Penyiaran radio: Perbezaan antara semakan
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan |
Tiada ringkasan suntingan |
||
Baris 25:
Isyarat AM mudah terjejas oleh gangguan dari ribut elektrik ([[kilat]]) dan [[gangguan elektromagnet]] seumpamanya.
Pemancaran AM tidak boleh [[Perambatan radio|dirambatkan]] melalui [[ionosfera]] pada waktu siang kerana daya penyerapan yang kuat dalam lapisan D ionosfera. Dalam persekitaran saluran yang sesak, ini bermakna kuasa saluran-saluran setempat yang berkongsi satu frekuensi mesti dikurangkan pada waktu malam atau dipancarkan secara terus ke arah penerima untuk mengelakkan gangguan, biarpun boleh mengurangkan bilangan pendengar pada waktu malam. Sesetengah stesen menggunakan frekuensi yang tidak dikongsi dengan stesen lain di Amerika Utara, iaitu [[stesen saluran jelas]] (''clear-channel station'') yang selalunya boleh diperdengarkan di seluruh negara pada waktu malam. Pada waktu malam, ionosfera tidak lagi menyerap, sebaliknya membolehkan isyarat bersiaran ke jarak yang lebih jauh melalui pantulan ionosfera. Walaupun begitu, isyarat boleh menjadi lemah pada waktu malam dan ketika hujan. Pancaran gelombang juga mungkin terputus karena menara pemancar terkena kilat. Gelombang AM hanya dapat memberi siaran yg jelas hanya dalam radiusnya sahaja. Kawasan yang terkeluar dari radius akan mengalamagi gangguan yang ketara pada waktu hujan dan ribut petir dan pada waktu malam. Sebagai contoh, pemancar AM dari
====FM====
|