Hujan Panas: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 34:
Mereka berdua berkahwin. Aminah tidak ikhlas untuk menyanyangi Amir. Hassan rakannya, telah mempergunakan Aminah untuk mengikis hartanya. Selang beberapa bulan kemudian, Aminah selamat melahirkan seorang anak lelaki bernama Nana ([[Baby Zarinah]]). Amir terlalu sayang kepada Nana sehingga dia tidak menghiraukan hubungan Aminah dengan Hassan ([[Haji Mahadi]]). Amir menerima Hassan sebagai sahabat tanpa mengetahui niat sebenar Hassan yang cuma inginkan harta dan rumahtangganya musnah. Akibatnya Hassan berjaya memujuk Aminah meninggalkan Amir. Aminah mengikut sahaja arahan Hassan. Aminah juga turut membawa anaknya Nana tinggal bersama-samanya. Dengan itu, rumah tangga Amir dan Aminah bertahan selama 4 tahun sahaja. Aminah berterus terang kepada Amir yang dia sudah jemu hidup bersama dan tidak mencintai sepenuh hatinya terhadap Amir. Aminah menuntut agar dia diceraikan segera.
 
Aminah begitu kejam sehingga dia membawa lari Nana mengikut Hassan. Sebelum meninggalkan rumah, Aminah sempat mengirim sepucuk surat kepada Amir dan mengarahkan Amir agar tidak mencari Nana lagi. Amir begitu sedih dengan tindak tanduk Aminah. Sementara itu, Hassan secara jujurnya tidak menyanyangi Nana seperti anaknya sendiri. Hassan membawa Aminah dan Nana berpindah ke tempat baharu menggunakan kapal. Di atas nasihat Tuan Sulaiman ([[Malek Sutan Muda]]), Amir semoatsempat menelefon Aminah untuk meminta izin berjumpa dengan Nana buat kali terakhirnya sebelum kapal mula berlayar. Hasnah yang mendapat tahu tentang pergolakan rumahtangga itu, terus memujuk Amir untuk bekerja semula di restoran milik Tuan Rahim supaya dapat melupakan Aminah dan Nana.
 
==Pelakon==