Iban Merotai atau Iban Sabah ialah satu daripada etnik kaum Iban yang terdapat di Borneo. Dari segi budaya, bahasa dan agama, Iban Merotai adalah sama dengan kaum Iban di tempat lain seperti di Sarawak, Brunei, Kalimantan Barat ataupun di Johor. Iban Merotai majoritinya menetap di daerah kecil Merotai, dalam daerah Tawau, bahagian Tawau, Sabah.

Iban Merotai @ Iban Sabah
Logo Persatuan Serakup Iban - Dayak Daerah Tawau, Sabah (SIDT)
Logo Persatuan Dayak Sabah (Sabah Dayak Association) (SADA)
Logo Persatuan Dayak W.P Labuan (PDL)
Jumlah penduduk 10,000 (Sabah sahaja)
Rantau dengan penduduk penting Sarawak, Brunei, Sabah, Kalimantan Barat & Johor
Bahasa Iban (Iban mixed Kadazandusun-Murut)
Agama Kristian, Islam
Kelompok etnik terdekat Iban (Iban Sarawak), Dayak Laut, Kadazandusun, Murut, Melayu Sabah-Brunei, Balau, Mualang, Remun, Seberuang, Sebuyau, Kendayan, Keninjal, Dayak Malayik & Urak Lawoi

Sejarah Penghijrahan Kaum Iban Ke Brunei, Limbang Dan Sabah sunting

Sejarah penghijrahan kaum Iban dari Sarawak ke utara Borneo bermula pada awal tahun 1900 atas faktor ekonomi dan pekerjaan serta sifat semulajadi kaum Iban yang suka merantau. Maksud perkataan Iban itu sendiri dalam Bahasa Iban ialah Orang atau Manusia atau kata ganti nama yang merujuk kepada Orang yang tidak dikenali atau perantau yang tidak dikenali atau dalam bahasa Iban ialah Temuai.[perlu rujukan] Pada permulaanya, faktor ekonomi telah menarik kaum Iban dari Bahagian Miri, Bintulu, Sibu, Mukah, Kapit, Sarikei, Betong dan Sri Aman berhijrah hingga ke utara Borneo iaitu Brunei dan seterusnya ke Sabah. Permulaanya, kaum Iban dari Miri, tengah dan selatan Sarawak telah berhijrah dari tempat asal mereka ke utara Sarawak, kerana adanya faktor tarikan ekonomi dan peluang pekerjaan yang besar terutamanya apabila Negara Brunei membuka peluang pekerjaan kepada orang bukan warganegara Brunei di sektor carigali minyak dan sektor pembinaan di Brunei, kaum Iban yang merantau dengan cepat mengambil peluang tersebut. Kaum Iban telah berhijrah melalui Miri ke Brunei dan Limbang. Separuh daripada penghijrah kaum Iban terus menetap di Brunei manakala separuh lagi meneruskan penghijrahan ke utara Borneo iaitu Limbang dan Sabah.[perlu rujukan]

Penghijrahan besar kaum Iban dari Miri, tengah dan selatan Sarawak ke Brunei dan Limbang telah mengubah urbanisasi di utara Sarawak sehingga menjadikan kaum Iban menjadi kaum majoriti yang menguasai pelbagai sektor di Bahagian Miri dan Limbang.[perlu rujukan]

Hasil dari penghijrahan kaum Iban ke Brunei dapat dilihat dengan jelas hari ini apabila kaum Iban Brunei membentuk 10% atau 40,000 daripada 400,000 penduduk Brunei (bancian 2007). Sekarang, kaum Iban menjadi kaum ketiga terbesar di Negara Brunei dan Bahagian Limbang selepas kaum Melayu Brunei-Kedayan dan Kadazan Dusun-Bisaya.

Manakala di Sabah, kaum Iban dapat dilihat dengan jelas terutamanya di Daerah Merotai, Bahagian Tawau. Penghijrahan kaum Iban ke Sabah dapat dibahagikan kepada 2 peringkat, iaitu peringkat pertama dimana kaum Iban berhijrah lebih dari 100 tahun dahulu sebelum kemerdekaan atau lebih tepatnya sebelum tahun 1920, dan mereka ini telah membuka penempatan tetap di Tawau, manakala peringkat kedua pula kaum Iban berhijrah selepas kemerdekaan hingga sekarang.[perlu rujukan] Identiti, bahasa dan budaya kumpulan penghijrah pertama kaum Iban ini dapat dilihat dengan jelas apabila kita berkunjung ke Tawau, kerana mereka mempunyai daerah majoriti, kawasan penguasaan tanah dan kampung halaman dalam kelompok tersendiri. Manakala kumpulan penghijrah kedua kaum Iban ini pula agak sukar dikenali kerana mereka telah bercampur dengan penduduk tempatan Sabah dan hidup menetap di tengah-tengah penduduk tempatan Sabah dan tiada identiti tersendiri untuk mengenali asal usul mereka.

Sejarah Penghijrahan Pertama Kaum Iban Membuka Penempatan Di Merotai, Tawau sunting

Menurut sejarah, dikatakan etnik Iban yang pertama melakukan penghijrahan ke Tawau adalah dipimpin oleh Andawi berserta 7 lagi anak Iban. Dinyatakan juga bahawa mereka ini adalah anak Iban Sarawak yang berkhidmat sebagai Polis Sarawak Constabulary telah dihantar bertugas di North Borneo bagi membantu meredakan pemberontakan Mat Salleh antara tahun 1896-1900. Selesai sahaja melakukan tugas masing-masing mereka telah mengambil keputusan untuk terus bermastautin di North Borneo pada ketika itu. Atas jasa mereka, maka pihak kerajaan telah memberikan mereka pencen berserta 5 ekar tanah setiap seorang di kawasan Tanjung Batu. Akhirnya mereka berkahwin dengan perempuan kaum tempatan di Tawau seperti Dusun dan sebagainya. Dan disinilah bermulanya kelompok etnik Iban Merotai yang sebenarnya telahpun diperkembangkan dengan perkahwinan campur yang diamalkan berabad lamanya. Dan ini berlaku di ketika kedua-dua wilayah iaitu Kingdom of Sarawak dan North Borneo dibawah pemerintahan Rajah Brooke dan Syarikat British pada masa itu.

Selain itu adat bejalai ini juga terjadi di kala North Borneo pada waktu itu telah membuka perladangan secara besar-besaran sehingga menarik perhatian lelaki kaum Iban Sarawak untuk berhijrah dan bekerja di North Borneo. Disini ada dinyatakan bahawa etnik Iban terawal yang menjadikan Merotai sebagai tempat tinggal tetap mereka adalah Bunsu Anak Abak, seorang anak Iban kelahiran Sungai Assan, Sibu. Dikatakan bahawa Bunsu Anak Abak bersama-sama dengan 26 lagi kaum lelaki Iban telah berhijrah ke Sandakan sebagai pembalak pada tahun 1930an. Dari Sandakan, Bunsu Anak Abak telah berpindah ke Malinau, Kalimantan Utara dan tinggal bersama-sama dengan masyarakat Lun Dayeh dari Dataran Tanah Tinggi Kelabit (bahagian sebelah Kalimantan Utara). Di Malinau, mereka bersama-sama membuka ladang untuk bercucuk tanam dan juga mencari hasil hutan untuk dijual. Di Malinau inilah dikatakan, Bunsu Anak Abak berkahwin dengan seorang wanita dari etnik Murut dari Tenom yang bernama Lunai Mukat yang mana keluarganya telah melarikan diri ke Malinau ketika pemberontakan Mat Salleh. Selepas sahaja tamat Perang Dunia Kedua, Bunsu dan seluruh keluarganya termasuk keluarga mertuanya telah berhijrah kembali ke Sabah. Keluarga Bunsu sendiri menetap di Tawau manakala keluarga mertuanya kembali ke kampung halaman mereka di Tenom. Ketika itulah Bunsu bersama-sama dengan Merusin (anak Iban dari Katibas), Bagung (anak Iban dari Batang Rejang), Ajun (Anak Iban dari Batang Ai) dan Nanang telah memulakan penempatan Iban di Rian Suar berdekatan dengan Sungai Merotai Besar tidak jauh dari jalan Tawau-Kalabakan sekarang. Di sini mereka telah memulakan penanaman padi dan juga mencari hasil-hasil hutan untuk sumber pendapatan tambahan. Apabila daerah Merotai dibuka untuk penanaman kelapa sawit, Bunsu dan anak-anak Iban yang lain telah diberikan dengan 15 ekar tanah ladang oleh kerajaan untuk diusahakan secara berkelompok. Bunsu Anak Abak adalah merupakan anak Iban Merotai yang mendapat pengiktirafan sebagai Ketua Kampung Merotai yang pertama oleh Kerajaan Koloni British Borneo pada masa itu.

Selepas itu ada lagi nama-nama besar anak Iban yang turut melakukan adat bejalai ke Merotai iaitu Tujit Anak Timu. Tujit merupakan anak Iban dari Lemunyan, Pakan, Sarawak. Beliau memulakan adat bejalai ke North Borneo pada tahun 1948 diketika usianya 17 tahun. Tujit bersama-sama dengan Utam (anak Iban dari Poi, Kanowit) telah bersama-sama membuka kawasan penanaman padi dan seterusnya mereka juga turut sama menyertai skim penanaman ladang kelapa sawit di Merotai. Beliau juga telah mengahwini wanita tempatan di Tawau iaitu dari Kaum Murut, namun perkahwinannya gagal. Kemudian beliau berkahwin sekali lagi dengan anak Iban Merotai, sehingga melahirkan legasi Iban Merotai sekarang. Tujit sehingga ke akhir hayatnya tidak pernah pulang ke komunitinya di Pakan, Sarawak.

Selepas itu memang ramai lagi anak Iban dari Sarawak yang telah berhijrah ke Merotai dan tidak pernah pulang ke negeri asal mereka seperti Lulut Anak Junggai, anak Iban dari Nanga Entuat, Katibas dan lain-lain lagi. Ini adalah hanya sebahagian dari sejarah penghijrahan lelaki kaum Iban yang tidak pernah terhenti selagi kaki mereka dapat melangkah.

Sejarah Penghijrahan Kedua Kaum Iban Ke Pedalaman, Sandakan Dan Tawau sunting

Apabila kerajaan Sabah mempergiatkan pembalakan di pendalaman Sabah dan membuka ladang kelapa sawit berskala besar awal tahun 1970, kaum Iban terutamanya pemuda lelaki kaum Iban yang menetap di Limbang dan Brunei cepat mengambil peluang tersebut dengan berhijrah melalui bahagian Pedalaman Sabah melalui jalan pembalakan dan jalan air ke Sipitang dan kemudian ke Tenom dan kemudian ke Keningau dan kemudian ke Nabawan sebelum sampai ke Hulu Sungai Kinabatangan. Pada awalnya, penghijrah kaum Iban bekerja di kem-kem pembalakan di sekitar pendalaman Kinabatangan. Setelah pembalakan di Kinabatangan semakin berkurangan, mereka telah berhijrah Hilir Sungai Kinabatangan sebelum sampai ke Sandakan dan menetap sementara di Sandakan.

Pada awal tahun 1970 itu juga kerajaan Sabah telah membuka perladangan kelapa sawit berskala besar di Lahad Datu, penghijrah kaum Iban yang berkelana di sekitar Sandakan cepat mengambil peluang tersebut. Mereka kemudian berhijrah ke bahagian Tawau terutama di daerah Lahad Datu. Memandangkan kaum Iban yang berhijrah ke Sabah tersebut majoritinya masih bujang seawal umur 20an ke 30an, semasa bekerja di ladang-ladang kelapa sawit di Lahad Datu, lelaki kaum Iban telah berkahwin dengan perempuan-perempuan tempatan kaum Dusun Idahan dan yang terdapat di Lahad Datu. Kaum Iban yang telah berkahwin dengan perempuan-perempuan tempatan kaum Dusun Idahan tersebut, telah berhijrah dari Lahad Datu ke daerah Tawau untuk mencari penghidupan baru. Semasa di Tawau pula, lelaki kaum Iban telah berkahwin dengan perempuan-perempuan tempatan kaum Dusun Dumpas dan Murut. Hasil perkahwinan campur lelaki kaum Iban dengan perempuan-perempuan penduduk tempatan di Tawau dapat dilihat dengan jelas hari ini apabila kebanyakan kaum-kaum penduduk tempatan di Tawau mempunyai pertalian persaudaraan dengan kaum Iban Merotai.

Kaum Iban yang terkenal dengan cara kehidupan berdekatan dengan alam semulajadi, telah pergi ke Merotai. Pada masa tersebut, kawasan Merotai masih lagi belum diterokai, dan kaum Iban telah menerokai kawasan Merotai tersebut. Sesuai dengan citarasa semulajadi kaum Iban, pada masa itu, kawasan tersebut masih lagi banyak ikan-ikan di sungai dan haiwan-haiwan di hutan yang boleh diburu dan dijadikan santapan lauk, dan tanah juga yang masih lagi terbentang luas tempat bercucuk tanam sayur dan padi. Hal ini telah menarik perhatian penghijrah kaum Iban terus menetap di Merotai hingga ke sekarang. [1] [2]

Iban Merotai Sekarang sunting

Dianggarkan sekarang, jumlah penduduk kaum Iban di daerah Merotai sahaja lebih kurang 4,000 (bancian 2010). Sekarang ini juga kaum Iban Merotai mula tersebar luas di daerah Kalabakan, Balung dan Kunak. Kebanyakan kaum Iban Merotai menguasai sektor perladangan kelapa sawit dan koko di Tawau.

Sekarang, kebanyakan dari mereka mempunyai darah perkahwinan campuran dengan Dusun Idahan, Dusun Dumpas, Cina, Murut dan Tidong, ini kerana asal-usul kaum Iban Merotai sendiri adalah hasil campuran lelaki kaum Iban dengan perempuan kaum tempatan di timur Sabah, namun mereka masih lagi kuat berpegang kepada adat resam Iban seperti di Sarawak serta masih lagi mengamalkan kebudayaan tradisional Iban [3]. Walaupun mempunyai darah campuran perkahwinan, kaum Iban Merotai masih lagi menggunakan bahasa Iban yang asli dalam pertuturan seharian. Dari segi kepercayaan juga, 90% daripada kaum Iban Merotai beragama Kristian dan 10% lagi beragama Islam.

Walaupun kaum Iban Merotai tidak diklasifikasikan secara khas di Sabah dan masih lagi diklasifikasikan sebagai kaum Iban namun telah mendapat pengiktirafan sebagai penduduk Bumiputera Sabah. Kadang-kadang pengklasikasian kaum Iban Merotai kedalam kaum Iban, telah menyebabkan kekeliruan pelbagai pihak yang mengkatogorikan mereka sebagai Bumiputera Sarawak sedangkan mereka sebenarnya Bumiputera Sabah yang berasal dari Sabah. Dari segi hak-hak pribumi Sabah juga, sering timbul kekeliruan apabila mereka dikategorikan sebagai kaum Iban yang lebih sinonim di Sarawak, sedangkan mereka berstatus Bumiputera Sabah. Adalah perlu mengklasifikasikan kaum Iban Merotai yang sinonim dengan Bumiputera Sabah, agar dapat dibezakan dengan kaum induknya iaitu kaum Iban yang sinonim dengan Bumiputera Sarawak. [4]

Kampung-Kampung Iban Merotai sunting

  • Kampung Iban Merotai Besar, Merotai, Tawau
  • Kampung Iban Merotai Kecil, Merotai, Tawau
  • Kampung Pekan Merotai, Merotai, Tawau
  • Kampung Iban Landau Hulu, Hulu Merotai, Tawau (telah berpindah ke Kampung Iban Merotai Besar)
  • Kampung Iban Landau Hilir, Hulu Merotai, Tawau (telah berpindah ke Kampung Iban Merotai Besar)
  • Kampung Iban Kuala Nansang, Apas Balung, Tawau
  • Kampung Iban Muslim Kampung Selamat, Kunak, Tawau

Iban Sabah sunting

Iban Sabah juga dikenali sebagai Iban Merotai. Merotai diambil nama daripada penempatan awal kaum Iban yang berhijrah ke Sabah awal tahun 1900. Sekarang, Kaum Iban Sabah kebanyakannya menetap di daerah Tawau, Sipitang, Keningau, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan, Ranau, Kota Belud dan Kota Kinabalu serta di Wilayah Persekutuan Labuan.

Bahasa, Agama Dan Budaya sunting

Berikut adalah pecahan kepercayaan agama orang Iban Sabah:

Pecahan kepercayaan Iban Sabah [5]
Agama Peratus
Kristian
  
86.3%
Islam
  
7.45%
Agama Tradisional
  
3.63%
Agama lain
  
1.35%

.

.

.

.

.

.

Kebanyakan kaum Iban Sabah beragama Kristian. Selain itu juga, terdapat kaum Iban Sabah yang menganuti agama Islam, terutamanya mereka yang berkahwin campuran dengan masyarakat tempatan yang beragama Islam di Sabah. Sekarang ini sedikit sahaja kaum Iban Sabah yang masih lagi mengamalkan agama tradisional asli.

Politik Dan Persatuan sunting

Kebanyakan Iban Sabah menyertai parti politik seperti:

Iban Sabah juga menyertai persatuan kaum seperti

Kebanyakan persatuan yang berteraskan kaum Iban dan bangsa Dayak di Sabah berkait rapat dengan beberapa persatuan dari luar Sabah seperti:

Lihat Juga sunting

Pautan Luar sunting

1. Kajian UNIMAS[pautan mati kekal]

2. Kajian GNMawar

3. Kajian Pakar Sains dan Teknologi Dari Jepun

Rujukan sunting

  1. ^ gnmawar.wordpress.com "jerita lama iban-migration peturun iban early iban migration part.4"
  2. ^ jstage.jst.go.jp/article/hgs/86/1/86_132/_pdf
  3. ^ Sarawak Museum Journal, Volume XLVI, titled “Source of Iban Traditional History”, Part 1, 2 & 3 Bendu=ict Sandin and Prof Clifford Sather
  4. ^ fss.unimas.my/index.php?option=com_content&view=article&id=422:seminar-series-2012 "krisis imigran domestik di borneo-kajian kes komuniti iban sabah" &catid=87:seminar-series-2012&Itemid=454
  5. ^ "2010 Population and Housing Census of Malaysia" (PDF) (dalam bahasa Malay and English). Department of Statistics, Malaysia. Dicapai pada 2012-06-17.CS1 maint: unrecognized language (link) p. 108