Sayang Si Buta: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 33:
Mengisahkan dua orang adik beradik perempuan, dimana adiknya seorang yang buta. Asmah ([[Sarimah]]) seorang kakak berkenalan dengan Dr Rashid ([[Jins Shamsuddin]]) seorang doktor perubatan. Asmah ingin membantu untuk memulihkan penglihatan adiknya, Ani ([[Dayang Sofia]]). Pada suatu hari, Asmah membeli senaskah buku braille dan Dr Rashid ingin sangat mengetahui mengapa Asmah membeli buku tersebut. Asmah akhirnya membawa Dr Rashid pulang ke rumah untuk menjelaskan perkara selanjutnya. Dr Rashid teruja sangat untuk berkenalan dengan Ani. Dr Rashid memulakan pemeriksaan mata terhadap Ani.
 
Selang beberapa bulan kemudian, Ani telah menjalani pembedahan kedua dua belah matanya oleh Dr Rashid. Matanya Ani telah pulih. Ani teruja sangat kerana dia sudah mampu melihat buat pertama kali dalam hidupnya. Jamil ([[Aziz Jaafar]]) seorang pemandu teksi yang menaruh perasaan terhadap Asmah. Tetapi dia telah salah faham dan cemburu kerana Asmah berkawan lebih rapat dengan Dr Rashid. Dr Rashid sering membawa Ani bersiar-siar atas arahan Asmah. Walaupun Dr Rashid agak keberatan kerana berasa agak kekok. Ani pula telah menaruh perasaan terhadap Dr Rashid dan dia sering menggoda Dr Rashid secara peribadi.
Dr Rashid sering membawa Ani bersiar-siar atas arahan Asmah. Walaupun Dr Rashid agak keberatan kerana berasa agak kekok. Ani telah menaruh perasaan pada Dr Rashid dan dia sering menggoda Dr Rashid secara peribadi.
 
Dr Rashid telah menghantar surat kepada ibu bapanya bahawa dia akan berkahwin dengan gadis pilihannya. Ibu Dr Rashid (lakonan [[Momo Latif]]) bersetuju lalu dia pergi merisik keluarga Asmah di kampung. Asmah sungguh gembira. Akan tetapi, Ani terus menangis dan kecewa kerana cintanya tidak berbalas oleh Dr Rashid. Asmah telah mengorbankan jiwa laranya untuk adiknya buat kali kedua. Dr Rashid akhirnya berkahwin juga dengan Ani.
 
Asmah telah diberhentikan kerja ekoran kerap tidak hadir ke pejabat. Ibunya (lakonan [[Saamah]]) sangat kecewa akan Asmah. Asmah masih mencari kerja yang baharu. Di pertengahan jalan, Jamil telah berjumpa Asmah dan dia ingin meneruskan perhubungan cintanya semula. Jamil berjanji akan memasuk meminang Asmah secepat mungkin. Ibu Asmah kali ini kecewa lagi dengan Asmah, kerana tidak dapat menumpang kesenangan terhadap Asmah ekoran Asmah berkahwin dengan pemandu teksi sahaja. Ibunya mengambil keputusan untuk berpindah ke rumah Ani kerana dia ingin sangat untuk hidup lebih senang tetapi sangkaannya meleset, Ani melayan ibunya seperti seorang hamba abdi. Ani menyuruh ibunya tidur di dapur sehingga ibunya jatuh sakit. Ani tidak mengendahkan rayuan ibunya.
Ani tidak sanggup lagi menjaga ibunya. Ibunya sakittelah kuatmeninggalkan rumah Ani. Asmah telah pergi ke rumah Ani untuk memujuk adiknya menziarahi ibunya yang semakin tenat. Tetapi pertikaman lidah berlaku, Ani menuduh Asmah ada perhubungan sulit dengan suamniya. Asmah marah lalu dia menampar muka adiknya. Dengan tidak sengaja, muka Ani jatuh tersemban dike atas benda tajam di atas meja yang menyebabkan matanya tertusuk benda tersebut dan buta kembali. Selang beberapa hari, ibunya telah meninggal dunia dan mata Ani tidak boleh diubati lagi, Ani mengalami buta selama-lamanya.
 
Tamat