Semerah Padi: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 53:
'''Semerah Padi''' merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di [[Tanah Melayu]] pada 14 Julai 1956. Filem ini dikeluarkan dalam bentuk hitam putih tanpa warna. Filem yang diarahkan oleh [[P. Ramlee]] ini telah mengetengahkan hukum [[Islam]] berdasarkan [[Al-Quran]] melalui penceritaannya. Latar belakang filem ini berkonsepkan kehidupan masyarakat Melayu tradisional serta mempunyai pemahaman agama yang tinggi. Filem ini juga dikatakan yang terbaik pernah diarahkan serta dilakonkan oleh P. Ramlee.<ref>{{cite web |url=http://filemklasikmalaysia.blogspot.com/2012/04/semerah-padi-1956-best-film-directed-by.html |title=Semerah Padi (1956): The Best Film Directed by Tan Sri P. Ramlee |date=3 April 2012 |accessdate=5 Disember 2012|archiveurl=http://archive.is/WjOU|archivedate=16 December 2012}}</ref> Filem ini merupakan filem kedua yang diarahkan oleh P. Ramlee.
 
==SinopsisRingkasan==
Dua sahabat akrab, Aduka ([[P. Ramlee]]) dan Teruna ([[Nordin Ahmad]]) ditugaskan mentadbir kampong Semerah Padi berpandukan aspek-aspek keislaman. Dara ([[Saadiah]]), anak ketua kampong ([[Daeng Idris]]) mempunyai hubungan cinta dengan Aduka tetapi ditunangkan kepada Teruna. Dara merahsiakan hubungan mereka supaya tidak durhaka kepada ayahnya dan Aduka, supaya tidak menyakiti sahabat akrabnya.