Iban Merotai: Perbezaan antara semakan
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 35:
==Sejarah Penghijrahan Pertama Kaum Iban Membuka Penempatan Di Merotai, Tawau==
Menurut sejarah, dikatakan etnik Iban yang pertama melakukan penghijrahan ke Tawau adalah dipimpin oleh Andawi berserta 7 lagi anak Iban (Goodlet 2010:44). Dinyatakan juga bahawa mereka ini adalah anak Iban Sarawak yang berkhidmat sebagai ''Kingdom of Sarawak Royal Police'' telah dihantar bertugas di North Borneo bagi membantu di dalam pemberontakan Mat Salleh antara tahun 1896-1900. Usai sahaja melakukan tugas masing-masing mereka telah mengambil keputusan untuk terus bermastautin di North Borneo pada ketika itu. Atas jasa mereka maka pihak kerajaan telah memberikan mereka pencen berserta 5 ekar tanah setiap seorang di kawasan Merotai. Akhirnya mereka berkahwin dengan anak tempatan di Merotai seperti Dusun dan sebagainya. Dan disinilah bermulanya kelompok etnik Iban Merotai yang sebenarnya telahpun diperkembangkan dengan perkahwinan campur yang diamalkan berabad lamanya. Dan ini berlaku di ketika kedua-dua wilayah iaitu Sarawak of Kingdom dan North Borneo dibawah pemerintahan Inggeris pada masa itu.
Selain itu adat bejalai ini juga terjadi di kala North Borneo pada waktu itu telah membuka secara besar-besaran peladangan di bumi mereka sehingga membenarkan adanya etnik Iban Sarawak juga menuju ke North Borneo untuk tujuan yang sama. Disini ada dinyatakan bahawa etnik Iban terawal yang menjadikan Merotai sebagai tempat tinggal tetap mereka adalah ''Bunsu Anak Abak'', seorang anak Iban kelahiran Sungai Assan, Sibu. Dikatakan bahawa Bunsu Anak Abak bersama-sama dengan 26 lagi kaum lelaki Iban telah berhijrah ke Sandakan sebagai pembalak pada tahun 1930an. (Kedit 1993:3:4). Dari Sandakan, Bunsu Anak Abak telah berpindah ke Malinau, Kalimantan Utara dan tinggal bersama-sama dengan masyarakat Lun Dayeh dari Dataran Tanah Tinggi Kelabit (bahagian sebelah Kalimantan Utara). Di Malinau, mereka bersama-sama membuka ladang untuk bercucuk tanam dan juga mencari hasil hutan untuk dijual. Di Malinau inilah dikatakan Bunsu Anak Abak berkahwin dengan seorang wanita dari etnik Murut dari Tenom yang bernama Lunai Mukat yang mana keluarganya telah melarikan diri ke Malinau ketika pemberontakan Mat Salleh. (Kedit
1993:3:4) Selepas sahaja tamat Perang Dunia Kedua, Bunsu dan seluruh keluarganya termasuk keluarga mertuanya telah berhijrah kembali ke Sabah. Keluarga Bunsu sendiri menetap di Tawau manakala keluarga mertuanya kembali ke kampong halaman mereka di Tenom. Ketika itulah Bunsu bersama-sama dengan Merusin (anak Iban dari Katibas), Bagung (anak Iban dari Batang Rejang), Ajun (Anak Iban dari Batang Ai) dan Nanang telah memulakan penempatan Iban di Rian Suar berdekatan dengan Sungai Merotai Besar tidak jauh daripada jalan Tawau-Kalabakan. Di sini mereka telah memulakan penanaman padi dan juga mencari hasil-hasil hutan untuk sumber pendapatan tambahan. Dan apabila daerah Merotai dibuka untuk penanaman kelapa sawit, Bunsu dan anak-anak Iban yang lain telah diberikan dengan 15 ekar tanah ladang untuk diusahakan secara berkelompok. Dan Bunsu Anak Abak merupakan anak Iban Merotai yang mendapat pengiktirafan sebagai Ketua Kampung Merotai yang pertama oleh Kerajaan Koloni British Borneo pada masa itu. (Kedit 1993:3:4)
Selepas itu ada lagi nama-nama besar anak Iban yang turut melakukan adat bejalai ke Merotai iaitu Tujit Anak Timu. Tujit merupakan anak Iban dari Lemunyan, Pakan, Sarawak. Beliau memulakan adat bejalai ke North Borneo pada tahun 1948 diketika usianya 17 tahun. Tujit bersama-sama dengan Utam (anak Iban dari Poi, Kanowit) telah bersama-sama membuka kawasan penanaman padi dan seterusnya mereka juga turut sama menyertai skim penanaman ladang kelapa sawit di Merotai.
Beliau juga telah mengahwini wanita tempatan di Merotai iaitu dari Kaum Murut dan setelah perkahwinannya gagal, beliau berkahwin sekali lagi dengan anak Iban Merotai sehingga melahirkan legasi Iban Merotai sekarang. Tujit sehingga ke akhir hayatnya tidak pernah pulang ke komunitinya di Pakan, Sarawak.
Selepas itu memang ramai lagi anak Iban dari Sarawak yang telah berhijrah ke Merotai dan tidak pernah pulang ke negeri asal mereka seperti Lulut Anak Junggai, anak Iban dari Nanga Entuat, Katibas dan lain-lain lagi.
Sekarang komuniti Iban Merotai yang menjadikan Merotai sebagai kampong halaman mereka telah membenarkan adanya, The Little “Sarawak” in Sabah kerana asal mereka adalah daripada Sarawak. Etnik Iban Merotai juga telah menjadi Bumiputera Sabah yang menjadikan antara penyumbang ekonomi bagi Sabah Negeri Di Bawah Bayu dari dulu lagi.
==Sejarah Penghijrahan Kedua Kaum Iban Ke Pedalaman, Sandakan Dan Tawau==
|