Hujan Panas: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 36:
Mereka berdua berkahwin. Aminah tidak ikhlas untuk menyanyangi Amir. Hassan rakannya, telah mempergunakan Aminah untuk mengikis hartanya. Selang beberapa bulan kemudian, Aminah selamat melahirkan seorang anak lelaki bernama Nana ([[Baby Zarinah]]). Amir terlalu sayang kepada Nana sehingga dia tidak menghiraukan hubungan Aminah dengan Hassan ([[Haji Mahadi]]). Amir menerima Hassan sebagai sahabat tanpa mengetahui niat sebenar Hassan yang cuma inginkan harta dan rumahtangganya musnah. Akibatnya Hassan berjaya memujuk Aminah meninggalkan Amir. Aminah mengikut sahaja arahan Hassan. Aminah juga turut membawa anaknya Nana tinggal bersama-samanya. Dengan itu, rumah tangga Amir dan Aminah bertahan selama 4 tahun sahaja. Aminah berterus terang kepada Amir yang dia sudah jemu hidup bersama dan tidak mencintai sepenuh hatinya terhadap Amir. Aminah menuntut agar dia diceraikan segera.
 
Aminah begitu kejam sehingga dia membawa lari Nana mengikut Hassan. Sebelum meninggalkan rumah, Aminah sempat mengirim sepucuk surat kepada Amir dan mengarahkan Amir agar tidak mencari Nana lagi. Amir begitu sedih dengan tindak tanduk Aminah. Sementara itu, Hassan secara jujurnya tidak menyanyangi Nana seperti anaknya sendiri. Hassan membawa Aminah dan Nana berpindah ke tempat baharu menggunakan kapal. Di atas nasihat Tuan Sulaiman ([[Malek Sutan Muda]]), Amir sempat menelefon Aminah untuk meminta izin berjumpa dengan Nana buat kali terakhirnya sebelum kapal mula berlayar. Tuan Zakaria, pula bingung dengan kehilangan Amir. Amir sudah beberapa hari tidak hadir bekerja. Hasnah dan Tuan Rahim yang mendapat tahu tentang pergolakan rumahtangga itu berpunca diatas penipuan Aminah selama ini. Selang beberapa bulan kemudian selepas Hassan dan Aminah hidup bersama, Hassan mula menunjukkan rasa benci terhadap Nana dan mengarahkan agar Nana dipulangkan semula kepada Amir atau dipaksa tinggal berasingan. Sementara itu, Hasnah terserempak dengan Amir yang berpeleseran di tepi pantai, Hasnah terus memujuk Amir untuk bekerja semula di restoran milik Tuan Rahim supaya dapat melupakan Aminah dan Nana.
 
Tempoh edah Aminah sudah habis, Aminah begitu teruja dan memujuk Hassan untuk bernikah tetapi Hassan tidak bersedia untuk hidup bersama dengan Aminah. Kerana Aminah sudah jatuh miskin setelah hartanya di kikis oleh Hassan. Di dalam kesedihan itu, Aminah menerima sepucuk surat yang menyatakan Nana sedang tenat. Aminah begitu rungsing memandangkan dia sudah tidak bekerja lagi. Aminah bernekad berjumpa dengan Tuan Zakaria untuk memohon apa jua pekerjaan tetapi permohonanya ditolak mentah-mentah oleh Tuan Zakaria. Doktor yang merawat Nana sempat menelefon Amir agar berjumpa dengan Nana kerana keadaannya semakin tenat. Nana meminta agar ayahnya menyanyikan sebuah lagu kegemarannya buat kali terakhir sebelum dia meninggal dunia diatas pangkuan Amir. Nana disahkan telah meninggal dunia oleh jururawat yang bertugas. Aminah merayu kepada Amir agar mengambilnya sebagai isteri semula tetapi Amir berkeras hati dan tidak akan memaafkannya. Aminah sangatlah kecewa lalu mengambil keputusan untuk membunuh diri dan dia mati digilis keretapi. Manakala Amir dan Hasnah berkahwin dan berbahagia bersama.