Hinduisme: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Dekoelie (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 1:
[[Fail:Om symbol.svg|thumb|273x273px|Simbol 'Aum' dalam bahasa Sanskrit|right]]
Pengenalan
 
'''Hinduisme''' ialah satu [[agama]] atau [[falsafah]] yang berasal dari [[subbenua India|benua India]] dan kawasan sekeliling yang berhampiran. Agama ini adalah agama tertua yang diketahui di dunia. Kitab utama agama ini ialah ''[[Veda]]'' yang dibahagikan kepada empat kitab utama iaitu [[Rig Veda]], [[Yajur Veda]], [[Sama Veda]] dan [[Atharva Veda]].
 
Baris 7 ⟶ 6:
Istilah ''Hinduisme'' merangkumi pelbagai aliran fikiran dan falsafah, serta upacara-upacara amal yang amat berbeza. Sebahagian besar penganut [[Hindu]] bersembahyang kepada pelbagai [[dewa]]-dewi, dan menganggap dewa-dewi ini sebagai penjelmaan-penjelmaan untuk satu [[Roh]] Agung (''[[Brahman]]''), sedangkan banyak penganut lain menumpukan kepada satu konsep mufrad untuk [[Brahman]] ([[Tuhan]]), umpamanya [[Vaishnavisme]], [[Saivisme]] dan [[Syaktisme|Saktisme]].<ref name=God>[http://www.atributetohinduism.com/introduction_to_hinduism.htm "Konsep Tuhan"]</ref>
 
Hinduisme ialah [[Agama dunia utama|agama yang ketiga terbesar]] di dunia, dengan lebih kurang 900 juta penganut (angka [[2005]]). Kira-kira 890 juta daripada bilangan itu tinggal di [[India]].<ref>[http://encarta.msn.com/encyclopedia_761555715/Hinduism.html] "Penganut"</ref> Agama Hindu merupakan agama utama di benua India meskipun India dianggap sebagai sebuah negara sekular. Agama Hindu menjadi agama rasmi negara Nepal. Dengan peredaran masa, dua cabang utama tumbuh daripada agama Hindu, iaitu agama Buddha dan agama Jain. Pengaruh agama Hindu dan agama Buddha telah tersebar ke negara Sri Lanka, Burma, Tibet, China, Cambodia, Jepun, Korea dan lain-lain negara Asia lain seperti Malaysia dan kepulauan Indonesia. Malah, pengaruh kebudayaan dan tamadun India juga telah dikenalpasti di Mexico. Apa yang menarik tentang perkembangan agama Hindu ialah agama ini tidak pernah disebarkan dengan penaklukan, penjajahan, peperangan atau sebarang bentuk keganasan. Keamanan, kasih sayang, simpati, kemanusiaan, dan kebajikan merupakan daya tarikan agama Hindu. Ke mana sahaja orang Hindu pergi, mereka telah memperkayakan dan meningkatkan kebudayaan dan tamadun tempatan secara semulajadi tanpa sebarang paksaan. Maka, tidak ada keraguan bahawa India dan agama Hindu merupakan ibu ketamadunan di Timur. Malah, kini telah terbukti bahawa idea-idea Hindu juga telah mempengaruhi Greek purba, pusat kelahiran tamadun Barat.<ref>The Legacy of India, (Ed. ny G.T.Garratt), ms.1-24</ref>[[Fail:Om symbol.svg|thumb|273x273px|Simbol 'Aum' dalam bahasa Sanskrit|left]]
 
=== Etimologi ===
Orang Aryan menyebut agama mereka sebagai Arya [[Dharma]] - agama orang Aryan. Mereka langsung tidak mengenal perkataan 'Hindu'. Perkataan [[Dharma]] dalam konteks ini bermaksud agama atau tugas-tugas agama. Orang Aryan juga memanggil agama mereka sebagai Manava [[Dharma]] yang bermaksud 'Agama untuk Manusia' iaitu agama ini bukan sahaja untuk orang Aryan tetapi untuk seluruh umat manusia. Satu lagi nama untuk agama ini ialah [[Sanatana Dharma]] - Agama yang Abadi, yakni agama mereka berasaskan kepada kebenaran abadi.
 
Baris 16 ⟶ 15:
Perkataan Hindu '[[Dharma]]' mempunyai maksud yang mendalam dan lebih luas berbanding perkataan 'agama'. [[Dharma]] berasal dari akar [[Sanskrit]] 'dhri' (untuk berpegang). Maka, [[Dharma]] bermaksud apa yang dipegang oleh sesuatu kehidupan. Semua benda dalam alam semesta ini mempunyai Dharmanya sendiri kerana kewujudan semua perkara atau benda bergantung kepada sesuatu yang lain. Terhadap apakah kewujudan sesuatu benda bergantung? Sifat semulajadi sesuatu benda menentukan kewujudan benda itu iaitu tanpanya benda itu tidak boleh wujud. Misalnya, kuasa pembakaran adalah dharma api; sifat tidak boleh bergerak adalah dharma benda bukan hidup. Manusia juga mempunyai sifat semulajadinya, yang membezakan manusia dengan semua benda hidup lain. Sifat semulajadi itulah yang menjadi [[Dharma]] manusia dan ini dikenali sebagai mānava [[Dharma]].
 
=== Pengasas ===
Salah satu ciri unik agama Hindu ialah ia tidak mempunyai pengasas. Ini mungkin berbunyi pelik kerana golongan [[Rishi]] yang menemui kebenaran abadi berfikir bahawa kebenaran yang mereka temui telah sedia wujud. Sama seperti hukum graviti yang telah wujud sebelum Newton menemuinya, Kebenaran telah sedia wujud. Seperti [[Isaac Newton|Newton]] menemui hukum graviti, golongan [[Rishi]] menemui Hukum Alam dan Tuhan. [[Swami Vivekananda|Swami Vivekananda]] menerangkan ini dalam Ucapan-Ucapan Chicago seperti ini: <blockquote>"Orang Hindu telah menerima agama mereka melalui wahyu Veda. Mereka menyatakan bahawa Veda tidak mempunyai permulaan dan penghabisan. Bahawa sebuah kitab tidak mempunyai permulaan dan penghabisan, mungkin kedengaran pelik. Namun, Veda bukan sebuah kitab. Veda ialah kumpulan khazanah hukum rohani yang ditemui oleh pelbagai orang pada masa berlainan. Hukum graviti telah wujud sebelum manusia menemuinya, dan ia akan terus wujud meskipun semua orang melupakannya. Hukum dunia kerohanian juga sama seperti ini. Perhubungan moral, etika dan rohani antara jiwa dengan jiwa, antara roh individu dan Roh Agung (Tuhan) telah wujud sebelum penemuannya dan ia akan kekal walaupun kita melupakannya..."<ref>http://vivekanandabio.blogspot.com/</ref> </blockquote>
Baris 25 ⟶ 24:
Selain itu, berbanding agama-agama lain yang mempunyai pengasas, agama Hindu tidak disekat dengan dogma atau hukum-hukum kuno yang tidak lagi relevan untuk sesuatu zaman. Agama Hindu dapat menyesuaikan dirinya dengan pelbagai tempat, dan zaman kerana daripada zaman ke zaman, golongan wali dan Jelmaan Tuhan yang datang untuk tujuan mengembalikan, memperbaharui dan menghidupkan semula [[Dharma]].
 
=== Aliran-Aliran Falsafah Hindu ===
(Artikel Utama: [[Falsafah India]] dan [[Falsafah Vedanta]])
 
Baris 41 ⟶ 40:
* Namun, kita tidak perlu berputus asa. Dalam semua percanggahan dan kekaburan ini, wujud beberapa ciri-ciri umum yang menyatukan semuanya di bawah sebuah bumbung. Ciri-ciri umum ini adalah rukun-rukun asas agama Hindu.
 
=== Kewibawaan Veda atau Sruti ===
* Setiap mazhab dalam agama Hindu menerima bahawa [[Veda]] merupakan khazanah rukun kerohanian yang abadi. Rukun-rukun kerohanian ini menyentuh tentang Tuhan, roh dan alam semesta. Rukun-rukun ini adalah abadi, tidak berubah dan tidak boleh diubah. Sama ada manusia menerimanya, atau melupakannya, rukun-rukun ini akan tetap wujud. Para [[Rishi]] telah menemui rukun-rukun kerohanian ini dan mengajarnya kepada manusia sejagat.
* Semua pendapat, pandangan dan ajaran agama Hindu adalah berasaskan kepada rukun-rukun dalam [[Veda]]. Namun, agama Hindu bukan statik atau rigid. Selagi rukun-rukun asas dipatuhi, manusia bebas mengubah cara hidupnya mengikut kehendak zaman dan persekitarannya. Bagi tujuan ini, agama Hindu memberikan Smriti. Dari zaman ke zaman, Smriti telah diubah oleh golongan wali mengikut keperluan dan kehendak masa dan tempat. Demikian, tetap dan teguh dalam hal-hal fundamental dan sedia berubah dan menyesuaikan diri dalam hal-hal sampingan adalah rahsia agama Hindu masih bertahan selama ini.