya, Alang kerana enggan membayar wang perlindungan.
 
Suatu hari, Jaksa telah bergaduh dengan orang kampung kerana timbul salah faham. Mujurlah Mahaguru mampu menenangkan Jaksa. Jaksa meluahkan kekecewaannya walaupun dia jaguh di dalam silat tetapi matanya buta, tiada ertinya. Mahaguru menyuruh Jaksa pergi ke sebuah gua untuk mengubati matanya yang buta. Jaksa menurutinya. Setibanya di dalam gua, rupa-rupanya gua tersebut merupakan gua persembunyian Mahaguru dan kuncu-kuncunya. Jaksa disuruh berehat.
 
Sementara itu, Alang telah berjumpa dengan Datuk Temenggong ([[Idris Hashim]]) dan meminta menyerahkan seorang gadis bernama Baiduri kepada Magurunya untuk diperisterikan. Pada mulanya, Datuk Temenggong tidak bersetuju, tetapi akhirnya dia bersetuju kerana dia telah merancang sesuatu untuk perkara ini dapat diselesaikan.
Tetapi, Jaksa dan kuncu-kuncu mahaguru telah berjaya membunuh beberapa orang kampung yang ditugaskan sebagai pengiring Baiduri dan menculik Baiduri ([[Mariati]]). Teruna telah diarahkan oleh Datuk Temenggong untuk mencari Baiduri.
 
Baiduri telah disembunyikan di dalam gua. Di dalam masa yang sama, Mahaguru telah memilih salah seorang daripada tawanannya untuk diambil kedua-dua biji anak matanya. Dan jasadnya dibuang ke dalam gaung. Dengan kepakaran ilmu ghaibnya, Mahaguru telah berjaya menukarkan mata Jaksa dengan mata yang sihat. Mata asal Jaksa telah dibuang. Selesai semuanya, Jaksa mampu melihat buat pertama kalinya. Dia sangat teruja dengan keindahan alam tersebut.
 
==Pelakon==