Si Buta: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 40:
 
Baiduri telah disembunyikan di dalam gua. Di dalam masa yang sama, Mahaguru telah memilih salah seorang daripada tawanannya untuk diambil kedua-dua biji anak matanya. Dan jasadnya dibuang ke dalam gaung. Dengan kepakaran ilmu ghaibnya, Mahaguru telah berjaya menukarkan mata Jaksa dengan mata yang sihat. Mata asal Jaksa telah dibuang. Selesai semuanya, Jaksa mampu melihat buat pertama kalinya. Dia sangat teruja dengan keindahan alam tersebut.
 
Tiba-tiba, sewaktu Jaksa ingin membasuh muka dan meminum air di gigi air sungai, dia terdengar suara lelaki merintih. Jaksa menyapa lelaki tersebut, dan dia memberitahu seorang guru telah mencungkil kedua-dua biji matanya dan badannya dibuang di tempat itu. Jaksa pula kebingungan, barangkali matanya datang dari lelaki buta. Jaksa telah bergegas ke gua semula untuk bertemu dengan Mahaguru, tetapi dia telah terpandang Baiduri di dalam gua kerana gadis ini pernah berada dalam mimpinya tempoh hari. Maka, berlakulah pergelutan di antara Jaksa dan rakan-rakannya. Ramai rakan-rakannya terkorban di tangan Jaksa. Jaksa berjaya menyelamatkan Baiduri, Baiduri telah diserahkan kepada Teruna. Pada mulanya, Teruna ingin membunuh Jaksa, tetapi setelah Baiduri memberitahu segalanya, Teruna bagi pihak Datuk Temenggong telah menjemput Jaksa ke majlis di kampung Teruna sebagai tanda terima kasih.
 
==Pelakon==